Malaysian Young Scientist Assembly 2011

Monday, August 24, 2009


Penat menyemak laporan amali Mikologi pelajar, saya berhenti, berehat sekejap. Terpandang pula kertas-kertas ulasan dan markah yang diberikan oleh peserta bengkel yang saya sertai kira-kira 2 minggu yang lalu.

Saya bersama 6 rakan 'semakmal' menyertai 'Paper Presentation Skills Workshop' yang dianjurkan oleh Institut Pengajian Siswazah, USM pada 10 Ogos 2009. Sesi pagi kami padat dengan ceramah dan tips berkenaan kaedah menulis jurnal dan mempersembahkan data.

Antara perkara penting yang diterangkan ialah perbezaan antara 'academic paper' dan 'paper presentation'. Pengalaman menulis mini tesis dan melakukan persembahan data ketika belajar di peringkat Sarjana Muda dahulu membantu saya mencambah sedikit-sebanyak idea. 'Paper presentation' semestinya hanya mengandungi penemuan (findings) yang paling penting dan kaedah serta ruang masa kerja (framework) hanya diterangkan secara ringkas tetapi memberi makna. 'Academic paper' pula mengandungi penemuan serta data yang perlu menyokong teori yang dikemukakan di bahagian tinjauan bahan bacaan (literature review). Kaedah penyelidikan yang dijalankan harus diterang dengan jelas serta mengikut prosedur.

Ingat, 'academic paper' dipersembahkan tanpa suara. Jadi, kaedah menulis serta tatabahasa yang digunakan perlu diteliti berbanding 'paper presentation' yang memerlukan kemahiran yang berbeza-komunikasi dan bahasa badan (body language). Semestinya, 'academic paper' lebih formal daripada 'paper presentation' yang fleksibel dan mempunyai pilihan dari segi kaedah persembahan yang ingin dilakukan-Power Point, transparensi dan poster.

'A picture is worth a thousand words'.

Betul, betul! Saya setuju apabila mendengar penceramah menyebut ayat yang kerap terngiang setiap kali saya mengadap laptop, menggunakan Power Point untuk persembahan data kajian saya.



Thursday, August 20, 2009

Men'saintifik'kan minda pekerja kilang

Artikel ini ditulis oleh seorang jurutera yang kini berkhidmat di Perak. Jadikan ia pembakar semangat, pencetus dunia sebaran ilmu para pengkaji/saintis Islam semua.
Men'saintifik'kan minda pekerja kilang

Sejak keluar dari alam kampus, saya bercita-cita membawa keluar gagasan fikir cara intelek mahasiswa ke dalam masyarakat melalui lapangan pekerjaan. Lantaran itu saya secuba mungkin mempromosi penekunan isu dan keilmuan secara mendalam dan absah, mengajak ramai membudayakan tabiat membaca, menghebahkan tulisan saya dan sebagainya di sekolah tempat saya mengajar dahulu.

Apabila berada dalam lapangan industri, saya melihat lapangan saya sebagai tempat belajar sambil mendapat duit. Lapangan ini membebaskan saya untuk mengkaji tanpa had. Dalam keadaan ekonomi 'perlombongan' dan perusahaan logam merosot, produksi kami juga jatuh. Tetapi masa lapang yang ada digunakan untuk terus mempelajari teori asas dalam setiap aplikasi di kilang tersebut.

Mempromosi budaya ilmu dan 'kebenaran' di lapangan kilang menghendaki kita mahir dalam aspek berkenaan. Misalnya di sini saya berusaha mensaintifikan pemikiran para jurutera lain serta para pekerja senior. Malah setiap laporan yang saya keluarkan (metallurgical report), pasti saya sebutkan sebab musabab, reaksi kimia yang terlibat, hukum-hukum tertentu seperti hukum peralihan haba termodinamik, konsep solid solution (larutan pepejal), sifat bahan dan sebagainya.

Sesetengah pengurus senior (kebanyakan berada di peringkat atasan bukan atas sebab pendidikan tetapi pengalaman luas) telah terbiasa mendapat report 'suggestion' (cadangan) terus tanpa ingin tahu sebab-musabab secara terperinci. Mereka ingin tahu sebab tetapi sebab yang umum yang kadangkala kesilapan dan kegagalan sesuatu tugasan dipersalahkan kepada sektor/jabatan/individu yang salah kerana akar umbi permasalahan hanya boleh difahami jika aspek sainstifik dibedah siasat.

Ramai yang mulai suka cara begini malah ada yang selalu masuk ke makmal saya untuk bertanyakan teori atau teknik sebenar secara sainstifik yang mendalam.

Sebagai contoh, pihak pengurusan tetapkan jabatan furnace (dapur) untuk melebur 'low alloy steel' sebanyak 6500kg (anggaran kasar). Pihak supervisor jabatan ini akan sediakan skrap besi sebanyak 7000kg selalunya untuk menghindar 'melting loss' akibat pelbagai pembolehubah(variables) dan faktor.

Akibat ketidakseragaman suhu (kelalaian pekerja atau masalah teknikal elektrod), maka keterlarutan carbon dalam larutan pepejal besi lebur tidak berlaku secara homogen. Carbon lebih cenderung menjadi mendakan grafit berbanding bertindak menghurai FeO (ferum oxide) menjadi Fe 100% manakala Carbon dan oksigen menjadi CO2.

Disebabkan kurangnya tindakan endotermik berkenaan (penurunan/reduction of FeO) maka kuranglah Fe dalam besi lebur tersebut kerana FeO bukan besi lagi, ianya oksida yang akan meresap ke dalam slag. Slag pula akan dibuang. Jadi kuranglah unsur besi. Kurang unsur besi menyebabkan kuranglah besi lebur yang akan dituang. Inilah faktornya. Apabila diterang, bukan semua faham. Salah menyalah akan berlaku. Saya terus buat kerja saya tanpa menghiraukan sikap mereka.

Bukan mudah ingin mensaintifikkan orang. Malah teori kadangkala diabaikan. Budaya anarki kadang-kadang berlaku dalam sektor pekerjaan teknikal. Akan tetapi sesebuah kilang sememangnya perlu mempunyai kumpulan pengkaji dan saya diambil bekerja kerana kemampuan saya untuk mengkaji dan belajar. Itu yang saya janjikan kepada mereka semasa temuduga. Pelanggan selalu meninjau sejauh mana 'research' di sesuatu kilang sebelum mereka menempah 'casting' yang mahal-mahal.

Mujur ada ramai berminat. Malah saya selalu mengajar pekerja dan supervisor saya termasuk pengurus saya yang 'mat saleh' mengenai aspek kimia dan sifat-sifat bahan dalam aktiviti perleburan besi dan rawatan haba.

Setiap hari akan ada SMS fakta baru atau perkara yang mereka tidak ketahui. Apabila mereka merujuk saya, barulah saya akan membuka sesi 'syarahan' saya.

Muhammad Nuruddin Bashah
Metallurgis

Friday, August 14, 2009

Bioaerosol dan Kontaminasi Dalam Bangunan

Bioaerosol dan Kontaminasi Dalam Bangunan
oleh
Wardah bt Abdul Rahman
MSc (Microbiology) USM


Kualiti udara dalaman atau ‘Indoor Air Quality’ (IAQ) adalah keadaan persekitaran dalaman sesuatu bangunan yang boleh dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti suhu, kelembapan dan pencahayaan. Di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, kualiti udara dalam bangunan amat dititikberatkan. Cari sahaja maklumat berkenaan topik ini, pasti hasil kajian dari negara ini mendahului.

Bagaimana pula dengan Malaysia? Percaya atau tidak, kita hanya mempunyai satu ‘Code of Practise’ yang merangkumi perkara berkaitan kualiti udara dalaman di dalamnya. Tidak ramai yang menyedari kepentingan diwujudkan akta atau undang-undang yang lebih tegas dan khusus dalam bidang kualiti udara dalaman ini memandangkan secara lazimnya, akta dan peraturan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kementerian Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Department of Occupational Safety and Health) lebih banyak dikaitkan dengan tanggungjawab pemaju menyediakan persekitaran yang selamat untuk penghuni, tanggungjawab majikan kepada pekerja dan sebagainya.

Secara umumnya, permasalahan kualiti udara dalaman di Malaysia dibahagikan kepada dua punca iaitu pencemar udara dalaman dan pengudaraan dalaman yang tidak mencukupi. Pencemar udara dalaman pula banyak menekankan sumber pencemaran udara dalaman yang terdiri daripada asap tembakau, bahan kimia, pemeruapan bahan organik, penggunaan pelarut serta ozon yang terpancar dari penggunaan mesin pencetak berlaser
[1].

