Sains itu milik orang Islam?
Saya tertarik dengan persoalan yang diutarakan oleh seorang ahli panel di akhir Forum Hal Ehwal Islam malam tadi. Sekian lama kita hanya mendengar topik Islam dan sains diperkatakan tetapi kali ini siapa yang ‘berhak’ ke atas ilmu sains menjadi persoalan.
Jika diteliti, buktinya jelas terdapat di dalam Al-Quran ,Surah al-Mukminun (ayat 13 & 14). Di dalam ayat-ayat tersebut, proses kejadian manusia telah diterangkan dengan jelas dan terperinci. Selain itu, 1001 ilmu sains lain jika diselongkar pasti dapat kita jumpai di dalam kitab agung umat Islam ini. Secara tidak langsung, persoalan bagaimana tamadun kegemilangan Islam dapat dicapai akan terungkai. Sarjana-sarjana Islam terdahulu menguasai ilmu sains yang terdapat di dalam agama mereka!
Penguasaan ilmu Islam dan ilmu sains berkait rapat antara satu sama lain. Dalam Surah al-Ghasyiah, ayat 17 hingga 20 Allah s.w.t menyatakan,
“Maka apakah mereka tidak memperhatikan unta bagaimana dia diciptakan, Dan langit, bagaimana ia ditinggikan? Dan gunung-gunung bagaimana ia ditegakkan? Dan bumi bagaimana ia dihamparkan?”.
Sains sebenarnya adalah ilmu untuk mengurus alam dan daripada ilmu inilah timbul konsep hamba dan khalifah yang menjawab persoalan fungsi manusia dijadikan di muka bumi ini. Walau bagaimanapun, ilmu sains perlu dipandu oleh ilmu wahyu ataupun ilmu agama kerana jika tidak, lahirlah teori-teori yang kurang jelas dan tak masuk dek akal seperti teori evolusi oleh Charles Darwin yang akhirnya turut sama meragui teori yang diciptanya!
Sebagai pengkaji ilmu sains atau saintis, setiap kajian yang dilakukan adalah ibadah kerana kita sebenarnya dalam sedar atau tidak sedang menghayati konsep tugas sebagai hamba dan khalifah. Kajian yang dilakukan adalah untuk mengagungkan penciptanya serta memakmurkan bumi dan sememangnya rahmat alam dijadikan adalah bagi melahirkan ilmu sains untuk dikaji oleh manusia. Allah s.w.t mencabar akal manusia untuk meneliti setiap kejadian alam di sekeliling mereka kerana hasil kajian/penelitian tersebut, akan lahir pula ilmu astronomi, ilmu pelayaran, ilmu kosmologi, malah ribuan jenis ilmu-ilmu lain. Walau bagaimanapun, akal manusia tetap terhad kerana tiba di satu tahap, kita tidak akan mampu mengkaji lagi perihal ilmu seperti kewujudan syurga dan neraka, dosa, pahala dan sebagainya.
Perlu juga diingatkan bahawa golongan pengkaji dimuliakan Allah s.w.t. dan digelar sebagai ulul albab. Firman Allah s.w.t dalam surah al-Imran, ayat 190-191 :
“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan Ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, Maka peliharalah kami dari siksa neraka.”

Bercerita tentang kajian dalam ilmu sains, saya ingin berkongsi di sini tentang bengkel Fusarium yang telah saya hadiri pada 22 hingga 27 Jun baru-baru ini. Bengkel peringkat antarabangsa ini keseluruhannya memberi pengetahuan kepada para peserta tentang ciri-ciri serta kaedah/metod untuk mengenali Fusarium (salah satu genus kulat utama yang menyerang tumbuh-tumbuhan atau buah-buahan dan akan mengakibatkan penyakit tanaman seperti reput pada buah dan batang,serta layu vaskular pada batang tumbuhan).
Benarlah Allah s.w.t. juga berbicara melalui ayat-ayatNya yang terdapat di alam semesta. Terasa luasnya ilmu yang boleh dikaji apabila mengikuti bengkel ini. Fusarium hanyalah salah satu kulat yang mendatangkan masalah kepada para petani sedangkan berapa banyak lagi kulat-kulat lain ataupun mikroorganisma lain yang turut sama menyerang tanaman yang sama. Di dalam genus[1] Fusarium pula terdapat kira-kira 80 spesies yang telah dikenalpasti setakat ini dan semuanya memerlukan kajian yang mendalam untuk membezakan antara satu spesies dengan yang lain. Antara teknik kajian yang digunakan ialah melalui kaedah morfologi[2] dan molekular[3]. Data yang dikumpul akan dianalisis dan hasilnya, spesies kulat dapat dikenalpasti. Saya pernah terlibat dengan kajian Fusarium ketika melakukan projek tahun akhir dahulu. Bukan mudah sebenarnya untuk mengenalpasti spesies kulat ini kerana kepelbagaiannya terlalu tinggi hinggakan pakar pengkelasan kulat ini turut mengakui bahawa hingga kini sistem pengkelasannya sangat rumit dan bercelaru!
Subhanallah…
Wardah bt Abdul Rahman
Bukit Gambir
[1] Susunan pengkelasan biologi bagi kulat (AFIKOFAGS)-alam-filum-kelas-order-famili-genus-spesies
[2] Data yang direkodkan ialah pigmentasi(warna) yang ditunjukkan oleh koloni kulat, kadar pertumbuhan koloni dan kehadiran struktur-struktur kulat yang diperhatikan di bawah mikroskop cahaya.
[3] Kajian ke atas DNA kulat
No comments:
Post a Comment