Penat menyemak laporan amali Mikologi pelajar, saya berhenti, berehat sekejap. Terpandang pula kertas-kertas ulasan dan markah yang diberikan oleh peserta bengkel yang saya sertai kira-kira 2 minggu yang lalu.
Saya bersama 6 rakan 'semakmal' menyertai 'Paper Presentation Skills Workshop' yang dianjurkan oleh Institut Pengajian Siswazah, USM pada 10 Ogos 2009. Sesi pagi kami padat dengan ceramah dan tips berkenaan kaedah menulis jurnal dan mempersembahkan data.
Antara perkara penting yang diterangkan ialah perbezaan antara 'academic paper' dan 'paper presentation'. Pengalaman menulis mini tesis dan melakukan persembahan data ketika belajar di peringkat Sarjana Muda dahulu membantu saya mencambah sedikit-sebanyak idea. 'Paper presentation' semestinya hanya mengandungi penemuan (findings) yang paling penting dan kaedah serta ruang masa kerja (framework) hanya diterangkan secara ringkas tetapi memberi makna. 'Academic paper' pula mengandungi penemuan serta data yang perlu menyokong teori yang dikemukakan di bahagian tinjauan bahan bacaan (literature review). Kaedah penyelidikan yang dijalankan harus diterang dengan jelas serta mengikut prosedur.
Ingat, 'academic paper' dipersembahkan tanpa suara. Jadi, kaedah menulis serta tatabahasa yang digunakan perlu diteliti berbanding 'paper presentation' yang memerlukan kemahiran yang berbeza-komunikasi dan bahasa badan (body language). Semestinya, 'academic paper' lebih formal daripada 'paper presentation' yang fleksibel dan mempunyai pilihan dari segi kaedah persembahan yang ingin dilakukan-Power Point, transparensi dan poster.
'A picture is worth a thousand words'.
Betul, betul! Saya setuju apabila mendengar penceramah menyebut ayat yang kerap terngiang setiap kali saya mengadap laptop, menggunakan Power Point untuk persembahan data kajian saya.
No comments:
Post a Comment