Malaysian Young Scientist Assembly 2011

Monday, December 8, 2008

Kenyataan Media

Artikel ini telah disiarkan di dalam Berita Harian(bahagian Surat Pembaca) pada Rabu, 10 Disember 2008 dengan tajuk yang baru, Peralatan Jalur Lebar Boleh Jejas Kesihatan.
Kewajaran dalam Mengejar Teknologi Wayarles

Teknologi wayarles atau rangkaian tanpa wayar pada masa kini bukanlah perkara yang luar biasa diperkatakan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Lihat saja aplikasinya digunakan sebagai perkhidmatan tambahan di stesyen-stesyen minyak, kompleks membeli-belah malah kedai mamak turut menyediakan perkhidmatan ini.

Projek Wayarles yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang baru-baru ini bukanlah dalam skala atau ruang lingkup yang terhad sepertimana yang biasa kita ketahui malah ia melibatkan seluruh negeri Pulau Pinang dan Seberang Perai akan turut termasuk menjelang 2010. Projek berskala besar ini dikatakan bakal menjadikan Pulau Pinang sebgai bandar raya pertama di dunia melalui pengalaman jalur lebar semasa bergerak.

Apa yang dikesalkan ialah kesan jangka masa panjang terhadap kesihatan yang akan turut sama dirasai oleh penduduk Pulau Pinang keseluruhannya tanpa mengira seseorang itu pengguna rangkaian ini ataupun tidak. Teknologi wayarles sama sahaja seperti telefon tanpa wayar yang menggunakan getaran radiasi gelombang radio untuk beroperasi dan beberapa kajian telah membuktikan bahawa kesihatan penduduk yang tinggal berdekatan dengan sumber radiasi ini sering terganggu. Antaranya ialah bunyi berdengung dalam telinga, insomnia, sakit kepala serta kanser.

Tidak disangkal bahawa usaha kerajaan negeri Pulau Pinang mempunyai matlamat untuk memajukan negeri Pulau Pinang tapi adakah dengan cara menggadaikan kesihatan penduduknya? Lumrah manusia gemar melihat sesuatu yang jelas dan mudah diperoleh dalam masa yang pendek seperti juga akses untuk perkhidmatan internet tetapi jaminan kesihatan bukanlah sesuatu yang boleh dibincangkan dalam masa yang singkat. Kewajaran projek ini perlu diperhalusi dan jika ada kaedah yang lebih baik serta boleh menjamin kepentingan awam, apa salahnya.

Petisyen yang dikeluarkan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang dalam Utusan Pengguna keluaran Nov-Dis 2008 berkenaan Projek Wayarles@ Jalur Lebar Pulau Pinang amat wajar disokong dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang seharusnya mengambil tindakan segera berkenaan isu ini. Jika kebaikan teknologi wayarles atau jalur lebar boleh disenaraikan, kenapa pula permasalahannya atau kesannya tidak sama dibincangkan?


Wardah bt Abdul Rahman
USM, Pulau Pinang.

2 comments:

lelucon said...

soalnya,
-adakah kesan kajian itu merangkumi pelbagai lapisan masyarakat?
-adakah kajian itu mengambilkira umur, jantina, latar belakang kesihatan dll?
amnya, kesahihan kajian 'kesihatan' yang dijalankan juga perlu disahkan kebolehpercayaannya.

bukan bermaksud mempertahankan/berpihak pd sesiapa. Asalkan memberi manfaat perlu disokong.

Kalau bercakap soal risiko kesihatan, enjin diesel juga beri kesan buruk. Tapi masih digunakan kerana penting dari aspek ekonomi.

Yang pasti kerajaan PP patut kaji langkah keselamatan dari aspek kesihatan untuk sediakan kemudahan berkenaan, supaya minimumkan kesan sampingan.

kepekaan sdri pun patut dihargai :)

DARHAM said...

YERP!!THATS RITE..
penghargaan kerna peka..

errmmm..sokong sebab memberikan manfaat??
bagi saya ini satu eksploitasi pada teknologi untuk membawa tarikan pada pelanggan semata2..
kenapa cerita diesel??diesel itukan telah di hadkan penggunaannya..
dan apa yg akan berlaku di pulau pinang adalah NEGERI..
kawasan yg sgt2 luas..dan radiasi ini cukup tinggi..
ada kamu terdengar berita tahun lepas??
KECOH DI MALAYSIA..ADA TUKANG SIHIR NAK UJI KUASANYA KONONNYA DARI INDONESIA JEK DAH BLEH SAMPAI KE MELAYSIA..DAN RAMAI JUGA YG MATI..TAPI MATI TERKEJUT DAN BERBUIH..DAN SETIAP MANGSA DI TGNNYA TERPEGANG LENGKAP HANDSET...

YG LUCUNYA..SELEPAS DI KAJI IANYA SEBAB GANGGUAN RADIASI DARI HANDSET...TAPI SYGNYA KES INI ABES MCM TU JEK..TANPA ADA DI SURUH AMBIL TINDAKAN BERHATI2..

APA YG HENDAK SAYA SAMAKAN..SAMA JUGA DGN TEKNOLOGI WYERLESS..RADIASINYA AMAT2 BERISIKO TINGGI..DAN JIKA PENGGUNAAN HANYA UTK KEUNTUNGAN DAN KEPENTINGAN SESUATU PIHAK..THAT IS BULL SHIT!!EKPLOITASIKAN TEKNOLOGI NAMANYA..