Dewan Kosmik keluaran Oktober 2005 memfokuskan eksploitasi beberapa sumber tenaga lain yang boleh digunakan bagi menggantikan penggunaan petroleum yang semakin meningkat harganya di dalam negara mahupun di peringkat dunia. Bekalan petroleum amat diperlukan bagi tujuan pembangunan industri sesebuah negara hingga pernah dikatakan negara yang menguasai minyak turut akan menguasai dunia. Oleh sebab itu tidak hairanlah jika negara besar seperti Amerika Syarikat sekarang begitu rakus
Al-Masudi menggunakan istilah ‘atam’ untuk menerangkan tentang telaga terbakar atau telaga minyak yang ditemuinya di
Pada masa yang sama, Al-Masudi telah menghabiskan banyak masa untuk menjelajah dan juga mengukur Laut Caspian di samping mengkaji masyarakat yang tinggal di pesisiran pantai berkenaan. Beliau ada mencatatkan beberapa perihal mengenai
“Pancutan nafta di Negara Shirwan berhadapan Golden Hordes merupakan punca daripada mana nafta putih diperoleh. Di
Menurut Al-Masudi lagi, pada pertengahan abad ke sepuluh,
Berikut adalah ringkasan biografi Al-Masudi :
Nama sebenar : Abul Hasan Ali Ibnu Husain Ibnu Ali
Keturunan : Abdullah Ibnu Mas’ud (salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w.)
Asal : Golongan Arab Muktazilah
Gelaran : Hero Arab (Herodotus of the Arab), Ibn Khaldun menerangkan Al- Masudi sebagai ‘imam’ (ketua atau contoh) untuk ahli sejarah.
Lahir : 895, Banghdad
Bidang yang dikuasai : Sejarah, geografi,falsafah, sains.
Penemuan :
- Petroleum yang dinamakan ‘atam’.
- Pengarang pertama yang menceritakan tentang kincir angin, yang dicipta oleh seorang saintis Islam di Sijistan.
- Salah seorang saintis terawal yang berani mengutarakan beberapa aspek takrif evolusi, daripada mineral kepada tumbuh-tumbuhan dan daripada tumbuh-tumbuhan kepada haiwan sebelum berakhir dengan manusia. Kajian dan pandangannya secara intensif banyak dipengaruhi oleh historiografi, geografi dan sains bumi bagi beberapa negara yang dilawatinya.
Buku yang ditulis:
i) Muruj adh-dhahab wa ma'adin al-jawahir (The Meadows of Gold and Mines of Gems)
-mengisahkan pengalamannya menjelajah banyak negara dan mengenali pelbagai bangsa selain mengalami perubahan iklim.
-turut dilaporkan ialah hubungan peribadinya dengan orang
-versi bahasa Perancis telah diterbitkan antara tahun 1861 dan 1877.
-17 bab pertama mula diterjemah ke bahasa Inggeris oleh Aloys Sprenger yang kini diterbitkan oleh Antioch Gate.
ii) Muruj Al Zaman (The History of Time)
– ditulis di Kaherah, mengandungi 30 bab.
- menceritakan sejarah politik, geografi dan keadaan masyarakat negara yang dilawati dan dunia secara umumnya.
- dipercayai hanya 1 daripada 30 jilid masih disimpan di
iii) Kitab al-Ausat
- dikatakan sebagai tambahan kepada kitab Muruj Al Zaman.
- mengandungi kronologi peristiwa sejarah dan kitab ini berjaya disiapkan pada tahun kematiannya.
- dipercayai masih disimpan di Perpustakaan Bodleian,
iv) Kitab Al Tanbih wa al Ishraf (Book of the Middle)
- ditulis sebelum kematiannya.
- sebagai rumusan kepada buku terawalnya sebagai ralat kepada sebelumnya.
- mengandungi kajian sistematik tentang sejarah yang bersandarkan ilmu geografi, sosiologi, antropologi dan ekologi.
Meninggal dunia : 957, Kaherah
Wardah bt Abdul Rahman
Bukit Gambir,
* Bagi yang belum pernah ke kedai buku di Chowrasta, rajin-rajinlah panjangkan langkah anda ke