Di negara lain, kualiti udara dalaman turut berkait rapat dengan kadar kehadiran campuran kompleks bioaerosol (kulat, bakteria dan alergen) dan partikel bukan biologi (habuk, asap tembakau, partikel yang dihasilkan akibat memasak, asap kenderaan dan partikel dari kilang penjana terma)
[2]. Malah, bahaya kehadiran bahan-bahan ini kepada kesihatan manusia turut diakui oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia di dalam buku panduan yang dikeluarkan pada tahun 2002.
Paras pencemaran udara boleh dikaitkan dengan pengurangan fungsi paru-paru, peningkatan simptom pernafasan seperti batuk, sesak nafas, nafas yang termengah-mengah, serangan athma, penyakit kardiovaskular dan kanser paru-paru.’
[3]

Rakyat Malaysia masih kurang kesedaran dalam isu ini dan tidak ramai yang begitu prihatin atau mengetahui bahawa kewujudan partikel-partikel seni atau mikroorganisma di dalam bangunan boleh membawa kepada kemudaratan ke atas kesihatan manusia. Fenomena ini mungkin disebabkan oleh negara kita kekurangan pakar dan pengkaji dalam bidang ini atau belum ada lagi kes kematian yang benar-benar dapat disahkan berpunca daripada hidupan seni ini.

Kontaminasi atau pencemaran udara dalam bangunan boleh berlaku apabila terdapat sumber-sumber serta bahan yang merangsang pertumbuhan partikel bioaerosol. Bahan-bahan berasaskan kayuan atau mengandungi substrat seperti selulosa dan karbohidrat amat sesuai bagi pertumbuhan kulat. Tidak hairanlah di dalam bangunan yang telah terkontaminsai, permukaan almari, siling, permaidani, bahkan langsir juga boleh dijumpai struktur pembiakan kulat iaitu spora melekat padanya. Bangunan pejabat yang mempunyai kubikal-kubikal kecil dan menggunakan pembahagi papan lembut juga turut menjadi faktor berlakunya pertumbuhan kulat. Bahan-bahan ini mengandungi sumber nutrien bagi kulat iaitu gula ringkas ataupun gula kompleks (dapat dihadam oleh kulat melalui pembebasan enzim yang tersendiri).

Sekarang, mungkin persoalan-persoalan ini yang berlegar di dalam minda.
1.Bagaimana untuk mengetahui kehadiran partikel bioaerosol di dalam sesuatu bangunan?
2.Apakah cara untuk mengukur tahap kehadiran dan keseriusan partikel bioaerosol tersebut?

Persampelan udara menggunakan alat perangkap udara adalah antara kaedah umum yang biasa dilakukan. Udara di diperangkap dan dipamkan ke atas piring petri yang mengandungi media agar khas. Selepas 2-3 hari, bilangan spora dan serpihan miselium yang hidup dan membentuk satu koloni di atas media diambil kira bagi menghitung unit pembentuk koloni per meter padu udara (cfu/m3). Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Antarabangsa telah menetapkan kadar cfu/m3 yang maksimum ialah 1000. Pada tahun 1987, ACGIH (American Conference of Governmental Industrial Hygienists) juga menetapkan 1000 cfu/m3 dengan jumlah bakteria yang dikulturkan tidak melebihi 500 cfu/m3
[4].

Malaysia hingga kini belum mempunyai kadar yang piawai berkenaan cfu/m3 dan kita perlu merujuk kepada kadar piawai yang ditetapkan oleh akta atau peraturan yang dikeluarkan oleh negara-negara luar. Jelaslah, kes ‘serangan kulat’ di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru yang berlaku pada tahun 2005 yang lalu belum menjadi pengajaran yang berharga dan berupaya ‘membuka mata’ pihak berwajib seperti Kementerian Kesihatan dan Kementerian Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan agar lebih serius dalam menangani serangan organisma seni ini.

Persekitaran dalaman sebuah bangunan lebih-lebih lagi hospital seharusnya menjadi tempat yang paling steril dan 1000 cfu/m3 bukanlah nilai yang perlu diambil sebagai perbandingan. Bagaimana pula dengan kualiti udara dalaman di bangunan-bangunan lain seperti pejabat, kelas, dewan kuliah malah rumah kita sendiri?

