Malaysian Young Scientist Assembly 2011

Tuesday, July 14, 2009

Alam Protista; Antara Alam Tumbuhan dan Haiwan?


Semalam bermula pengalaman baru, menjadi pembantu kelas amali bagi kursus Mikologi(BMT 202/3) bagi pelajar tahun kedua Pusat Pengajian Sains Kajihayat. Menjadi pembantu kelas adalah antara syarat khas yang perlu dipenuhi bagi setiap pemegang biasiswa Fellowship USM. Selain Mikologi, Perbandingan Anatomi Tumbuhan, Fisiologi Tumbuhan dan Biostatistik adalah antara kursus yang pernah saya terima pada semester-semester yang lalu.

Teruja, inilah perasaan saya sebaik sahaja mendapat tahu saya bakal membantu di dalam kelas ini. Mikologi adalah antara cabang ilmu utama yang saya lakukan hampir setiap hari! Penyelia saya sendiri pula pernah beberapa buah buku dan antaranya, Istilah Mikologi, yang ditulis beliau pada tahun 1985! Semasa belajar di bidang Sarjana Muda dahulu, kursus major saya ada
lah Agrobiologi. Saya berpeluang mengambil kursus mikologi tetapi memandangkan kursus ini bukan kursus wajib yang perlu diambil dan saya tidak memilihnya sebagai kursus opsyen, pengetahuan asas tentang kulat hanya diperolehi dari kelas Patologi Tumbuhan (kajian penyakit pada tumbuhan). Inilah peluang yang baik untuk belajar lagi! Saya berazam untuk menghadiri kuliah Mikologi seperti pelajar yang lain bagi mengukuhkan kefahaman dalam bidang ini.

Mikologi secara umumnya adalah bidang kajian mengenai kulat, termasuklah taksonomi (pengkelasan), fisiologi, habitat, genetik, manfaat serta penyakit yang disebabka
n oleh spesies kulat tertentu. Ahli kaji kulat dikenali juga sebagai ahli mikologi atau ‘mycologist’. Mikologi perubatan atau ‘medical mycology’ pula berkisarkan kajian tentang kulat yang bersifat patogenik dan boleh menyebabkan penyakit kepada organisma lain.

Meskipun kulat boleh menjadi penyebab penyakit seperti sakit kulit, alahan dan sebagainya, kesan baik yang disumbang oleh kulat ke atas ekonomi juga tidak dapat disangkal. Misalnya penghasilan antibiotik, roti, produk sos soya, tempe, keju yang melibatkan kulat mikro manakala kulat makro (Penicillium sp., Aspergillus sp., Rhizopus sp.) seperti cendawan butang (Agaricus bisporus) dan cendawan tiram (Pleurotus ostreatus) digunakan secara langsung dalam makanan kita.

Mikologi hanyalah cabang dari ilmu botani (kaji tumbuhan). Dahulu, kulat dimasukkan dalam alam tumbuhan tetapi mengikut pengkelasan terkini, kulat tidak lagi dimasukkan di dalam alam Plantae (alam tumbuhan) kerana sifatnya yang tidak mempunyai klorofil dan tidak menghasilkan makanan sendiri. Pada masa yang sama, kulat juga tidak dapat dikelaskan di dalam alam haiwan kerana tidak mempunyai ciri-ciri haiwan. Akhirnya, kulat dimasukkan dalam alam Protista bersama-sama alga yang turut memilki ciri-ciri perantaraan haiwan dan tumbuhan. Unik kan?



Wardah bt Abdul Rahman

Makmal Patologi Tumbuhan, Pulau Pinang.


No comments: