Malaysian Young Scientist Assembly 2011

Sunday, June 8, 2008

2 Tokoh Perubatan Islam dinasti Ayyubi.


Tokoh : As‘ad b. Ilyas b. al-Matran

Tempat lahir : Damsyik

Sejarah hidup :

Ibn Matran berasal dari rangkaian ahli perubatan yang mahir dalam ilmu perubatan Yunani di samping ilmu-ilmu perubatan Islam. Dari usia awal beliau menunjukkan minat dalam ilmu-ilmu perubatan sebahagiannya disebabkan oleh bapanya seorang ahli perubatan terkenal yang telah mendidik secara senyap anak-anaknya dengan ilmu perubatan.

Para sejarawan hanya menukilkan sedikit sahaja tentang kehidupan Ibn al-Matran; hanya sedikit yang diketahui tentang kehidupan awal beliau, dan kita dimaklumkan bahawa beliau pernah diasuh oleh ahli perubatan tersohor Ibn al-Tilmidh.

Kerjaya beliau mencapai kemuncaknya semasa pemerintahan Sultan Salah al-Din, apabila beliau berkhidmat sebagai tabib diraja. Hubungannya dengan Sultan tidak terhad sebagai doktor peribadi semata-mata bahkan juga sebagai teman rapat dan orang kepercayaan Sultan.

Ibn al-Matran adalah pengumpul buku dan catatan para bijak pandai dan ahli perubatan, dan dikatakan telah membina sebuah perpustakaan yang agak besar mengandungi berbagai jenis buku. Bimaristan al-Nuri terhutang budi kepada Ibn al-Matran di atas sumbangan dan tunjuk ajarnya; tidak jelas sama ada dia pernah berkhidmat di situ sebagai tabib atau tidak, bagaimanapun bolehlah dianggap bahawa dia telah memberikan banyak tunjuk ajar kepada ramai orang, antaranya Ibn al-Dakhwar.

Karya :

(a) Bustan al-Atibba’ wa Rawdat al-Alba’, yang mengandungi perbahasan Ibn al-Matran dengan sahabat sahabat dan guru-guru beliau. Ia merupakan suatu bacaan yang menarik yang mengandungi pandangan-pandangan Ibn Matran terhadap pencapaian- pencapaian dan masalah-masalah pada zaman itu. Turut dimasukkan ialah perbincangan tentang asal-usul perubatan menurut pandangannya, yang dimasukkan sebagai mukadimah kepada karya Ibn Abi Usaybi‘ah, Uyun al-Anba’;

(b) al-Maqalah al-Najmiyyah, suatu risalah khusus berkenaan kebersihan, penjagaan kesihatan dan pencegahan penyakit. Buku-buku sedemikian amat popular di dunia Arab sebahagiannya disebabkan oleh kebimbangan terhadap penyakit.


Tokoh : Abu al-Makarim Hibatallah Nathana b. Ifra‘im b. Jumay’ al-Isra‘ili.

Tempat lahir : Fustat, bahagian lama Kaherah.

Sejarah hidup :

Beliau belajar ilmu perubatan di bawah pengawasan Abu Nasr al-Ayn al-Zarbi. Tidak lama selepas itu, pengetahuannya tentang berbagai jenis dadah dan rawatan penyakit, di samping kemahirannya dalam bahasa Arab mula menonjolkan dirinya. Menurut Ibn Abi Usaybi‘ah sebab yang memungkinkan Ibn Jumay’ mencapai kejayaan besar dalam bidang perubatan dan penyembuhan ialah pengajiannya di bawah Ibn al-Ayn al-Zarbi.


Karya :

(a) Kitab al-Irshad li Masalih al-Anfus wa ‘l-Ajsad: dalam mukadimahnya dia memuji al-Qadi al-Fadil Abd al-Rahman, wazir kepada Sultan Salah al-Din, dan menujukan kitab itu kepadanya. Tibb al-Adyan wa Tibb al-Abdan adalah rangka utama karya ini, dan ia dibahagikan kepada empat risalah: pertama, pengetahuan umum tentang perubatan; kedua, berkenaan material medical; ketiga, berkenaan terapi dan penjagaan kesihatan; keempat, berkenaan dadah dan campurannya.

(b) Al-Maqalah al-Salihiyyah: mengandungi pandangannya berkenaan kemerosotan kerjaya perubatan dan cita-citanya bagi memperbaiki keadaan itu.