Berikut adalah beberapa saranan dan cadangan yang penulis rasakan boleh diteliti bersama.
1. Masyarakat sebaiknya dididik dengan pengetahuan tentang bahaya dan kesan buruk yang dibawa oleh partikel bioaerosol di persekitaran mereka melalui edaran risalah ataupun kempen dan pameran bergerak. Mereka perlu disedarkan bahawa masalah kesihatan iaitu simptom seakan-akan demam yang kerap dialami oleh penghuni dalam sesuatu bangunan seperti batuk, mata berair, sakit tekak dan pening kepala boleh juga berlaku disebabkan oleh kehadiran partikel bioaerosol dalam kuantiti yang tidak terkawal.
2. Ciri-ciri persekitaran dalam bangunan yang baik, kaedah serta langkah kawalan bagi mengelakkan kontaminasi dalam bangunan berlaku pada skala serius juga perlu diterangkan dengan jelas. Penggunaan cat anti-kulat dan pemasangan sistem pengudaraan yang baik adalah antara langkah awal yang patut disarankan.
3. Terdapat kajian yang menunjukkan manusia kebanyakannya menghabiskan 80-90% masa mereka di dalam bangunan dan menyedut 35 gelen udara setiap hari iaitu hampir 20 000 sedutan udara. Oleh itu, kesedaran tentang kualiti udara dalaman seharusnya ditingkatkan dengan menggubal akta atau undang-undang yang terlibat agar lebih khusus dalam penetapan kadar kualiti udara yang sepatutnya dipatuhi oleh pemaju.
4. Kadar piawai bagi unit pembentuk koloni per meter padu udara (cfu/m3) ditetapkan berdasarkan keputusan kajian yang menyeluruh dan terperinci. Hal ini kerana faktor iklim Malaysia yang tidak sama sperti negara empat musim yang lain mungkin sedikit sebanyak boleh mempengaruhi kadar piawai yang sepatutnya.
5. Kajian-kajian fundamental mengenai partikel bioaerosol khususnya pengenalpastian spesies kulat mahupun bakteria yang diperangkap dari dalam bangunan serta berpotensi menyumbang kepada masalah kesihatan manusia perlu diperbanyakkan. Maklumat kajian ini pasti berguna terutamanya dalam kajian lanjutan melibatkan langkah mengawal atau merawat persekitaran yang mengalami masalah kontaminasi tersebut.
6. Kementerian Sains dan Teknologi boleh memberi galakan dan insentif yang lebih kepada para pengkaji yang melakukan penyelidikan fundamental khususnya berkaitan taksonomi dan pengkelasan mikroorganisma yang termasuk dalam kumpulan bioaerosol. Sungguhpun kajian fundamental adalah sukar tetapi keputusannya amat penting memandangkan ia sebenarnya adalah antara teras atau bahagian penting kepada permulaan penyelidikan yang lain.


[1] Code of Practice on Indoor Air Quality, Jabatan Kementerian Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Kementerian Sumber Manusia, 2005
[2] N. Kalogarakis, D. Paschali, V. Lekaditis, A. Pantidou, K. Eleftheriadis dan M. Lazaridis (2005). Indoor Air Quality-bioaerosol measurements in domestic and office premises. Jurnal Aerosol Science. 751-761.
[3] World Health Organisation. (2002). Guidelines for concentration and exposure-response measurements of fine and ultra fine particulate matter for use in epidemiological studies. Geneva : World Health Organization.
[4] C. S. Cox and C. M. Wathes (1995). Bioaerosols handbook. New York:Lewis Publishers.

