Sumber : http://pentaskajibuku.blogspot.com/2009/11/menganjak-sistem-pendidikan-tinggi-satu.html
Menganjak Sistem Pendidikan Tinggi; satu keperluan ummah[1]
Tajuk menganjak pendidikan tinggi adalah satu tajuk yang cukup kompleks.
Pendidikan merupakan bahagian yang tidak dapat dipisahkan dari tamadun. Tamadun itu sendiri adalah isi pendidikan dan konsekuensi logik aktiviti manusia. Melalui kemampuan berfikirnya, manusia bukan hanya membuat kehidupannya, tetapi juga menaruh perhatian kepada pelbagai cara memperoleh erti hidup. Proses inilah yang melahirkan upaya pendidikan dan tamadun. Daya olah fikiran manusia yang dibentuk oleh persekitaran, lama kelamaan akan membentuk suatu sistem. Kristalisasi sistem itulah yang membentuk kebudayaan.
Bagi Ibn Khaldun, kebudayaan (al-thaqafat) adalah suatu aspek kemanusian. Kebudayaan mengacu pada masyarakat. Dengan kata lain, kebudayaan terbentuk sebagai hasil kecenderungan semula jadi manusia untuk bekerja sama. Ia merupakan alat untuk keperluan manusia. Melalui penciptaan budaya, manusia dapat meningkatkan kondisi hidup sesuai dengan persekitarannya. Melalui aspek ini, pendidikan dituntut agar dapat memajukan kebudayaan dan tamadun umat. Pendidikan dapat mengarah kepada pencapaian tingkat hidup yang lebih baik dengan tingkat kebudayaan dan tamadun lebih maju.
Berkenaan dengan definasi yang disebut, terdapat pertikaian mengenai soalan universiti yang mana adalah yang tertua. Universiti Takshashila mungkin merupakan universiti tertua yang pernah tercatat dalam sejarah. Perkataan bahasa Latin asal universitas yang julung kali digunakan sewaktu kebangkitan minat terhadap tradisi Greek dan Rom Purba, cuba mencerminkan ciri-ciri Akademi Plato ini.
Istilah universiti dalam Islam ialah jaamiah yang bermaksud himpunan. Himpunan ini bererti menghimpunkan ilmuwan, pengkaji dan penuntut ilmu yang komited dengan pekerjaan ilmu sahaja. Fakulti pula disebut kulliyyah yang juga bermaksud satu kumpulan besar yang mengkaji sesuatu bidang secara spesifik.
Universiti al-Azhar al-Shareef, "Azhar yang Mulia", adalah sebuah institusi pendidikan tinggi ulung di Mesir, dan terkenal di dunia sebagai pusat kesarjanaan dan pendidikan. Mula dibina pada 969M, ia merupakan universiti yang kedua tertua ditubuhkan yang masih beroperasi selepas Universiti al-Qarawiyin di
Universiti al-Azhar dibina oleh kerajaan Fatimiyyah (909-1171) yang menjadikan Kaherah sebagai pusat pemerintahannya. Universiti ini asalnya dibina sebagai Masjid al-Azhar. Pada masa dulu, masjid merupakan pusat pelbagai aktiviti orang Islam termasuklah pendidikan.
Universiti al-Azhar ini diasaskan oleh dinasti Fatimiyyah di Mesir, keturunan Fatimah, anak perempuan dari Rasulullah SAW. Fatimah dikenali sebagai Az-Zahra (yang pintar), dan universiti ini mengambil nama tersebut sebagai penghormatan kepada beliau.
Pengajian bermula di Al-Azhar pada bulan Ramadan, 975 AD. (Jami'ah) Universiti memiliki fakulti dalam Undang-undang Islam dan perundangan (jurisprudence), nahu Arab (Arabic grammar), Ilmu Falak (Islamic astronomy), falsafah awal Islam, dan logik.
Pada abad ke-12, dengan kejatuhan dinasti Syiah Fatimiyyah, Sultan Salahuddin Al Ayubi menukar Al-Azhar menjadi pusat pembelajaran Sunni Shafi'y. Kehadiran Muhammad Abduh juga telah menyebabkan pembelajaran antara mazhab, antara pemikiran dan kemasukan ilmu mantik secara besar-besaran berlaku.
Pada 1961, Al-Azhar dirombak kembali di bawah kerajaan Presiden Mesir ke-2, Presiden Gamal Abdel Nasser dan beberapa fakulti sekular di tambah ke universiti tersebut, seperti perubatan, kejuruteraan, dan pertanian. Fakulti wanita Islam turut ditambah pada tahun yang sama.