(c) Al-Tasrih: suatu syarah dan tafsiran terhadap Qanun fi al-Tibb Ibn Sina. Ibn jumay’ cuba memberikan gambaran yang lebih jelas berkenaan kehidupan dan amalan perubatan yang diterimapakai pada zaman itu.



*goodluck buat 'team molecular'...fusarium workshop, 13 hari lagi... =]
http://www.usm.my/bio/bioschool/Fusarium08/Fusarium08.html

Sunday, May 18, 2008

PERMATA HITAM MULA DIGENGGAM AL-MASUDI

Saya mengambil peluang menemani ayah ke kedai menjual buku terpakai di Chowrasta, Georgetown pada pagi Sabtu yang lalu. Sebenarnya ini satu peluang yang baik memandangkan saya boleh ‘tumpang sekaki’ membeli majalah Dewan Kosmik terpakai yang mula mendapat tempat di hati saya selepas diperkenalkan oleh Cikgu Nuruddin kira-kira dua bulan yang lepas. Sasaran saya tercapai akhirnya apabila ayah membayar RM10 untuk 10 majalah yang saya pilih berdasarkan tajuk utama yang menjadi fokus keluaran tersebut. Untung rasanya boleh memiliki majalah yang harga asalnya RM4.50. Belum lagi termasuk lambakan ilmu pengetahuan sains dan teknologi di dalamnya yang pasti tak ternilai!


Dewan Kosmik keluaran Oktober 2005 memfokuskan eksploitasi beberapa sumber tenaga lain yang boleh digunakan bagi menggantikan penggunaan petroleum yang semakin meningkat harganya di dalam negara mahupun di peringkat dunia. Bekalan petroleum amat diperlukan bagi tujuan pembangunan industri sesebuah negara hingga pernah dikatakan negara yang menguasai minyak turut akan menguasai dunia. Oleh sebab itu tidak hairanlah jika negara besar seperti Amerika Syarikat sekarang begitu rakus cuba menguasai negara-negara yang kaya dengan minyak dan siapa boleh menjangka bahawa orang pertama yang menjumpai permata hitam yang amat bernilai ini adalah orang Islam bergelar Al-Masudi!

Al-Masudi menggunakan istilah ‘atam’ untuk menerangkan tentang telaga terbakar atau telaga minyak yang ditemuinya di Sicily, Oman, Hadralmaut di Yaman, Iraq, Parsi, Turki, Tashkent, India dan Kepulauan Sumatera. Salah satu tempat yang terkenal dengan pengeluaran minyak petroleum ini pada zamannya ialah Baku. Jumlah minyak yang dihasilkan di sini cukup menakjubkan Al-Masudi sehingga beliau menggelarkan wilayah itu sebagai ‘bilad al naffata’ yang bermaksud tanah yang memancutkan minyak. Minyak Baku seperti yang dijelaskan oleh Al-Masudi dalam catatannya adalah amat luar biasa dan beliau menyifatkannya seperti ‘api yang abadi’. Penjelasannya itu secara tidak langsung telah menarik perhatian banyak ahli geografi Arab untuk mengkajinya. Mereka telah melantik Al-Masudi sendiri mengetuai penyelidikan itu disebabkan tiada sesiapa pun yang sezaman dengannya menulis mengenai petroleum melebihi daripada apa yang Al-Masudi catatkan.


Pada masa yang sama, Al-Masudi telah menghabiskan banyak masa untuk menjelajah dan juga mengukur Laut Caspian di samping mengkaji masyarakat yang tinggal di pesisiran pantai berkenaan. Beliau ada mencatatkan beberapa perihal mengenai Baku seperti berikut;


“Pancutan nafta di Negara Shirwan berhadapan Golden Hordes merupakan punca daripada mana nafta putih diperoleh. Di sana juga terdapat telaga api yang mana api muncul daripada tanah. Di seberang pancutan nafta di Baku, terdapat pula sebuah pulau yang mengandungi telaga terbakar. Ia boleh dilihat dengan jelas pada waktu malam pada jarak tertentu.”


Menurut Al-Masudi lagi, pada pertengahan abad ke sepuluh, Baku telah berkembang maju dan mempunyai bilangan penduduk mencecah antara 10 000 hingga 15 000 orang. Kebanyakan mereka menjana ekonomi dalam kehidupan daripada industri penghasilan minyak atau minyak syal selain perkhidmatan pengangkutan kapal atau kereta sorong unta. Disebabkan kegemilangan pelabuhan ini, Baku telah muncul sebagai pengeksport utama bagi dua jenis minyak iaitu minyak biasa dan minyak syal daripada Asia Tengah ke pasaran Parsi dan Timur Tengah. Dengan melalui Sungai Volva, beberapa bahagian Eropah turut mengimport minyak daripada Baku.


Berikut adalah ringkasan biografi Al-Masudi :

Nama sebenar : Abul Hasan Ali Ibnu Husain Ibnu Ali

Keturunan : Abdullah Ibnu Mas’ud (salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w.)

Asal : Golongan Arab Muktazilah

Gelaran : Hero Arab (Herodotus of the Arab), Ibn Khaldun menerangkan Al- Masudi sebagai ‘imam’ (ketua atau contoh) untuk ahli sejarah.

Lahir : 895, Banghdad

Bidang yang dikuasai : Sejarah, geografi,falsafah, sains.

Penemuan :

  • Petroleum yang dinamakan ‘atam’.
  • Pengarang pertama yang menceritakan tentang kincir angin, yang dicipta oleh seorang saintis Islam di Sijistan.
  • Salah seorang saintis terawal yang berani mengutarakan beberapa aspek takrif evolusi, daripada mineral kepada tumbuh-tumbuhan dan daripada tumbuh-tumbuhan kepada haiwan sebelum berakhir dengan manusia. Kajian dan pandangannya secara intensif banyak dipengaruhi oleh historiografi, geografi dan sains bumi bagi beberapa negara yang dilawatinya.

Buku yang ditulis:

i) Muruj adh-dhahab wa ma'adin al-jawahir (The Meadows of Gold and Mines of Gems)

-mengisahkan pengalamannya menjelajah banyak negara dan mengenali pelbagai bangsa selain mengalami perubahan iklim.

-turut dilaporkan ialah hubungan peribadinya dengan orang Yahudi, Iran, India dan Kristian.

-versi bahasa Perancis telah diterbitkan antara tahun 1861 dan 1877.

-17 bab pertama mula diterjemah ke bahasa Inggeris oleh Aloys Sprenger yang kini diterbitkan oleh Antioch Gate.

ii) Muruj Al Zaman (The History of Time)

– ditulis di Kaherah, mengandungi 30 bab.

- menceritakan sejarah politik, geografi dan keadaan masyarakat negara yang dilawati dan dunia secara umumnya.

- dipercayai hanya 1 daripada 30 jilid masih disimpan di Vienna.

iii) Kitab al-Ausat

- dikatakan sebagai tambahan kepada kitab Muruj Al Zaman.

- mengandungi kronologi peristiwa sejarah dan kitab ini berjaya disiapkan pada tahun kematiannya.

- dipercayai masih disimpan di Perpustakaan Bodleian, Oxford (England).

iv) Kitab Al Tanbih wa al Ishraf (Book of the Middle)

- ditulis sebelum kematiannya.

- sebagai rumusan kepada buku terawalnya sebagai ralat kepada sebelumnya.

- mengandungi kajian sistematik tentang sejarah yang bersandarkan ilmu geografi, sosiologi, antropologi dan ekologi.

Meninggal dunia : 957, Kaherah



Wardah bt Abdul Rahman

Bukit Gambir, Penang.


* Bagi yang belum pernah ke kedai buku di Chowrasta, rajin-rajinlah panjangkan langkah anda ke sana, syurga buku, macam-macam ada..!


Sunday, May 11, 2008

Keilmuan sains Islam adalah ciplak?

Sejarah peradaban sains Islam dikatakan suatu ciplakan daripada Tamadun Sumeria. Apakah jawapan anda jika diajukan kenyataan tersebut? Benarkan tiada ketamadunan Sains yang asli daripada Islam? Bagaimanapula keautentikan (ketulenan) Al Quran sebagai sumber keilmuan sains Islam di sini? Pada saya semua tamadun adalah kesinambungan setiap tamadun yang tenggelam. Setiap kebangkitan tamadun sains baru, proses peralihan keilmuan dan peminjaman perbendaharaan ilmu juga perlu dan wajib berlaku kerana kemanusiaan adalah suatu perjalanan sejak zaman Nabi Adam a.S. saya berasa sedih apabila membuka laman web Mysteries Of Science (http://www.world-mysteries.com/sci_13.htm) . Mereka hanya menceritakan perjalanan keilmuan sains sejak Tamadun Indus, Inca dan Sumeria. Peliknya tiada kesinambungan dengan tamadun Islam ! hanya terus kepada sains moden. Inilah prejudis yang wujud dalam dunia sains tajaan barat.







