Malaysian Young Scientist Assembly 2011

Tuesday, May 19, 2009

'Fungus busters'

Hari Ahad yang lalu, saya bersama En. Din(pembantu makmal yang berdedikasi) dan Hafizi(salah seorang pengkaji kulat Fusarium dalam makmal kami) keluar menjalankan aktiviti persampelan di kawasan USM. Sasaran kami, bangunan Cahaya Gemilang yang dahulunya asrama pelajar tetapi sedang dibaikpulih kini. Laporan tentang serangan kulat yang serius berlaku di bangunan lama tersebut telah diterima pada minggu lepas. Lihatlah hasil tinjauan dan dapatan tersebut :


Fokuskan penglihatan anda pada bahagian siling dan tiang bangunan. Terdapat tompokan-tompokan hitam jika diperhati dengan teliti.



Antara kawasan yang teruk dicemari kulat.

Menurut pekerja di bangunan terbabit, serangan kulat ini hanya terjadi beberapa waktu selepas dinding tepi dan bumbung bangunan dipecahkan. Maksudnya, pencemaran kulat belum berlaku ketika bangunan berada dalam struktur yang lengkap ataupun semasa dihuni oleh pelajar.

Jangkaan awal yang boleh dibuat ialah tiang dan lantai bangunan telah lama terdedah kepada suhu yang berubah-ubah, kesan daripada matahari dan hujan. Keadaan ini telah merangsang perkembangan dan pembiakan kulat yang drastik.



Aktiviti persampelan menggunakan kaedah 'swab' dilakukan (amaran:lain kali pakai sarung tangan plastik dan pelindung muka sebagai langkah keselamatan). Spora yang dihasilkan kulat boleh memasuki saluran pernafasan dan boleh membawa jangkitan yang serius!
Kelembapan relatif dan suhu dalam bangunan turut dicatatkan. Secara umumnya, kadar kelembapan relatif yang tinggi boleh juga menjadi penunjuk kepada kadar kepadatan spora kulat di dalam bangunan yang terlibat.
Ingin tahu bagaimana kaedah 'swab' dilakukan dan hasil yang diperoleh dari persampelan ini?
--> posting seterusnya...
Wardah bt Abdul Rahman
'FuNgus BusTer'

No comments: