Malaysian Young Scientist Assembly 2011

Sunday, May 18, 2008

PERMATA HITAM MULA DIGENGGAM AL-MASUDI

Saya mengambil peluang menemani ayah ke kedai menjual buku terpakai di Chowrasta, Georgetown pada pagi Sabtu yang lalu. Sebenarnya ini satu peluang yang baik memandangkan saya boleh ‘tumpang sekaki’ membeli majalah Dewan Kosmik terpakai yang mula mendapat tempat di hati saya selepas diperkenalkan oleh Cikgu Nuruddin kira-kira dua bulan yang lepas. Sasaran saya tercapai akhirnya apabila ayah membayar RM10 untuk 10 majalah yang saya pilih berdasarkan tajuk utama yang menjadi fokus keluaran tersebut. Untung rasanya boleh memiliki majalah yang harga asalnya RM4.50. Belum lagi termasuk lambakan ilmu pengetahuan sains dan teknologi di dalamnya yang pasti tak ternilai!


Dewan Kosmik keluaran Oktober 2005 memfokuskan eksploitasi beberapa sumber tenaga lain yang boleh digunakan bagi menggantikan penggunaan petroleum yang semakin meningkat harganya di dalam negara mahupun di peringkat dunia. Bekalan petroleum amat diperlukan bagi tujuan pembangunan industri sesebuah negara hingga pernah dikatakan negara yang menguasai minyak turut akan menguasai dunia. Oleh sebab itu tidak hairanlah jika negara besar seperti Amerika Syarikat sekarang begitu rakus cuba menguasai negara-negara yang kaya dengan minyak dan siapa boleh menjangka bahawa orang pertama yang menjumpai permata hitam yang amat bernilai ini adalah orang Islam bergelar Al-Masudi!

Al-Masudi menggunakan istilah ‘atam’ untuk menerangkan tentang telaga terbakar atau telaga minyak yang ditemuinya di Sicily, Oman, Hadralmaut di Yaman, Iraq, Parsi, Turki, Tashkent, India dan Kepulauan Sumatera. Salah satu tempat yang terkenal dengan pengeluaran minyak petroleum ini pada zamannya ialah Baku. Jumlah minyak yang dihasilkan di sini cukup menakjubkan Al-Masudi sehingga beliau menggelarkan wilayah itu sebagai ‘bilad al naffata’ yang bermaksud tanah yang memancutkan minyak. Minyak Baku seperti yang dijelaskan oleh Al-Masudi dalam catatannya adalah amat luar biasa dan beliau menyifatkannya seperti ‘api yang abadi’. Penjelasannya itu secara tidak langsung telah menarik perhatian banyak ahli geografi Arab untuk mengkajinya. Mereka telah melantik Al-Masudi sendiri mengetuai penyelidikan itu disebabkan tiada sesiapa pun yang sezaman dengannya menulis mengenai petroleum melebihi daripada apa yang Al-Masudi catatkan.


Pada masa yang sama, Al-Masudi telah menghabiskan banyak masa untuk menjelajah dan juga mengukur Laut Caspian di samping mengkaji masyarakat yang tinggal di pesisiran pantai berkenaan. Beliau ada mencatatkan beberapa perihal mengenai Baku seperti berikut;


“Pancutan nafta di Negara Shirwan berhadapan Golden Hordes merupakan punca daripada mana nafta putih diperoleh. Di sana juga terdapat telaga api yang mana api muncul daripada tanah. Di seberang pancutan nafta di Baku, terdapat pula sebuah pulau yang mengandungi telaga terbakar. Ia boleh dilihat dengan jelas pada waktu malam pada jarak tertentu.”


Menurut Al-Masudi lagi, pada pertengahan abad ke sepuluh, Baku telah berkembang maju dan mempunyai bilangan penduduk mencecah antara 10 000 hingga 15 000 orang. Kebanyakan mereka menjana ekonomi dalam kehidupan daripada industri penghasilan minyak atau minyak syal selain perkhidmatan pengangkutan kapal atau kereta sorong unta. Disebabkan kegemilangan pelabuhan ini, Baku telah muncul sebagai pengeksport utama bagi dua jenis minyak iaitu minyak biasa dan minyak syal daripada Asia Tengah ke pasaran Parsi dan Timur Tengah. Dengan melalui Sungai Volva, beberapa bahagian Eropah turut mengimport minyak daripada Baku.


Berikut adalah ringkasan biografi Al-Masudi :

Nama sebenar : Abul Hasan Ali Ibnu Husain Ibnu Ali

Keturunan : Abdullah Ibnu Mas’ud (salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w.)