Dibawah pula adalah jawapan kepada klip tuduhan tersebut. (yang dikatakan disadur daripada Tamadun Sumeria)




Pesanan penaja: PASTIKAN PC ANDA BOLEH MEMBUKA YOUTUBE

Wardah Abdul Rahman (comel)

Thursday, May 1, 2008

Ilmuan Islam zaman silam dan bidang kepakaran mereka..

Zaman Kegemilangan Islam yang berlaku pada abad ke-6 hingga abad ke-16 telah melahirkan ramai saintis Islam. Kepakaran mereka bukan hanya khusus dalam satu bidang tertentu tetapi turut mencakupi bidang-bidang lain. Misalnya Ibnu Sina (Avicenna) yang terkenal dengan bukunya ‘Al Qanun Fi at Tibb’. Beliau bukan sahaja pakar dalam bidang perubatan tetapi turut mahir dalam bidang astronomi, matematik, fizik, psikologi, falsafah malah bijak bersajak. Perlu juga diingatkan bahawa Ibnu Sina adalah ahli teologi (ilmu berkenaan ketuhanan) dan sudah menghafaz Al-Quran pada usia 7 tahun! Ibn Khaldun, Al-Kindi dan ramai lagi saintis Islam lain turut menguasai lebih dari satu bidang ilmu.

Cuba bandingkan dengan kita sekarang. Terasa diri masih kerdil, dunia Aspergillus (spesies kulat kajian saya) sahaja masih luas belum diterokai, apatah lagi bidang ilmu lain yang cuba juga dipelajari dari masa ke masa.

Dalam siri ini, saya senaraikan tokoh ilmuan Islam serta bidang kemahiran mereka. Biografi mereka bakal menyusul sedikit masa lagi, insyaAllah.


Astronomi dan Astrofizik

  1. Khalid ibn Yazid (Calid)
  2. Al-Khwarizmi
  3. Al-Farghani
  4. Ja’far ibn Muhammad Abu Ma’shar al-Balkhi (Albumasar)
  5. Al-Farghani
  6. Thabit ibn Qurra (Thebit)
  7. Muhammad ibn Jabir al-Harrani al-Battani (Albatenius)
  8. Al-Farabi (Abunaser)
  9. Ibn al-Haytham (Alhacen)
  10. Omar Khayyam
  11. Ibn Bajjah (Avempace)
  12. Ibn Tufail (Abubacer)

Kimia

  1. Khalid ibn Yazid (Calid)
  2. Jabir Ibn Hayyan (Geber)
  3. Al-Kindi (Alkindus)
  4. Ibn Sina (Avicenna)
  5. Ibn Khaldun

Ekonomi

  1. Abu Hanifa an-Nu’man (699-767)
  2. Abu Yusuf (731-798)
  3. Ishaq bin Ali al-Rahwi (854-931)
  4. Al-Farabi (Alpharabius) (873-950)
  5. Ibn Sina (Avicenna) (980-1037)
  6. Ibn Miskawayh
  7. Al-Ghazali (Algazel) (1058-1111)
  8. Al-Mawardi (1075-1158)
  9. Nasir al-Din al-Tusi (Tusi) (1201-1274)
  10. Ibn Taymiyyah (1263-1328)
  11. Ibn Khaldun (1332-1406)
  12. Al-Maqrizi (1364-1442)

Sosiologi

  1. Ibn al-Nafis (1213-1288)
  2. Ibn Khaldun (1332-1406)

Geografi dan kaji bumi

  1. Al-Masudi
  2. Al-Kindi
  3. Ibn al-Jazzar
  4. Al-Tamimi
  5. Ibn Sina (Avicenna)
  6. Abu Rayhan al-Biruni
  7. Ibn al-Nafis
  8. Ibn Battuta
  9. Ibn Khaldun