Tuesday, August 4, 2009

Hikmah Perlaksanaan Hukum Hudud Berdasarkan Al-Quran dan Sains

HIKMAH PERLAKSANAAN HUDUD
Oleh: Dr. Jamnul Azhar Hj. Mulkan.
“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah kamu dera masing-masing dengan 100 rotan dan janganlah kamu berasa kasihan belas terhadap keduanya dalam melaksanakan perintah Allah jika kamu beriman kepada Allah dan pada hari kemudian.Hendaklah hadir ketika dijatuhkan hukumun terhadap mereka sekumpulan dikalangan orang-orang yang beriman” (An-Nur:2, al Quranul Karim)

PANDANGAN ULAMA TAFSIR
Hukuman ke atas penzina lelaki dan perempuan yang merdeka, berakal dan yang masih bujang atau dara yang masih belum berkahwin adalah disebat dengan seratus sebatan setiap seorang. Hikmah memulakan hukuman keatas perempuan dalam kes zina dan memulakan hukuman keatas lelaki ketika kes mencuri adalah kerana kes zina selalunya terjadi disebabkan oleh golongan perempuan yang boleh mengaibkanya lebih daripada lelaki dan lebih memberi kesan keatasnya, manakala dalam kes mencuri pula selalunya berlaku keatas orang lelaki kerana mereka lebih berani dan lebih merbahaya daripada orang perempuan dalam melakukan perkara itu maka didahulukan orang lelaki daripada orang perempuan.

Pada zahir ayat ini menerangkan akan ketetapan hukuman keatas penzina –penzina iaitu 100 sebatan rotan tetapi telah ditetapkan di dalam Sunnah yang Qat’ie dan penzina yang belum berkahwin dan yang telah berkahwin. Adapun hukuman bagi penzina yang telah berkahwin ialah direjam dengan batu sehingga mati mengikut Sunnah secara lisan dan perbuatan. Telah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Mas’ud Bahawasanya Nabi Muhammad salallahualaihi wasalam telah bersabda:
“Tidak halal darah orang-orang Islam kecuali belarkunya salah satu daripada tiga perkara iaitu orang yang telah berkahwin berzina, orang yang membunuh dengan sengajacdan keluar daripada agamanya juga berpecah daripada jamaah orang-orang Islam.
”Janganlah kamu berlembut dan berasa belas kasihan ketika hendak melakukan hukuman keatas penzina kerana ini adalah hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah juga tidak boleh merosakkan hudud Allah yang telah ditetapkan dan sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW daripada apa yang telah diriwayatkan oleh Ahmad dan Ashab al-Kutub as-Sittah daripada Aisyah radhiAllahu anha:
“Demi Tuhan yang menciptakan diriku, walaupun sekiranya Fatimah bt Muhammad mencuri Sesungguhnya aku akan potong tanganya”Maka dirikanlah hudud keatas orang-orang yang melakukan perbuatan zina dan pukullah mereka itu dengan pukulan yang menyakitkan untuk memberikan pengajaran keatas mereka jika kamu beriman dengan Allah SWT dan hari Akhirat.Dan dirikanlah hudud secara terang-terangan dihadapan sekumpulan daripada orang-orang Islam tambahan balasan bagi orang yang berzina.Sesungguhnya penzina-penzina itu apabila disebat di hadapan orang ramai akan memberi kesan yang lebih untuk mencegah mereka daripada melakukan perbuatan itu lagi.
Telah berkata Qatadah:"Allah S.W.T telah memerintahkan sekumpulan daripada oraang-orang yang beriman untuk melakukan penyaksian ketika hukuman itu dijalankan adalah kerana untuk memberi peringatan, nasihat dan pengajaran".Kes-Kes zina ini disabitkan dengan salah satu daripada perkara berikut :
1- Iqrar atau pengakuan : Ini selalunya berlaku ketika pemerintahan Islam Keterangan atau penyaksian: Iaitu penyaksian 4 orang saksi lelaki yang merdeka, adil dan beragama Islam dan melihat dengan mata mereka sendiri. Ini sangat jarang berlaku dan tidak terhasil kecuali sedikit.
2- Mempunyai hubungan dengan perempuan yang tidak mempunyai suami yang boleh dikenali baginya.
PERBAHASAN
Apabila Allah menjadikan manusia Allah juga menjadikan bersama kejadian manusia itu undang-undang yang dapat mengawal manusia daripada terjerumus ke lembah kehinaan dan kesengsaraan akibat daripada perbuatan manusia itu sendiri.Terdapat 17 jenis kesalahan yang dihukumkan dengan hukum hudud antaranya hukum bagi mereka yang melakukan penzinaan.Apabila sabit dua kesalahan terdapat dua jenis hukuman bagi dua kategori manusia yang melakukan kesalahan itu ;
1. Sebat 100 rotan untuk yang belum berkahwin
2. Rejam sampai mati untuk penzina yang sudah berkahwin
Kenapakah terdapat perbezaan di dalam hukuman yang di jalankan bagi kesalahan yang sama tetapi dilakukan oleh jenis manusia yang berbeza?Sepintas lalu, Ulama’ menggariskan bahawa menghukum mereka yang belum berkahwin jika disabitkan kesalahan dengan 100 rotan adalah wajar sebagai pengajaran bagi mereka yang melakukanya ataupun remaja yang berkeinginan mencubanya. Hukuman sebat ditentukan bagi penzina jenis adalah kerana mereka belum pernah merasa nikmat perkahwinan.Keinginan mereka adalah disebabkan dorongan nafsu yang kadangkala dapat mengatasi fikiran manusia sehingga menjerumuskanya melakukan kesalahan zina.

