Malaysian Young Scientist Assembly 2011

Saturday, October 31, 2009

Antikanser dalam Kari

Berita gembira untuk penggemar kari atau gulai. Jika sebelum ini kari seringkali dikaitkan dengan makanan berkategori kolesterol tinggi serta boleh mendatangkan kesan tidak baik kepada kesihatan, kini persepsi tersebut besar kemungkinan bakal berubah.

(sumber:utusanonline)

Kari mungkin boleh sembuhkan kanser

LONDON 29 Okt. - Satu molekul yang dijumpai dalam kari didapati mampu membunuh sel kanser esofagus di dalam ujian makmal, sekali gus memberi pembayang yang ia mungkin berpotensi dibangunkan sebagai rawatan antikanser.

Penyelidik di Pusat Penyelidikan Kanser Cork di Ireland, berjaya merawat sel kanser esofaguscurcumin iaitu bahan kimia dalam kari yang memberikan warna kuning dan mendapati ia mula membunuh sel kanser dalam masa 24 jam. dengan menggunakan

Kajian yang disiarkan dalam British Journal of Cancer itu juga menyatakan, sel-sel kanser tersebut juga mula terhadam sendiri.

Penyelidikan saintifik sebelum ini mengakui curcumin mampu mengawal tumor dan mereka yang memakan banyak kari kurang berisiko terhadap penyakit itu, walaupun curcumin kehilangan ciri-ciri antikanser sebaik dimakan.

Namun Sharon McKenna yang mengetuai kajian itu berkata, terdapat potensi untuk menjadikan curcumin sebagai ubat antikanser bagi merawat kanser esofagus.

Kanser esofagus membunuh 500,000 orang di seluruh dunia setiap tahun. Tumor yang tumbuh adalah sangat mengancam nyawa dengan kadar kelangsungan hidup untuk lima tahun berada pada 12 hingga 31 peratus.

Menurut McKenna, kajian menunjukkan curcumin menyebabkan sel kanser mati 'dengan menggunakan sistem mesej sel yang tidak dijangka'.

Penyelidik Amerika Syarikat pada 2007 menyatakan penemuan mengenai curcumin yang mampu merangsang sistem imunisasi sel dalam penyakit angin ahmar. - REUTERS

1 comment:

Mengharap RedhaMu said...

Sebenarnya banyak lagi anti cancer yang kita makan seharian cuma tak tau jer....tak caya cuba tgk orng2 tua lama2 dulu....nak kata sakit macam zaman skang mana ada....orng skang ni pulak semua nak 'fast' last2 dpt penyakit 'fast'....buah kari pun leh makan buat obat....terutama yang sakit perut.....tak caya cuba makan buat ulam sedap..... :)