Matematik

  1. Khalid ibn Yazid (Calid)
  2. Al-Khwarizmi (Algorismi)
  3. Al-Kindi (Alkindus)
  4. Al-Battani (Albatenius)
  5. Al-Farabi (Abunaser)
  6. Ibn al-Haytham (Alhacen)
  7. Al-Zarqali (Arzachel)
  8. Ibn Bajjah (Avempace)
  9. Al-Ghazali (Algazel)

Neurologi dan psikologi

  1. Ibn Sirin (654-728)
  2. Al-Kindi (Alkindus)
  3. Al-Farabi (Alpharabius)
  4. Al-Zahrawi (Abulcasis)
  5. Ibn al-Haytham (Alhazen)
  6. Al-Biruni
  7. Ibn Sina (Avicenna)
  8. Ibn Zuhr (Avenzoar)

Perubatan

  1. Khalid ibn Yazid (Calid)
  2. Al-Kindi (Alkindus)
  3. Al-Farabi (Alpharabius)
  4. Al-Zahrawi ( Abulcasis)
  5. Ibn Sina (Avicenna)
  6. Ibn al-Haytham (Alhacen)
  7. Ibn Miskawayh
  8. Ibn Zuhr (Avenzoar)
  9. Ibn Bajjah (Avempace)
  10. Ibn Tufail (Abubacer)

Wardah bt Abdul Rahman
Minden, USM
~Hari Pekerja

Monday, April 28, 2008

Teori Embriologi Dalam Al-Quran

EMBRIOLOGI adalah salah satu cabang ilmu perubatan yg mengkaji perkembangan embrio (janin). Mengikut takrifan dictionary.com pula, embriologi merupakan ‘the science dealing with the formation, development, structure, and functional activities of embryos’.

Bidang kajian berkenaan kejadian manusia sering menjadi tumpuan kerana Al-Quran dapat menjelaskan proses tersebut dengan begitu terperinci hinggakan saintis dan ilmuan Barat berasa kagum dan takjub dengan mukjizat teragung umat Islam ini. Antaranya ialah Profesor Keith Moore yang pernah menjadi Dekan Fakulti Perubatan di Universiti Toronto, Kanada.

1) Manusia dicipta daripada ‘alaq (seperti lintah)

“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan, Dia Telah menciptakan manusia dari segumpal darah.” Surah Al-‘Alaq:1-2


2) Manusia dicipta daripada setitik air mani yang terhasil di antara tulang belakang dan tulang rusuk

“Maka hendaklah manusia memperhatikan dari apakah dia diciptakan? Dia diciptakan dari air yang dipancarkan, Yang keluar dari antara tulang sulbi laki-laki dan tulang dada perempuan.” Surah At-Thaariq:5-7

3) Manusia dicipta daripada nutfah(cecair yang sedikit)

“Dia Telah menciptakan manusia dari mani, tiba-tiba ia menjadi pembantah yang nyata.” An-Nahl:4

“Kawannya (yang mukmin) Berkata kepadanya - sedang dia bercakap-cakap dengannya: "Apakah kamu kafir kepada (Tuhan) yang menciptakan kamu dari tanah, Kemudian dari setetes air mani, lalu dia menjadikan kamu seorang laki-laki yang sempurna” Al-Kahfi:37

“Hai manusia, jika kamu dalam keraguan tentang kebangkitan (dari kubur), Maka (ketahuilah) Sesungguhnya kami Telah menjadikan kamu dari tanah, Kemudian dari setetes mani, Kemudian dari segumpal darah, Kemudian dari segumpal daging yang Sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar kami jelaskan kepada kamu dan kami tetapkan dalam rahim, apa yang kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan, Kemudian kami keluarkan kamu sebagai bayi, Kemudian (dengan berangsur- angsur) kamu sampailah kepada kedewasaan, dan di antara kamu ada yang diwafatkan dan (adapula) di antara kamu yang dipanjangkan umurnya sampai pikun, supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatupun yang dahulunya Telah diketahuinya. dan kamu lihat bumi Ini kering, Kemudian apabila Telah kami turunkan air di atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah dan menumbuhkan berbagai macam tumbuh-tumbuhan yang indah.” Al-Hajj:5

“Kemudian kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kokoh (rahim).” Al-Mukminun:13