Rejam sampai mati pula adalah hukuman yang dijatuhkan ke atas penzina yang sudah berkahwin kerana penzina jenis ini sudah merasai nikmat perkahwinan dan tidak ada alasan yang boleh diterima sebagai kemaafan kerana dikhuatiri tabiat mereka itu akan merosakkan banyak manusia. Rejam sampai mati adalah ubat yang paling mujarab bagi manusia jenis ini.
HIKMAH DISEBALIK PERLAKSANAAN HUDUD
Buat penzina yang belum berkahwin.mereka mempunyai antibody T4 Limfosit yang kuat dan masih bertenaga. Jika sekiranya seseorang penzina itu dihinggapi HIV selepas penzinaanya,T4 Limfositnya akan diserang oleh HIV Aids yang akan menyebabkan sel-sel T4 Limfositnya musnah sehingga menyebabkan mati dan akhirnya sel sum-sum tulangnya mengalami kelumpuhan dan fibrosis dan tidak lagi dapat lagi menghasilkan sel-sel T4 yang baru. Badan akan lemah dan Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit akan menyerang.

Pesakit jenis ini juga mempunyai kemungkinan untuk disembuhkan. Tetapi dengan syarat ia mesti didera dan badannya mesti mengalami kesakitan yang banyak bagi meransang penghasilanan sel-sel T4 yang baru serta mengelakkan sum-sum tulang daripada fibrosis.Cara terbaik adalah dengan menyebat diantara bawah tengkuk dan di atas pinggang di bahagian belakang dengan sebatan yang akan meransang penghasilan semula antibodi T4 yang baru dan pesakit tersebut boleh sembuh daripada AIDS selepas antibodi sel-sel T4 Limfositnya itu boleh menguasai HIV AIDS.

Jika sekiranya pesakit tersebut sudah berkahwin .apabila dihinggapi virus AIDS,sel-sel T4 mereka telah lemah berbanding dengan sel-sel T4 kepunyaan mereka yang belum berkahwin. Kelemahan ini berpunca daripada sum-sum tulang yang mengalami sedikit hakisan dan kurang menghasilkan antibodi kerana lebih banyak ditumpukan kearah menghasilakan benih-benih bagi tujuan menghasilkan sperma-sperma baru. Penzina jenis ini tidak akan dapat diselamatkan daripada virus HIV AIDS dan rejam sehingga mati adalah merupakan penyelesaian terbaik bagi mengelakkan jangkitan dan penyebaran penyakit di samping memberikan pengajaran yang menyebabkan orang lain takut untuk melakukan kesalahan yang sama.
IMUNITI DAN HIKMAH PELAKSANAAN HUDUD
Sistem imuniti badan manusia adalah menepati sistem pentadbiran dan pertahanan sesebuah negara Islam.Di dalam badan manusia terdapat berjuta-juta sel yang terdiri kebanyakanya daripada protein. Begitu juga keadaanya antibodi yang terdiri 100% daripada protein. Salah satu keistimewaan bagi haiwan vertebrata ialah keupayaan antibodinya mengenali kandungan asal badan (yang di panggil sel asal)dan benda-benda yang datang dari luar. Tindakbalas imuniti adalah merangkumi kesemua aktiviti yang pada akhirnya menghasilkan penghapusan bahan-bahan luar (foreign materials) samaada melalui proses kecederaan atau tidak .Tindakbalas imun adalah merangkumi dua fenomena yang asas:
1.Tindakbalas humoral (tindakan antibody)
2.Tindakbalas pembaikan sel

