Malaysian Young Scientist Assembly 2011

Thursday, July 9, 2009

Dewan Kosmik-Relevan Sepanjang Zaman

Surat Pembaca seperti yang dihantar kepada pihak penerbitan Dewan Kosmik pada 7 Julai 09.

Dewan Kosmik-Relevan Sepanjang Zaman

Perkenalan saya dengan Dewan Kosmik (DK) bermula apabila saya disarankan membeli dan membacanya sekitar awal tahun lepas. Pertama kali menatap DK, terasa ruginya saya kerana hanya mengenali DK di usia yang mula menginjak dewasa sedangkan sebaiknya saya menjadikan DK antara teman rapat ketika di bangku sekolah lagi. Belajar dalam aliran sains ditambah dengan informasi yang dibekalkan DK pasti membantu mana-mana pelajar yang dahagakan ilmu alam.

Sehingga kini, saya tidak melepaskan peluang membeli DK setiap bulan. Selain itu, kedai menjual buku terpakai di Chowrasta, Pulau Pinang turut menjadi tempat tumpuan saya di hujung minggu. Tujuan saya ke sana adalah untuk membeli DK keluaran tahun-tahun terdahulu pada harga yang murah. Bukan nilai harga yang menajdi ukuran tetapi nilai ilmu yang ada padanya membuatkan saya berasa bertuah kerana dapat memiliki DK biarpun dari zaman awal DK mula diterbitkan.

Pada pandangan saya, artikel-artikel yang disiarkan DK dalam apa jua keluarannya sangat berguna dan sesuai dibaca oleh segenap lapisan masyarakat tanpa mengira usia, bangsa dan agama. Isi kandungan DK masih relevan dan berguna hingga sekarang biarpun keluaran yang dibeli se'tua' 15 tahun yang lalu. Perkembangan sains dan teknologi pada masa kini pula mematangkan DK manakala usaha terdahlu DK yang mula menulis tentangnya harus dipuji.

DK akan terus menjadi pilihan majalah berinfomatif saya dan akan saya sebarluaskan kepentingannya pada rakan-rakan serta generasi akan datang. Syabas, DK! Kehadiranmu amat dihargai!


Wardah bt Abdul Rahman

USM, Pulau Pinang.

No comments: