Malaysian Young Scientist Assembly 2011

Friday, July 18, 2008

Pembelaan terhadap situasi zaman Nabi-Nabi silam. (Part 1)


A bertanya, “Bagaimana pakaian Nabi Adam agaknya?Adakah seperti ‘kurang kain’ yang selalu dilihat pada orang-orang purba yang pernah tinggal di dalam gua dahulu?”

Seorang lagi berkata, “Kesian kan, zaman dahulu bila panas, tak ada kipas yang boleh dipasang. Rumah pun belum tentu selesa macam kita sekarang.”

“Tapi, umat terdahulu hidup lama, bukan seperti kita. Purata umur kita hanya 60 hingga 70 tahun sedangkan hayat umur manusia dahulu panjang. Nabi Nuh sendiri berdakwa
h kepada kaumnya selama 950 tahun,” celah si C.

Ada yang berseloroh berkata, alangkah malangnya umat dahulu kerana tidak pernah makan Pizza!

Pernahkah kita terfikir soalan-soalan di atas? Ataupun ada lagi persoalan lain yang masih berlegar-legar di minda, bertanyakan perihal umat zaman dahulu?

Apa yang sedang saya lakukan sekarang ialah membina model inkuiri yang merangkumi beberapa proses soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan daripada soalan atau masalah yang dikemukakan. Antara aspek persoalan berkenaan umat zaman dahulu yang dikaji adalah:
1) ciri biologi manusia (saiz badan, hayat umur)
2) interaksi dan komunikasi
3) nilai dan etika masyarakat
4) keperluan pada zaman tersebut dan lain-lain


Melalui kajian ini, diharapkan situasi zaman Nabi-Nabi terdahulu akan terbela dan saya yakin bagaimana percaturan Allah s.w.t. itu adil kepada semua umat manusia tanpa mengira zaman akan terbukti.

Kupasan selanjutnya dalam siri akan datang..nantikan.


Wardah bt Abdul Rahman
USM

1 comment:

DARHAM said...

apa kata kalau cik wArdah/SESIAPAPUN mngupas ttg ideologi kewujudan ZAMAN DINASOUR dan PRIMITIF²(ORG BATU)yang di banggakan oleh barat..

maksud saya bolehkah kita ketahui yg mana dahulu wjud..DINASOUR @ manusia..