Malaysian Young Scientist Assembly 2011

Thursday, May 1, 2008

Ilmuan Islam zaman silam dan bidang kepakaran mereka..

Zaman Kegemilangan Islam yang berlaku pada abad ke-6 hingga abad ke-16 telah melahirkan ramai saintis Islam. Kepakaran mereka bukan hanya khusus dalam satu bidang tertentu tetapi turut mencakupi bidang-bidang lain. Misalnya Ibnu Sina (Avicenna) yang terkenal dengan bukunya ‘Al Qanun Fi at Tibb’. Beliau bukan sahaja pakar dalam bidang perubatan tetapi turut mahir dalam bidang astronomi, matematik, fizik, psikologi, falsafah malah bijak bersajak. Perlu juga diingatkan bahawa Ibnu Sina adalah ahli teologi (ilmu berkenaan ketuhanan) dan sudah menghafaz Al-Quran pada usia 7 tahun! Ibn Khaldun, Al-Kindi dan ramai lagi saintis Islam lain turut menguasai lebih dari satu bidang ilmu.

Cuba bandingkan dengan kita sekarang. Terasa diri masih kerdil, dunia Aspergillus (spesies kulat kajian saya) sahaja masih luas belum diterokai, apatah lagi bidang ilmu lain yang cuba juga dipelajari dari masa ke masa.

Dalam siri ini, saya senaraikan tokoh ilmuan Islam serta bidang kemahiran mereka. Biografi mereka bakal menyusul sedikit masa lagi, insyaAllah.


Astronomi dan Astrofizik

  1. Khalid ibn Yazid (Calid)
  2. Al-Khwarizmi
  3. Al-Farghani
  4. Ja’far ibn Muhammad Abu Ma’shar al-Balkhi (Albumasar)
  5. Al-Farghani
  6. Thabit ibn Qurra (Thebit)
  7. Muhammad ibn Jabir al-Harrani al-Battani (Albatenius)
  8. Al-Farabi (Abunaser)
  9. Ibn al-Haytham (Alhacen)
  10. Omar Khayyam
  11. Ibn Bajjah (Avempace)
  12. Ibn Tufail (Abubacer)

Kimia

  1. Khalid ibn Yazid (Calid)
  2. Jabir Ibn Hayyan (Geber)
  3. Al-Kindi (Alkindus)
  4. Ibn Sina (Avicenna)
  5. Ibn Khaldun

Ekonomi

  1. Abu Hanifa an-Nu’man (699-767)
  2. Abu Yusuf (731-798)
  3. Ishaq bin Ali al-Rahwi (854-931)
  4. Al-Farabi (Alpharabius) (873-950)
  5. Ibn Sina (Avicenna) (980-1037)
  6. Ibn Miskawayh
  7. Al-Ghazali (Algazel) (1058-1111)
  8. Al-Mawardi (1075-1158)
  9. Nasir al-Din al-Tusi (Tusi) (1201-1274)
  10. Ibn Taymiyyah (1263-1328)
  11. Ibn Khaldun (1332-1406)
  12. Al-Maqrizi (1364-1442)

Sosiologi

  1. Ibn al-Nafis (1213-1288)
  2. Ibn Khaldun (1332-1406)

Geografi dan kaji bumi

  1. Al-Masudi
  2. Al-Kindi
  3. Ibn al-Jazzar
  4. Al-Tamimi
  5. Ibn Sina (Avicenna)
  6. Abu Rayhan al-Biruni
  7. Ibn al-Nafis
  8. Ibn Battuta
  9. Ibn Khaldun

Matematik

  1. Khalid ibn Yazid (Calid)
  2. Al-Khwarizmi (Algorismi)
  3. Al-Kindi (Alkindus)
  4. Al-Battani (Albatenius)
  5. Al-Farabi (Abunaser)
  6. Ibn al-Haytham (Alhacen)
  7. Al-Zarqali (Arzachel)
  8. Ibn Bajjah (Avempace)
  9. Al-Ghazali (Algazel)

Neurologi dan psikologi

  1. Ibn Sirin (654-728)
  2. Al-Kindi (Alkindus)
  3. Al-Farabi (Alpharabius)
  4. Al-Zahrawi (Abulcasis)
  5. Ibn al-Haytham (Alhazen)
  6. Al-Biruni
  7. Ibn Sina (Avicenna)
  8. Ibn Zuhr (Avenzoar)

Perubatan

  1. Khalid ibn Yazid (Calid)
  2. Al-Kindi (Alkindus)
  3. Al-Farabi (Alpharabius)
  4. Al-Zahrawi ( Abulcasis)
  5. Ibn Sina (Avicenna)
  6. Ibn al-Haytham (Alhacen)
  7. Ibn Miskawayh
  8. Ibn Zuhr (Avenzoar)
  9. Ibn Bajjah (Avempace)
  10. Ibn Tufail (Abubacer)

Wardah bt Abdul Rahman
Minden, USM
~Hari Pekerja

1 comment:

Ahmad Saifuddin Amran said...

Sistem pendidikan zaman dulu boleh diibaratkan seperti piramid atau MLM. Satu bidang membawa kepada banyak bidang-bidang yang lain. Sebab itu kita lihat para saintis Islam dulukala menguasai ilmu-ilmu lain selain dari specialization mereka.

Berbeza dengan sistem kita hari ini, kita belajar secara piramid terbalik. Pada awalnya, kita belajar banyak subjek di menengah rendah. Di menengah atas pula kita dipecahkan kepada agama, vokasional atau sains. Kemudian di kampus kita dipecahkan lagi, khusus kepada satu bidang. And so on.