Menurut QS Top Universities, Universiti Malaya hanya berjaya menduduki tangga ke-39 manakala
Ranking 10 universiti terbaik dunia pada tahun 2009 (www.topuniversities.com)
1 HARVARD University (
2 University of
3 YALE University (
4 UCL (
5
6 University of
7 University of
8 PRINCETON University (
9
10
Berdasarkan hierarki di atas, jelas 2 buah negara hegemoni dunia menguasai kemahsyuran daripada pelbagai aspek pembangunan pendidikan tinggi. Malah ini juga menunjukkan penguasaan politik, ekonomi dan keselamatan dkuasai oleh blok barat melalui penguasaan institusi pendidikan di peringkat dunia.
Jika di Amerika Syarikat, istilah University,
Tetapi di Malaysia, persepsi pelajar dan masyarakat terhadap kolej universiti atau kolej politeknik dilihat sebagai institusi kelas dua berbanding universiti. Lantaran itu mahasiswa dan pensyarah berbangga apabila tahap kolej universiti mereka dinaikkan ke tahap universiti walaupun kemampuan kajian, nilai keperpustakaan dan penghasilan kajian ilmiah jauh terlalu rendah.
Universiti di Malaysia juga dijadikan gula-gula politik. Pernah sebuah universiti dijanjikan akan dibina sekiranya rakyat negeri itu menyokong kerajaan. Universiti umpama komoditi dan alat pasang siap di
Menjadi mahir; itu matlamat utama
Amerika Syarikat masih mendahului dunia dalam bidang sains dan teknologi akan tetapi terdapat sedikit kemunduran dalam hal ini.
Di Korea, R&D bertumbuh lebih 10% setahun, pecahan perbelanjaan R&D daripada KDNK melebihi Amerika pada 2004.
China pula perbelanjaan R&D telah tumbuh 20% pada 2004 dan 25% dalam 2005; kajian asas mereka masih kecil tetapi berkembang dengan amat pesat sekali.
Di sebabkan ketidakmampuan lagi umat Islam merekacipta atau menjadi perintis kepada penemuan baru, umat Islam kini lebih jelas menjadi pengikut sistem sains berfikir, sains teknologi dan sains sosial warisan barat. Lantaran itu jatuh bangunnya tamadun umat Islam kini dipegang oleh mereka.
Adakah ini bermakna umat Islam perlu beruzlah (isolisasi) dari sistem peradaban barat? Atau kita hanya bersemuka (engagement) dalam hal dharurat sahaja?
Pandangan yang kerap diperdengarkan oleh Imam Jamaluddin Al Afghani serta Syed Qutb adalah melalui penguasaan umat Islam dalam aspek keilmuan yang dirintis barat. Kita perlu mahir apa yang mereka mahir sebelum kita mencapat kemuncak; menjadi perintis semula. Kita perlu tahu apa yang mereka tahu serta bersaing melalui gelanggang yang mereka pentaskan di hadapan kita. Menghindarkan diri dari gelanggang barat adalah langkah yang tidak bijak.
Lantaran itu umat Islam lebih gemar menyambung pengajian di institu pengajian tinggi Eropah. Persoalannya sejauhmana mereka mampu membawa pulang khazanah pengetahuan ke dalam kosmo umat Islam?
Di mana bermulanya kelemahan universiti
- keefektifan kajian-kajian inovasi yang dilakukan,
- jumlah tenaga pakar yang dihasilkan berdasarkan bilangan pakar perseribu atau persejuta rakyat.
- pecahan (peratusan) wang dari KDNK yang digunakan untuk mengurus pengajian tinggi serta urusan R&D.
- jumlah artikel ilmiah/jurnal yang disiar di peringkat antarabangsa dan dalam negara.
- keampuhan jurnal yang dihasilkan untuk renovasi sistem negara dan teknologi.
- kadar pertumbuhan ekonomi negara berasaskan pengetahuan yang terjana akibat pengurusan penyelidikan yang mantap.
Bagaimana hal ini boleh terhasil jika korupsi dan salah laku masih berlaku?
Beberapa kelemahan dikesan dalam pengurusan Program Pembangunan Modal Insan, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengakibatkan objektif program tidak dapat dicapai sepenuhnya.
Menurut Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Pengurusan Program Pembangunan Modal Insan Dalam Bidang Sains, Teknologi dan Inovasi Tahun 2008, antara masalah lain termasuklah pembiayaan kepada penerima tidak mematuhi syarat kelayakan, kelemahan dalam kontrak perjanjian, kelewatan mengagihkan peruntukan, kegagalan mematuhi syarat perjanjian serta kelemahan pemantauan dan penilaian terhadap pelaksanaan program.
"Kementerian memperuntukkan RM500 juta untuk melaksanakan Program Pembangunan Modal Insan bagi membiayai latihan serta penyelidikan seramai 6,230 pelajar dan pegawai sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (2006 hingga 2010). "Bagaimanapun, semakan audit mendapati setakat 31 Dis 2008, seramai tidak kurang daripada 7,010 orang menerima pembiayaan daripada program ini melibatkan perbelanjaan RM153.73 juta iaitu 30.8 peratus daripada peruntukan keseluruhan dan ini menyebabkan sasaran mengikut skim tidak dapat dicapai," menurut laporan itu[3].
Menurut Laporan Daya Saing Global Forum Ekonomi Dunia (WEF) bagi 2009-2010, untuk kekalkan prestasi Malaysia pada tangga ke-24 dunia ini, Malaysia perlu menyediakan prestasi produktiviti berasaskan ‘knowledge-based’ serta ekonomi berpandukan inovatif.
Antara punca kemunduran pendidikan tinggi: bajet penyelidikan yang rendah
Menurut Profesor Ekonomi Universiti Malaya, Prof Rajah Rasiah, perbelanjaan untuk R&D dari pecahan KDNK Malaysia hanya 0.64% berbanding Korea Selatan dan Taiwan lebih dari 3% manakala China pula 1.3%[4]. Pada tahun 2002, sebanyak 0.69% perbelanjaan R7D
Pada 2002 juga Perbelanjaan bagi R&D bagi Korea Selatan adalah 2.53%, Taiwan 2.3%, Singapura 2.15, India 0.78%, Amerika Syarikat 2.72%, Finland 3.42%. sasaran dasar sains dan Teknologi II ialah mencapai 1.5% daripada KDNK menjelang 2010[5].
Dasar Sains dan Teknologi II bertujuan meningkatkan perbelanjaan P&P (penyelidikan dan Pembangunan/ R&D) negara mencapai sekurang-kurangnya 1.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) menjelang 2010 melalui tujuh teras strategik. Teras tersebut bertujuan untuk:
• Memperkukuhkan keupayaan dan kebolehan dalam penyelidikan dan teknologi;
• Mengutamakan pengkomersilan usaha-usaha penyelidikan;
• Membangunkan keupayaan dan kebolehan sumber manusia;
• Mempromosikan budaya sains, inovasi dan teknokeusahawanan;
• Mewujudkan rangka kerja institusi dan pengurusan S&T serta melaksanakan dasar S&T yang memenuhi permintaan pasaran;
• Mempercepatkan penyebaran dan aplikasi teknologi secara meluas yang akan menghasilkan aktiviti P&P yang didorong oleh faktor komersil; dan
• Membina kepakaran dalam teknologi utama yang baru muncul.
Bagi saintis dan jurutera, hanya 367 orang daripada 1 juta penduduk. Manakala Korea Selatan lebih 4000 per sejuta, Singapura dan
Universiti umpama komoditi
Kini dalam pembentangan Bajet 2010, kerajaan berniat untuk membenarkan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) menjana hasil pendapatan sendiri agar dapat mengurangkan kebergantungan kewangan IPTA kepada kerajaan.
Apa yang dibimbangkan ujarnya, kebebasan yang diberikan kepada IPTA untuk menjana pendapatan sendiri itu akan menjejaskan fungsi IPTA untuk membangunkan modal insan. Universiti akan menjadi pusat trader, perlaburan sehingga mengasyikkan tenaga akadimik untuk mendapat ‘share’.
Jauh lebih awal sebelum diisytiharkan IPTA perlu jana ekonomi sendiri, mahasisaw telah telah terasa nilai komersial IPTA yag telah diterapkan. Yuran dan pinjaman yang tinggi perlu dilakukan oleh pelajar jika ingin belajar.
AUKU yang bermula sejak tahun 1960an lagi telah menjebak mahasiswa ke lembah malap hingga tidak lagi mampu berdikari belajar menganjur program mega atau bertaraf dunia. Yang ada hanya program skema yang ditetapkan oleh universiti.
Universiti diberikan semacam satu kebebasan untuk menjana pendapatan, tetapi tidak disentuh dalam pembentangan bajet 2010 mengenai peluang-peluang yang harus diberikan kepada universiti untuk benar-benar membangunkan modal insan.
Kelemahan ekonomi negara jangan sehingga menjadikan kampus sebagai pintu keluar untuk selamatkan bajet negara, kerana pembinaan modal insan adalah antara syarat-syarat pillar utama di dala penilaian prestasi negara seperti mana di dalam laporan WEF dan IMD.