“Dan Allah menciptakan kamu dari tanah Kemudian dari air mani, Kemudian dia menjadikan kamu berpasangan (laki-laki dan perempuan). dan tidak ada seorang perempuanpun mengandung dan tidak (pula) melahirkan melainkan dengan sepengetahuan-Nya. dan sekali-kali tidak dipanjangkan umur seorang yang berumur panjang dan tidak pula dikurangi umurnya, melainkan (sudah ditetapkan) dalam Kitab (Lauh mahfuzh). Sesungguhnya yang demikian itu bagi Allah adalah mudah.” Fathiir:11

“Dan apakah manusia tidak memperhatikan bahwa kami menciptakannya dari setitik air (mani), Maka tiba-tiba ia menjadi penantang yang nyata!” Yasin : 77

“Dia-lah yang menciptakan kamu dari tanah Kemudian dari setetes mani, sesudah itu dari segumpal darah, Kemudian dilahirkannya kamu sebagai seorang anak, Kemudian (kamu dibiarkan hidup) supaya kamu sampai kepada masa (dewasa), Kemudian (dibiarkan kamu hidup lagi) sampai tua, di antara kamu ada yang diwafatkan sebelum itu. (Kami perbuat demikian) supaya kamu sampai kepada ajal yang ditentukan dan supaya kamu memahami(nya).”

Al-Mu’min:67


“Dari air mani, apabila dipancarkan.” An-Najm:46

“Bukankah dia dahulu setetes mani yang ditumpahkan (ke dalam rahim),”

Al Qiyamah : 37

“Sesungguhnya kami Telah menciptakan manusia dari setetes mani yang bercampur[1535] yang kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), Karena itu kami jadikan dia mendengar dan Melihat.” Al-Insaan:2

[1535] Maksudnya: bercampur antara benih lelaki dengan perempuan.


“Dari setetes mani, Allah menciptakannya lalu menentukannya[1557].”

A’basa:19

[1557] yang dimaksud dengan menentukannya ialah menentukan fase-fase kejadiannya, umurnya, rezkinya, dan nasibnya.

4) Manusia dicipta daripada sulalah(saripati air mani)

“Kemudian dia menjadikan keturunannya dari saripati air yang hina.”

As-Sajdah:8

5) Manusia dicipta daripada nutfatun amshaaj(cecair yang bercampur)


“Sesungguhnya kami Telah menciptakan manusia dari setetes mani yang bercampur[1535] yang kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), Karena itu kami jadikan dia mendengar dan Melihat.” Al-Insan:2

[1535] Maksudnya: bercampur antara benih lelaki dengan perempuan.

6) Penentuan jantina

“Dan bahwasanya dialah yang menciptakan berpasang-pasangan pria dan wanita. Dari air mani, apabila dipancarkan.” An-Najm:45-46

“Bukankah dia dahulu setetes mani yang ditumpahkan (ke dalam rahim), Kemudian mani itu menjadi segumpal darah, lalu Allah menciptakannya, dan menyempurnakannya, Lalu Allah menjadikan daripadanya sepasang: laki-laki dan perempuan.” Al-Qiyaamah:37-39

7) Janin diselaputi tiga kegelapan

“Dia menciptakan kamu dari seorang diri Kemudian dia jadikan daripadanya isterinya dan dia menurunkan untuk kamu delapan ekor yang berpasangan dari binatang ternak. dia menjadikan kamu dalam perut ibumu kejadian demi kejadian dalam tiga kegelapan[1306]. yang (berbuat) demikian itu adalah Allah, Tuhan kamu, Tuhan yang mempunyai kerajaan. tidak ada Tuhan selain Dia; Maka bagaimana kamu dapat dipalingkan?” Az-Zumar:6

[1306] tiga kegelapan itu ialah kegelapan dalam perut, kegelapan dalam rahim, dan kegelapan dalam selaput yang menutup anak dalam rahim.

8) Peringkat-peringkat janin


“Dan Sesungguhnya kami Telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah. Kemudian kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kokoh (rahim). Kemudian air mani itu kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu kami bungkus dengan daging. Kemudian kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha sucilah Allah, Pencipta yang paling baik.”

