Subhanallah! Sebulan ini saya tidak jemu menonton video ini. Bukan setakat kagum pada teknologi penggambaran atau ilustrasi yang digunapakai tetapi intipati video ini, terasa dekat di jiwa saya. Memang tidak sabar ingin berkongsi dengan semua jadi semalam cepat-cepat saya minta bantuan suami muat turun dari YouTube dan saya muat naik semula di blog ini. Memandangkan USM HotSpot menyekat akses ke YouTube, inilah alternatif untuk kawan-kawan saya yang ada di sana.
Buat mereka yang berada di luar penyelidikan dalam bidang ini, tontonlah 2-3 kali. Umumnya, video ini memperlihatkan struktur kulat Aspergillus dan pertumbuhannya. Struktur yang seakan-akan pohon bergoyang itu adalah 'conidiophore' atau 'stipe' yang tumbuh menegak dari 'foot cell' dan menghasilkan 'conidial head' di atasnya. Dari 'conidial head' yang mempunyai 'vesicle' berbentuk bulat ini pula, struktur 'sterigma' terbentuk (lihat pembentukannya pada 00:21). Saya teringat bentuknya seperti ais pop Siam yang dijual di kedai Kam Seng. Dari atas sterigma, muncul pula 'conidia' iaitu struktur spora bagi kulat dari genus Aspergillus. Pada 00:29, spora kulat ini ditunjukkan dengan bentuknya yang bulat kasar dan berduri.
Sporanya sangat 'fragile' dan ringan, sebab itulah anda akan lihat spora ini bertebaran apabila 'conidiophore' saling bersentuhan. Bayangkan ini hanya 2 'conidiophore' yang 'berlaga', belum lagi dikira yang ada di dalam piring petri dengan diameter 7 cm di makmal! Sedikit gerakan yang berlaku pada piring petri, alamatnya tersebarlah berjuta-juta spora kulat ini merata-rata! (nasib baik dalam piring petri yang ditutup, itupun masih belum 100% terjamin spora ini tidak tersebar ke luar).
Ingat lagi 5 struktur pembiakan aseks yang kita belajar di sekolah dulu? Spora kan untuk kulat =] Betapa seninya ciptaan Tuhan kan.
Masih ada yang kurang faham? Kemukakan soalan, saya akan cuba menjawabnya. Nak lihat sendiri kulat ini dengan mata anda? Datanglah ke makmal saya. Dengan senang hati saya akan tunjukkannya.
Wardah bt Abdul Rahman
Kamunting, Perak.

3 comments:
Puan, saya tertarik dengan kajian saudari berkenaan bidang ini. Saya ingin bertanya bagaimanakah cara yang effective untuk menghapuskan kulat ini. Adakah produk produk tertentu boleh digunakan.
Terima kasih atas perhatian saudari. Sepanjang pengalaman saya menjalankan penyelidikan serta melibatkan diri dalam beberapa kes 'serangan kulat' di dalam bangunan, saya dapati tiada kaedah yang tuntas boleh menghapuskan kulat ini 100%. Kulat bawaan udara tetap hadir dalam udara sekeliling cuma apabila disertai dengan faktor-faktor persekitaran yg boleh meransang pertumbuhannya seperti suhu, kelembapan, pencahayaan, material berselulos dsb,kulat ini akan 'menampakkan diri' dan wujudlah tompok-tompok kulat yang selalu kita lihat di siling tandas, almari kayu yang pernah ditenggelami air atau pada dinding yang lembap.
Walau bagaimanapun, kebanyakannya di negara-negara Barat, mereka mempunyai beberapa syarikat yang khas mengendalikan kes-kes kontaminasi kulat yang serius dalam bangunan. Mungkin di sebabkan perubahan iklim 4 musim di negara mereka, kes ini kerap berlaku dan kewujudan syarikat pembasmi kulat ini amat diperlukan. Pekerja yang terlibat akan datang dan melakukan sesi pembasmian (remediation) pada tempat-tempat yang terlibat. Ketika ini mereka akan menggunakan produk tertentu (selalunya tidak didedahkan kepada umum) bagi sesi tersebut. Pada skala 'serangan kulat' yang kecil, saudari boleh menggunakan peluntur seperti Clorox yang dicairkan dan lap menggunakan tuala kecil. Pastikan tuala tersebut tidak berulang kali digunakan pada bahagian yang sama dan lap sekali sahaja pada satu tempat (elakkan lap secara memusingkan tuala). Jika perlu diulang, gunakan tuala yang baru dan jangan kitar semula tuala tersebut.
Post a Comment