Malaysian Young Scientist Assembly 2011

Thursday, April 24, 2008

Transaksi Ilmu Sains Islam ke Dunia Barat

Semasa menghadiri Bengkel Anti Sekular anjuran SPAQ Rabu yang lalu, Saudara Muhammad Nuruddin ada menceritakan bagaimana transaksi ilmu bermula dari dunia Islam yang gemilang ke dalam dunia barat yang mula bangkit dari lena yang panjang.

Dengan
Keilmuan dan galakan keilmuan oleh Khalifah abbasiyyah dan Andalus, ulama’ sains dan sosialogi Islam telah mengekstrak ssebegitu banyak pengetahuan dan penemuan berdasarkan Ayat-ayat Al quran dan perilaku Baginda SAW. Daripada konsep umum dalam dalil-dalil ini mendorong para ulama’ untuk mencari praktikalnya disamping menerima simbahan masuk ilmu-ilmu Greek melalui Sham (Syiria/Damsyiq).

Barat hanya mempelajari hasil penemuan dan bukannya usul penemuan. Lantaran tiada perkaitan keilmuan sains Islam dengan Bible (yang telah diporak perandakan) mereka mengambil keputusna untuk mencipta ruang vakum yang selamat dari gejala ortodok dan konservatif pihak gereja. Mereka amalkan pmikiran dan penakulan sekular dalam meluaskan lagi keilmuan mereka yang telah diambil dari dunia Islam.

Transasksi ilmu Islam ini bermula dalam siri peperangan salib yang bermula sejak 1096M lagi dan kemuncaknya pada kejatuhan andalusia pada 1492. Kejatuhan Constantinopel daripada Beyzantium kepada Turki Uthmaniyyah pada 1453 (walaupun Rom timur kalah) telah membuka mata barat untuk mempelajari teknik dan teknologi Muhammad Al Fateh. Kedahsyatan tentera Turki mengheret beberapa kapal laut mereka mendaki bukit (selepas disekat oleh Rom) adalah tindakan diluar kema,puan akal manusia zaman itu. Itulah sinergi kekuatan Ruh dan Akal umat Islam Turki.

Pulau Sicily juga menjadi pusat transaksi ilmu Islam ke Barat. Shams, Baghdad dan Mesir juga menjadi kenangan peralihan tamadun Islam ke barat.

Akibatnya sekularisasi ilmu sains Islam oleh barat, maka bermulalah sains yang berasaskan akal. Bunga-bunga kajian sains barat itu sahaja yang diajar kepada kita hari ini yang menjadi mangsa penjajahan Eropah. Hingga kini orbit saions teknologi kita masih terpaksa mengikuti orbit barat. Usul Islam yang digunapakai oleh kita tidak lagi tersisa hanya kenangan dan peninggalan penemuan sahaja. Perkara ini amat menyedihkan semua mahasiswa sains Islam. Kita hanya mampu belajar sains ala sekular dan hanya mengaitkan dengan ayat Al quran atau hadis untuk menjustifikasikan bahawa Kitab dan sunnah Nabi kita adalah bernilai sainstifik dan syumul. Kita defensif dalam lebih kepada mempertahankan kemurnian kitab daripada menjadikan kita usul kepada penemuan baru. Bagaimana ingin kembali? Susah……

Walaupun begitu, mahasiswa dan tenaga sainstis perlu megembleng tenaga untuk membina rangkaian sainstis muslim yang berkesedaran menggunakan teknologi ala sekular tersebut untuk diimplikasi untuk kemaslahatan alam ini bukannya menjadi punca malapetaka seperti peperangan sebagai contohnya.


Wardah Abdul Rahman
IMP Corner USM

No comments: