Malaysian Young Scientist Assembly 2011

Saturday, October 3, 2009

DNA dalam hidupan


Tubuh manusia mengandungi lebih daripada 10 trilion sel. Dalam setiap sel terdapat nukleus yang menjadi pusat kawalan aktiviti sel. Dalam nukleus pula terdapat kromosom yang terdiri daripada molekul asid deoksiribonukleik (DNA) dan protein yang membawa maklumat genetik manusia. DNA akan bereplikasi ketika proses pembiakan berlaku dan hasilnya, sifat-sifat organisma induk (ibu dan bapa) akan diturunkan pula kepada progeni(anaknya).

'Ujian DNA' kini sudah mula memasuki ruang mahkamah. Keperluannya sebagai bahan bukti dalam siasatan tidak dapat disangkal. Molekul warisan ini juga membawa pengaruh yang besar hinggakan saya gemar bersaing dengan pasukan CSI Las Vegas mencari bukti DNA di tempat kejadian jenayah. Seringkali juga saya kalah kerana drama yang ditonton bukanlah permainan yang menyediakan siri pilihan jawapan!

Tidak mengapalah. Sekurang-kurangnya terubat juga sedikit-sebanyak cita-cita saya dahulu untuk menjadi pakar forensik bahagian siasatan jenayah. Sekarang pula saya banyak 'bermain' dengan DNA kulat. Haha, nasib la.


Ketika melayari internet tempoh hari, saya terjumpa beberapa web yang menyediakan animasi yang mudah difahami dan berkaitan dengan kajian saya sekarang. Sangat menarik! Ada juga yang menyediakan sesi tutorial.


Polimerase Chain Reaction (PCR) http://users.ugent.be/~avierstr/principles/pcrani.html

Gel electrophoresis http://learn.genetics.utah.edu/content/labs/gel/

DNA sequencing
http://www.dnai.org/b/index.html



Wardah bt Abdul Rahman
sering membayangkan molekul seni dan proses yang terlibat, kini tidak lagi.
kredit kepada drama CSI dan teknologi animasi..



2 comments:

azie2121 said...

adakah di dalam al-quran disebut anything mengenai dna atau yang menggambarkan the presence of dna? any info would be greatly appreciated. tq

lelucon said...

Islam tidak menggalakkan kahwin sepupu. Kebaikannya mengelakkan timbul masalah penyakit genetik. Penyakit genetik adalah hasil bawaan DNA. Sama keturunan berpotensi besar menimbulkan penyakit genetik.

Al-Quran menyebut ttg kepelbagaian bangsa. Ciri seperti perbezaan warna kulit menunjukkan ada sesuatu (iaitu DNA) yg membezakan ciri antara manusia, dan juga mengekalkan ciri tersebut dlm kelompok yg sama.