Asal : Golongan Arab Muktazilah

Gelaran : Hero Arab (Herodotus of the Arab), Ibn Khaldun menerangkan Al- Masudi sebagai ‘imam’ (ketua atau contoh) untuk ahli sejarah.

Lahir : 895, Banghdad

Bidang yang dikuasai : Sejarah, geografi,falsafah, sains.

Penemuan :

  • Petroleum yang dinamakan ‘atam’.
  • Pengarang pertama yang menceritakan tentang kincir angin, yang dicipta oleh seorang saintis Islam di Sijistan.
  • Salah seorang saintis terawal yang berani mengutarakan beberapa aspek takrif evolusi, daripada mineral kepada tumbuh-tumbuhan dan daripada tumbuh-tumbuhan kepada haiwan sebelum berakhir dengan manusia. Kajian dan pandangannya secara intensif banyak dipengaruhi oleh historiografi, geografi dan sains bumi bagi beberapa negara yang dilawatinya.

Buku yang ditulis:

i) Muruj adh-dhahab wa ma'adin al-jawahir (The Meadows of Gold and Mines of Gems)

-mengisahkan pengalamannya menjelajah banyak negara dan mengenali pelbagai bangsa selain mengalami perubahan iklim.

-turut dilaporkan ialah hubungan peribadinya dengan orang Yahudi, Iran, India dan Kristian.

-versi bahasa Perancis telah diterbitkan antara tahun 1861 dan 1877.

-17 bab pertama mula diterjemah ke bahasa Inggeris oleh Aloys Sprenger yang kini diterbitkan oleh Antioch Gate.

ii) Muruj Al Zaman (The History of Time)

– ditulis di Kaherah, mengandungi 30 bab.

- menceritakan sejarah politik, geografi dan keadaan masyarakat negara yang dilawati dan dunia secara umumnya.

- dipercayai hanya 1 daripada 30 jilid masih disimpan di Vienna.

iii) Kitab al-Ausat

- dikatakan sebagai tambahan kepada kitab Muruj Al Zaman.

- mengandungi kronologi peristiwa sejarah dan kitab ini berjaya disiapkan pada tahun kematiannya.

- dipercayai masih disimpan di Perpustakaan Bodleian, Oxford (England).

iv) Kitab Al Tanbih wa al Ishraf (Book of the Middle)

- ditulis sebelum kematiannya.

- sebagai rumusan kepada buku terawalnya sebagai ralat kepada sebelumnya.

- mengandungi kajian sistematik tentang sejarah yang bersandarkan ilmu geografi, sosiologi, antropologi dan ekologi.

Meninggal dunia : 957, Kaherah



Wardah bt Abdul Rahman

Bukit Gambir, Penang.


* Bagi yang belum pernah ke kedai buku di Chowrasta, rajin-rajinlah panjangkan langkah anda ke sana, syurga buku, macam-macam ada..!


Sunday, May 11, 2008

Keilmuan sains Islam adalah ciplak?

Sejarah peradaban sains Islam dikatakan suatu ciplakan daripada Tamadun Sumeria. Apakah jawapan anda jika diajukan kenyataan tersebut? Benarkan tiada ketamadunan Sains yang asli daripada Islam? Bagaimanapula keautentikan (ketulenan) Al Quran sebagai sumber keilmuan sains Islam di sini? Pada saya semua tamadun adalah kesinambungan setiap tamadun yang tenggelam. Setiap kebangkitan tamadun sains baru, proses peralihan keilmuan dan peminjaman perbendaharaan ilmu juga perlu dan wajib berlaku kerana kemanusiaan adalah suatu perjalanan sejak zaman Nabi Adam a.S. saya berasa sedih apabila membuka laman web Mysteries Of Science (http://www.world-mysteries.com/sci_13.htm) . Mereka hanya menceritakan perjalanan keilmuan sains sejak Tamadun Indus, Inca dan Sumeria. Peliknya tiada kesinambungan dengan tamadun Islam ! hanya terus kepada sains moden. Inilah prejudis yang wujud dalam dunia sains tajaan barat.







Dibawah pula adalah jawapan kepada klip tuduhan tersebut. (yang dikatakan disadur daripada Tamadun Sumeria)




Pesanan penaja: PASTIKAN PC ANDA BOLEH MEMBUKA YOUTUBE

Wardah Abdul Rahman (comel)

Thursday, May 1, 2008

Ilmuan Islam zaman silam dan bidang kepakaran mereka..

