Pandangan dari atas piring petri (C14-sampel diambil dari siling tingkat 2 bangunan).
Pandangan dari atas piring petri (C8-sampel diambil dari siling tingkat 1 bangunan)
Pandangan dari bawah piring petri (sampel C14).
Pandangan dari atas piring petri (C6-sampel diambil dari tiang tidak bercat di tingkat bawah bangunan)
Pandangan dari bawah piring petri (sampel C6).
Selepas 3 hari, inilah hasil yang dapat dilihat pada piring petri. Koloni kulat tumbuh di atas coretan zig-zag agar yang dilakukan semasa persampelan Ahad lalu. Jika koloni kulat tumbuh luar dari kawasan coretan atau tumbuh di atas kawasan kawalan (coretan memanjang), media ini dikatakan telah tercemar dengan kulat luaran yang bukan berpunca dari tempat persampelan.
Melalui pemerhatian mata kasar, boleh dikatakan terdapat satu spesies kulat tumbuh masing-masing di atas agar dalam piring petri C14 dan C6. Pemerhatian mata kasar dilakukan dengan melihat pigmentasi/warna yang ditunjukkan oleh koloni kulat di sebelah atas dan bawah piring petri. Kajian lanjut seharusnya dilakukan dengan melihat struktur tersendiri yang ada pada kulat ini dan spora yang dihasilkan melalui mikroskop cahaya.
Ada juga spesies kulat tumbuh bercampur seperti gambar di bawah. Dalam kes sebegini, setiap spesies kulat akan dipindahkan ke media agar yang baru untuk memudahkan pengecaman spesies dilakukan.
Pandangan dari bawah piring petri (sampel C8).
No comments:
Post a Comment