Toleran (ketiadaan tindakbalas imun) adalah juga salah satu daripada mekanisme tindakbalas imun yang bertindak sebagai mekanisme pertahanan yang memelihara tindakbalas imun terhadap sel sendiri. Dalam banyak hal, mekanisme pertahanan badan (tindak balas imun) adalah seolah–olah sebuah sistem pengawalan (undang-undang hudud) yang di wujudkan bagi tujuan pengawalan.Sistem ini akan dapat mengenali antara orang asing dan penduduk tetap sebuah negeri. Orang asing yang di anggap mengancam keselamatan akan dihapuskan dengan di hukum dan penduduk asal negeri tersebut yang baik akan di tolerankan. Maka yang menyeleweng di kalangan penduduk asal negeri itu juga turut dihapuskan bagi tujuan keselamatan dan sistem sosial yang teratur itu.

Masyarakat yang tidak mempunyai undang-undang hudud yang telah di tentukan oleh Allah itu adalah seolah-olah masyarakat yang sedang dilanda AIDS dimana kesemua unsur asing budaya dan kehidupan yang boleh membahayakan manusia dan boleh memusnahkan kehidupan manusia dibolehkan masuk seluas-luasnya tanpa sebarang pengawasan.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui tentang segala-gala keperluan biologis, psikologi dan mental manusia. Adalah menjadi satu perkara yang boleh merosakan manusia apabila manusia cuba menentukan haluan mereka sendiri yang mereka sendiri tidak faham dan tidak tahu. Sedangkan Allah ,Tuhan yang menjadikan dan menciptakan yang paling arif dan tahu tentang keperluan-keperluan manusia serta sistem pengawalanan yang dapat mengawal manusia daripada terjerumus ke lembah perhambaan nafsu yang boleh memusnahkan manusia itu sendiri.
HIKMAH MANDI WAJIB
Adalah banyak diketahui oleh pakar sains bahawa di bawah kulit manusia terdapat banyak mikroorganisma yang hidup komensal. Mikroorganisma ini akan keluar dan berada di hujung rambut dan bulu roma setiap kali manusia berpeluh atau selepas melakukan hubungan kelamin dengan isteri @ suami. Sudah tentulah badan akan menjadi kotor dan organisma ini akan mudah berjangkit kepada orang lain apabila ia keluar dan berurusan tanpa mandi junub.

Bakteria ini jika sekiranya mempunyai peluang untuk menguasai badan kita ketika daya tahan badan manusia menjadi lemah akan mengambil kesempatan dan akan menjadi parasit dan boleh menyebabkan jangkitan di tubuh badan kita. Itulah sebabnya Islam menetapkan mandi junub sebagai cara pembersihan diri dan tubuh badan daripada tercemar daripada bakteria tadi. Keluar berjual-beli, makan, minum, berhubungan dan berinteraksi dengan orang lain dalam keadaan berjunub adalah makruh.Allah Yang Maha Mengetahui tentang makhluk yang diciptakannya ini telah menetapkan bahawa manusia mesti mandi wajib selepas setiap kali datang haid nifas dan bersetubuh.Ia adalah bagi tujuan pembersihan dan penyucian diri.Apabila bakteria tadi terkena atau dikenakan padanya air yang dapat menghilangkanya dari badan ,ia akan mati dan tidak dapat menjangkiti orang lain. Maka terselamatlah manusia daripada jangkitan dan wabak penyakit sekaligus dan meneruskan hidup dalam keadaan bersih dan sihat.
TAYAMMUM PENGGANTI MANDI JUNUB
Kenapakah tayammum dapat menggantikan mandi junub dan wudu’( dua jenis penyucian diri dalam Islam ) dalam keadaan air di tempat yang kering-kontang? Bakteria apabila terkena air akan mati disebabkan tekanan osmosis di dalam badannya sehingga air boleh menyerap masuk ke dalam badan dan akhirnya ia mati kerana mengalami overhydration. Begitu juga halnya apabila bakteria tadi didedahkan kepada keadaan yang terlalu kering dan kontang seperti apabila dikenakan padanya debu..Ia akan mati setelah air badannya keluar kerana tekanan osmosis lebih rendah daripada tekanan osmosis di luar badan menyebabkanya mati kerana air badan keluar dan kerana kekontangan fisiologi badan. - MANHAL