Hubungan erat antara ekonomi dan pengetahuan
Ekonomi
Indeks Inovasi Global 2008-2009 menunjukkan
Indeks yang sama juga menunjukkan dari segi ‘pengetahuan’ (knowledge), Malaysia berada pada tangga 17 dunia di mana Singapura pula berada pada tangga 11. Indeks ‘pengetahuan’ ini menilai tahap sesebuah negara dalam mencipta nilai tambah bagi sesuatu keluaran atau produk serta berpotensi meningkat hasil berdasarkan tahap ekonomi. Indeks ini menunjukkan
Human Capacity juga diukur oleh Indeks Inovasi Global 2008-2009 dan menunjukkan
Jurnal
Nilai jurnal
Jika kita menekan journal
Penyelidikan di Singapura: satu perbandingan dekat
Kajian dan penyelidikan (R&D) di Singapura sedang berkembang pesat. Bidang ini menjadi berkembang melalui peruntukan wang yang besar serta individu yang terlibat juga ramai. $6 billion telah dibelanjakan untuk R&D pada 2007. Ini melibatkan 2.61% daripada KDNK Singapura dan matlamat mereka adalah mencapai 3% pada 2010[8].
Jika dibanding keluasan negara, Singapura hanya seluas 697 km2, manakala
Lihat rajah di bawah
http://www.aaas.org/spp/rd/world06se.pdf
http://www.aaas.org/spp/rd/world07.pdf
Teladan untuk Malaysia; umat Islam
Laporan kajian Bank Dunia 2007 menunjukkan sistem pendidikan tinggi universiti-universiti negara kita berada pada tahap memalukan dan semakin ketinggalan berbanding negara jiran. Dalam buku laporan setebal 258 muka
Menurut laporan Bank Dunia itu, sistem pendidikan tinggi di negara ini perlu mempunyai fokus dan strategi pembaharuan. Yang jelas jika mahu bersaing di peringkat antarabangsa.Saranan Bank Dunia dalam Laporan bertajuk
* Memilih model tadbir urus dan kewangan yang lebih efektif.
* Meningkatkan keseluruhan kualiti universiti dengan memberi fokus kepada program akademi, pengurusan fakulti, dan pembelajaran.
* Melengkapkan graduan dengan ilmu ekonomi berasaskan pengetahuan.
* Mengukuhkan sistem inovasi kebangsaan dengan mewujudkan rangkaian kukuh antara firma-firma di Malaysia dan universiti-universiti.
Ibn Khaldun menjelaskan ;
Manusia sebagaimana makhluk haiwani lainnya juga mempunyai sifat hayawaniyat-nya seperti al-hiss (rasa), al-harakat (gerak), memerlukan alqiza (makanan) dan tempat tinggal (al-kanni). Manusia berbeza dengan makhluk lain kerana manusia berkeupayaan untuk berfikir. Dengan potensi itu manusia dapat mencari keperluan hidup. Dengan potensinya, manusia dapat berinteraksi dengan sesamanya untuk tujuan-tujuan kesejahteraan hidup bersama. Juga dengan potensinya, manusia dapat menerima ajaran-ajaran dari Allah yang disampaikan oleh para Nabi kepadanya[9].
Justeru pembinaan pakar dan tenaga mahir umat Islam perlu melalui teras-teras yang dinyatakan oleh Ibnu Khaldun antaranya.
Pendidikan tinggi perlu mengambilkira fungsi dan aspek berikut dalam pembinaan modal insan berteraskan rohani:-
- Rasa dan perasaan
- Pergerakan dan jasmani
- Aspek makanan dan sumber
- Prasarana dan tempat pembelajaran
Mari bersama meneliti faktor utama perkembangan ilmu pengetahuan pada zaman Abbasiyah;
a. Kreativiti para ulamak
b. Usaha dan galakan para khalifah
c. Aktiviti penterjemahan pelbagai ilmu
d. Kestabilan politik dan kewangan kerajaan Abbasaiyah
e. Dasar kerajaan abbasiyah yang memberi keutamaan kepada ilmu pengetahuan
f. Kewujudan prasarana pendidikan yang baik
g. Islam menggalakkan umatnya sepaya mengkaji alam sekitar
h. Hubungan diplomatik antara kerajaan Abbasiyah dengan negara luar
i. Kedudukan Baghdad yang menjadi pusat keilmuan dan perdagangan antara bangsa.
[1] Kertas kerja ini dibentang di Institut Perguruan Pulau
[2] AAAS R&D Budget and Policy Program
[3] http://bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=448067 (Bernama 19 Oktober 2009)
[4] Konsep Era Pakatan 1-15 November 2009
[5] Ariffin Samsuri, Persidangan Kebangsaan Penerbitan Ilmiah 2006
[6] http://www.theodora.com/wfb/
[7] http://educationmalaysia.blogspot.com/2006/11/knowledge-management-and-dissemination.html
[8]http://www.straitstimes.com/Breaking%2BNews/Singapore/Story/STIStory_291619.html
[9] Ibn Khaldun. (1930), Muqaddimah, m s : 34