Zaman Kegemilangan Islam yang berlaku pada abad ke-6 hingga abad ke-16 telah melahirkan ramai saintis Islam. Kepakaran mereka bukan hanya khusus dalam satu bidang tertentu tetapi turut mencakupi bidang-bidang lain. Misalnya Ibnu Sina (Avicenna) yang terkenal dengan bukunya ‘Al Qanun Fi at Tibb’. Beliau bukan sahaja pakar dalam bidang perubatan tetapi turut mahir dalam bidang astronomi, matematik, fizik, psikologi, falsafah malah bijak bersajak. Perlu juga diingatkan bahawa Ibnu Sina adalah ahli teologi (ilmu berkenaan ketuhanan) dan sudah menghafaz Al-Quran pada usia 7 tahun! Ibn Khaldun, Al-Kindi dan ramai lagi saintis Islam lain turut menguasai lebih dari satu bidang ilmu.

Cuba bandingkan dengan kita sekarang. Terasa diri masih kerdil, dunia Aspergillus (spesies kulat kajian saya) sahaja masih luas belum diterokai, apatah lagi bidang ilmu lain yang cuba juga dipelajari dari masa ke masa.

Dalam siri ini, saya senaraikan tokoh ilmuan Islam serta bidang kemahiran mereka. Biografi mereka bakal menyusul sedikit masa lagi, insyaAllah.


Astronomi dan Astrofizik

  1. Khalid ibn Yazid (Calid)
  2. Al-Khwarizmi
  3. Al-Farghani
  4. Ja’far ibn Muhammad Abu Ma’shar al-Balkhi (Albumasar)
  5. Al-Farghani
  6. Thabit ibn Qurra (Thebit)
  7. Muhammad ibn Jabir al-Harrani al-Battani (Albatenius)
  8. Al-Farabi (Abunaser)
  9. Ibn al-Haytham (Alhacen)
  10. Omar Khayyam
  11. Ibn Bajjah (Avempace)
  12. Ibn Tufail (Abubacer)

Kimia

  1. Khalid ibn Yazid (Calid)
  2. Jabir Ibn Hayyan (Geber)
  3. Al-Kindi (Alkindus)
  4. Ibn Sina (Avicenna)
  5. Ibn Khaldun

Ekonomi

  1. Abu Hanifa an-Nu’man (699-767)
  2. Abu Yusuf (731-798)
  3. Ishaq bin Ali al-Rahwi (854-931)
  4. Al-Farabi (Alpharabius) (873-950)
  5. Ibn Sina (Avicenna) (980-1037)
  6. Ibn Miskawayh
  7. Al-Ghazali (Algazel) (1058-1111)
  8. Al-Mawardi (1075-1158)
  9. Nasir al-Din al-Tusi (Tusi) (1201-1274)
  10. Ibn Taymiyyah (1263-1328)
  11. Ibn Khaldun (1332-1406)
  12. Al-Maqrizi (1364-1442)

Sosiologi

  1. Ibn al-Nafis (1213-1288)
  2. Ibn Khaldun (1332-1406)

Geografi dan kaji bumi

  1. Al-Masudi
  2. Al-Kindi
  3. Ibn al-Jazzar
  4. Al-Tamimi
  5. Ibn Sina (Avicenna)
  6. Abu Rayhan al-Biruni
  7. Ibn al-Nafis
  8. Ibn Battuta
  9. Ibn Khaldun

Matematik

  1. Khalid ibn Yazid (Calid)
  2. Al-Khwarizmi (Algorismi)
  3. Al-Kindi (Alkindus)
  4. Al-Battani (Albatenius)
  5. Al-Farabi (Abunaser)
  6. Ibn al-Haytham (Alhacen)
  7. Al-Zarqali (Arzachel)
  8. Ibn Bajjah (Avempace)
  9. Al-Ghazali (Algazel)

Neurologi dan psikologi

  1. Ibn Sirin (654-728)
  2. Al-Kindi (Alkindus)
  3. Al-Farabi (Alpharabius)
  4. Al-Zahrawi (Abulcasis)
  5. Ibn al-Haytham (Alhazen)
  6. Al-Biruni
  7. Ibn Sina (Avicenna)
  8. Ibn Zuhr (Avenzoar)

Perubatan

  1. Khalid ibn Yazid (Calid)
  2. Al-Kindi (Alkindus)
  3. Al-Farabi (Alpharabius)
  4. Al-Zahrawi ( Abulcasis)
  5. Ibn Sina (Avicenna)
  6. Ibn al-Haytham (Alhacen)
  7. Ibn Miskawayh
  8. Ibn Zuhr (Avenzoar)
  9. Ibn Bajjah (Avempace)
  10. Ibn Tufail (Abubacer)

Wardah bt Abdul Rahman
Minden, USM
~Hari Pekerja