Islam juga menekankan umatnya menggunakan bahan alami dalam bersuci, menjaga kebersihan serta kecantikan. Contohnya kapur barus dan kayu cendana digunakan bagi menghilangkan bau mayat, kayu sugi digunakan untuk membersihkan gigi, tawas untuk membersihkan daki pada badan manakala tanah dan air mutlak diperlukan untuk menyucikan najis mughallazah(najis berat). Islam datang untuk memudahkan urusan penganutnya!
Dari beberapa kaedah bersuci mengikut kaedah Islam, dapatlah disimpulkan bahawa umat Nabi-nabi terdahulu yang patuh mengikut ajaran Islam hanya menggunakan bahan semulajadi di sekeliling mereka untuk mandi, membersihkan diri serta bersuci. Ketika itu, tiada bahan yang boleh membahayakan kesihatan digunakan malah bahan alami yang digunakan membawa seribu satu manfaat lain pada mereka. Tuduhan buruk yang mengatakan umat zaman silam pengotor serta tidak menjaga kebersihan kerana tiada sabun mandi, peluntur, ubat gigi, minyak wangi ataupun deodorant juga tidak benar sama sekali! pada masa yang sama, dakwaan bahawa golongan terdahulu mampu hidup lebih lama berbanding umat zaman sekarang boleh dibuktikan! Lihat sahaja kehidupan mereka yang tidak terancam atau terdedah pada bahan-bahan kimia yang boleh memudaratkan serta toksik pada badan. Bandingkan dengan keadaan sekarang.
Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada bentuk tubuh kamu dan tidak juga pada rupa paras kamu, tapi Dia melihat pada hati kamu.” (Daripada Abu Hurairah ra)
Manusia kini melihat kecantikan berasaskan nafsu hingga ada yang menyimpang dari ajaran agama. Lakukan analisis pada diri kita sendiri. Berapa jeniskah produk dan alat kebersihan yang kita gunakan setiap hari? Bermula dari berus gigi yang jelas adalah sintetik hinggalah krim muka yang mungkin tanpa disedari mengandungi agen pemutih - hydroquinon.
Daripada kajian. jumlah mereka yang menghidap penyakit kanser terus meningkat dari tahun ke tahun. Bagi tahun 2002, dianggarkan 1,200,000 kes-kes baru dapat dikesan dan lebih kurang 1,500 kematian dianggarkan berlaku setiap hari, disebabkan oleh kanser. Bahan-bahan toksik penyebab kanser memang terdapat di dalam produk yang sering digunakan oleh para pengguna pada hari ini, termasuk produk kosmetik.
Krim muka dilabel mengandungi ekstrak tumbuhan sedangkan kandungan bahan kimia lain melebihi bahan semulajadi tersebut. Andai kita mengambil konsep sebenar yang dibawa Islam, sebenarnya kita tidak perlukan produk-produk buatan ini. Islam mengajar kita menggunakan bahan alami dan hal ini jugalah yang disarankan oleh penyelidik-penyelidik yang mengkaji kesan/implikasi buruk yang diperoleh dari produk kesihatan atau kecantikan masa kini. Bahan semulajadi seperti asam tebu yang kaya dengan vitamin C, daun lidah buaya yang boleh menyejukkan kulit, ketumbar yang boleh meningkatkan protein kulit dan pelbagai sumber alam lain patut dijadikan alternatif utama yang boleh digunakan bagi tujuan kosmetik atau penjagaan diri.
Minden,Pulau Pinang
No comments:
Post a Comment