Alhamdulillah. Komen dari pembaca yang dihantar ke Dewan Kosmik telah tersiar dalam keluaran terbaru majalah tersebut, September 2009. Saya menghantarnya melalui e-mel kira-kira 2 bulan yang lepas. Akhirnya, tercapai 2 objektif utama saya menulis surat pembaca dan menghantarnya dengan harapan akan disiarkan untuk dikongsi bersama pembaca yang lain.
Hendak tahu objektifnya?
1. Saya pernah terbaca dalam keluaran DK yang terdahulu tentang pertanyaan seorang pelajar yang meminta supaya artikel yang ditulis dalam Bahasa Inggeris turut disiarkan oleh DK. Jawapan yang diberikan ialah DK tidak hanya bertujuan menyediakan sumber pengetahuan tentang sains dan teknologi malah pada masa yang sama, DK juga berfungsi sebagai wadah yang memperjuangkan bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Melayu. Hal ini amat bertepatan dengan objektif pertama DBP iaitu untuk membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi. Ikhlas, saya kagum dan amat menghargai usaha mereka!
2. Saya juga menulis tentang sumber atau tempat saya membeli majalah-majalah DK yang lama iaitu di kedai buku terpakai di Chowrasta. Sungguhpun perihal kedai buku terpakai ini pernah tersiar di televisyen dan dihebahkan di dalam akhbar (saya pernah membacanya dalam akhbar The Star), masih ramai yang belum mengetahui kewujudannya. Ramai hanya mengenali Pekan Chowrasta sebagai tempat membeli jeruk buah ataupun bazar yang menjual pakaian dan kain seperti yang boleh didapati di Pekan Rabu, Alor Setar. Saya rasa sangat rugi pada sesiapa yang tidak mengambil peluang berkunjung, melihat dan memiliki buku-buku yang dijual di dunia buku ini. Jadi, surat pembaca yang disiarkan secara langsung akan mempromosikan kedai buku di Chowrasta.
Seorang rakan menghantar mesej melalui profail Friendster bertanyakan tempat kedai buku tersebut. Saya suka untuk berkongsi jawapannya :
Seorang rakan menghantar mesej melalui profail Friendster bertanyakan tempat kedai buku tersebut. Saya suka untuk berkongsi jawapannya :
-Pertama, anda perlu sampai ke Pekan Chowrasta. Kawasan ini terletak berdekatan dengan Komtar/Perangin Mall. Jika menaiki bas, turun di Komtar dan jalan kaki ke tempat ini hanya mengambil masa kurang dari 10 minit. Paling senang agar tidak sesat, tanya sahaja arah yang betul untuk ke Pekan Chowrasta pada orang-orang yang berada di kedai-kedai berdekatan (saya paling suka kaedah ini).
-Terus ke bahagian hujung yang bertentangan dengan kedai makan. Kali pertama datang anda mungkin tidak akan percaya ada kira-kira 8 buah kedai buku terpakai di kawasan agak terceruk ini.
Akhir sekali, selamat berkunjung, memiliki buku/majalah yang diminati dan pastikan membacanya..Bukan hanya DK, banyak lagi buku lain yang pasti bermanfaat dan pasti berbaloi memilikinya dengan harga istimewa..
Wardah bt Abdul Rahman
bawa DK balik beraya..
1 comment:
wah, baru tahu kak wardah..
nak pi!
nak pi!
terima kasih kerana memberitahu!
masa sekolah menengah dulu memang suka beli Kosmik, tapi sekarang dah lama tak beli...ruginya...
thanks!
salaam
Post a Comment