Malaysian Young Scientist Assembly 2011

Monday, August 18, 2008

Pembelaan Terhadap Situasi Zaman Nabi-nabi Silam (Part 2)

Dalam penulisan yang lalu, saya ada menyentuh beberapa persoalan yang dikemukakan oleh mereka yang kurang faham berkenaan situasi dan persekitaran Nabi-Nabi terdahulu. Dalam tulisan kali ini, saya akan cuba menjawab kekeliruan berkaitan bagaimanakah keadaan umat zaman dahulu serta keperluan mereka pada kemudahan-kemudahan yang ada sekarang seperti penyaman udara, kipas dan sebagainya. Mudah-mudahan fakta yang dihuraikan mampu mengajak kita menganalisa dan membandingkan situasi setiap zaman yang pastinya berbeza.

Bumi kini kian panas

Sedarkah kita bumi ini kian panas akibat tindakan manusia sendiri? Bagaimana yang dimaksudkan dengan aktiviti manusia? Aktiviti pembalakan, pembersihan hutan, pembakaran terbuka, perindustrian dan pengangkutan merupakan antara punca berlakunya pemanasan global yang menjadi satu amaran bahawa tenatnya bumi kita ini.

Kajian yang dilakukan oleh Intergovenmental Panet on Climate Change (IPCC), iaitu sebuah badan yang dipertanggungjawabkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk melakukan penilaian berkala terhadap keadaan iklim dan perubahannya telah membuktikan bahawa pemanasan global yang dikaitkan dengan peningkatan suhu bumi adalah disebabkan oleh aktiviti manusia. Analisis terbaru badan ini turut mendapati sejak 1850, terdapat 8 tahun direkodkan sebagai tahun panas dengan tahun 2005 sebagai tahun terpanas dan peningkatan purata suhu global akan berlaku dalam lingkungan 1.40C dan 5.80C pada abad ke -21.

Dapatkah anda anggarkan berapakah suhu bumi dahulu? Sebenarnya, suhu bumi juga berkait rapat dengan nisbah kandungan gas di atmosfera bumi. Lapisan atmosfera di permukaan bumi mengandungi kira-kira 77% nitrogen, 21% oksigen dan 1% karbon dioksida. Kandungan oksigen yang berlebihan boleh mengundang kemusnahan sel dalam badan manakala pengurangan gas ini boleh menyukarkan pernafasan manusia. Karbon dioksida pula membantu mengekalkan suhu bumi pada tahap stabil dan mengelakkan haba hilang terutamanya di waktu malam. Sekiranya kandungan karbon dioksida berlebihan daripada yang sepatutnya, suhu bumi akan naik mendadak dan menyebabkan ketidaksatabilan cuaca berlaku. Fenomena ini dikenali sebagai ‘kesan rumah hijau’.

Suhu bumi dahulu

Saya yakin bumi dahulu tidaklah sepanas sekarang. Manusia zaman dahulu juga melakukan aktiviti harian tetapi tidaklah hingga mendatangkan impak yang besar pada kandungan gas di udara bumi atau ketebalan lapisan ozon bumi. Hasilnya, percaya atau tidak, kajian turut mendapati jika kesan rumah hijau tidak berlaku, purata suhu global bumi hanya mencecah kira-kira 20C.
Jelaslah keperluan setiap zaman pastinya berbeza. Allah s.w.t. juga Maha Adil mencipta nikmat di bumi sesuai dengan keperluan hamba-hambaNya. Firman Allah Taala dalam Surah al-Baqarah ayat 22 :

Dialah yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai atap, dan dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu dia menghasilkan dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai rezki untukmu; Karena itu janganlah kamu mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah, padahal kamu Mengetahui.”

Manusia secara semulajadinya mempunyai keupayaan untuk bermandiri dalam kumpulan dan persekitaran mereka yang tersendiri. Penemuan manusia yang masih hidup secara primitif membuktikan bahawa manusia mampu bergantung kepada alam persekitaran untuk hidup. Segala aktiviti harian disesuaikan dengan keperluan untuk hidup dan sumber-sumber alam yang sedia ada. Mereka juga tiada keperluan lain yang mendesak seperti manusia sekarang. Manusia dahulu tidak perlukan kemudahan seperti kipas mahupun penyaman udara kerana mereka tidak memerlukannya! Suhu bumi dahulu tidak seperti sekarang dan pasti keadaannya berbeza.

InsyaAllah, masih banyak bukti serta fakta yang akan dihuraikan nanti.

Wallahu’alam.


Wardah bt Abdul Rahman
Pulau Pinang



2 comments:

mlar said...

Umat dulu tak ramai. Apakah kehadiran manusia yang ramai juga menyumbang kepanasan?

jihadin82 said...

Ya...bilangan manusia makin ramai...ini sunnatullah...lantaran itu keselesaan zaman dulu tak dapat digambarkan oleh kita...kepuasan dan keselesaan adalah perkara psikologi. setiap personal akan kenalpasti nikmat, selesa dan puas berdsarkan tanggapan nya sendiri...so tak de persoalan bahawa zaman dulu tak selesa tak de makanan sedap..tak de diadorant..tak de make up...tak de kipas....