Mukminun:12-14

“Yang Telah menciptakan kamu lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan (susunan tubuh)mu seimbang, Dalam bentuk apa saja yang dia kehendaki, dia menyusun tubuhmu.” Al-Infithaar:7-8

9) Pertumbuhan janin;sebahagian sempurna dan sebahagian tidak sempurna


“Hanya Engkaulah yang kami sembah[6], dan Hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan[7].” Al-Hajj:5

[6] Na'budu diambil dari kata 'ibaadat: kepatuhan dan ketundukkan yang ditimbulkan oleh perasaan terhadap kebesaran Allah, sebagai Tuhan yang disembah, Karena berkeyakinan bahwa Allah mempunyai kekuasaan yang mutlak terhadapnya.

[7] Nasta'iin (minta pertolongan), terambil dari kata isti'aanah: mengharapkan bantuan untuk dapat menyelesaikan suatu pekerjaan yang tidak sanggup dikerjakan dengan tenaga sendiri.

10) Deria pendengaran dan penglihatan

“Kemudian dia menyempurnakan dan meniupkan ke dalamnya roh (ciptaan)-Nya dan dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati; (tetapi) kamu sedikit sekali bersyukur.” As-Sajdah:9

“Sesungguhnya kami Telah menciptakan manusia dari setetes mani yang bercampur[1535] yang kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), Karena itu kami jadikan dia mendengar dan Melihat.” Al-Insaan:2

[1535] Maksudnya: bercampur antara benih lelaki dengan perempuan.

“Dan dialah yang Telah menciptakan bagi kamu sekalian, pendengaran, penglihatan dan hati. amat sedikitlah kamu bersyukur[1016]. Al -Mukminun:78

[1016] yang dimaksud dengan bersyukur di ayat Ini ialah menggunakan alat-alat tersebut untuk memperhatikan bukti-bukti kebesaran dan keesaan Tuhan, yang dapat membawa mereka beriman kepada Allah s.w.t. serta taat dan patuh kepada-Nya. kaum musyrikin memang tidak berbuat demikian.

Wardah Binti Abdul Rahman

Makmal Patologi Tumbuhan

Universiti Sains Malaysia

Saturday, April 26, 2008

Saintis dan Matlamat untuk agama

Dalam mengharungi dunia akademia sains hari ini, ramai mahasiswa Muslim mungkin kurang pengfokusan pembelajaran dan halatuju pembelajaran/kajian mereka. Pada saya, kita seharusnya mengatur satu matlamat utama dengan modus operandi yang pelbagai dalam menghasilkan satu kesatuan pemikiran dikalangan saintis Islam yang berkesedaran.

Berikut adalah beberapa saranan yang boleh digunapakai dan diaplikasikan bagi meningkatkan semula martabat serta aktiviti sains di dunia Islam :

-Ilm Ilmu pengetahuan dasar (basic sciences) dan ilmu penerapan (applied sciences) wajib malah harus dipelajari oleh umat islam walau di manapun kita berada. Umat Islam harus sedar bahawa ilmu-ilmu tersebut adalah dasar bagi perkembangan teknologi yang berlaku di dunia pada masa dahulu, kini dan akan datang.

-U,, Pengkaji Islam dari pelbagai bangsa harus bersatu-padu bagi menghasilkan badan yang memakmurkan sains Islam hingga peringkat antarabangsa. Pada masa yang sama, masyarakat yang berilmiah dapat diwujudkan.

-An Anggaran belanjawan negara-negara Muslim untuk peningkatan dan pengembangan sains mestilah diperbesarkan seminimum 2% dari KDNK negara masing-masing.

- U Umat Islam dari pelbagai negara sedaya mungkin berusaha untuk membuat yayasan dan institusi ilmiah bagi mengumpul dan menggali sumber dana bagi pengembangan sains dan pendidikan.

-Me Memperluaskan konteks dan pertukaran pemikiran antara mahasiswa dan masyarakat ilmiah dalam negeri dengan masyarakat ilmiah antarabangsa melalui kunjungan dua arah, persidangan-persidangan dan simposium-simposium sains antarabangsa.

-KajKajian-kajian ilmu terapan yang relevan dengan masalah pembangunan dan keruntuhan negara Islam perlu ditaja oleh yayasan sains Islam.


Sains adalah Islam…..dalam Islam ada Sains….

Wardah Abdul Rahman

USM

API dan perjuangan bersama saintis Islam


Di sini ingin saya jelaskan tentang tujuan/matlamat blog ini diwujudkan. Saya merupakan salah seorang ahli API (Angkatan Pemuda-Pemudi Islam) yang bernaung di bawah Persatuan Ulama’ Pulau Pinang.


API ditakrifkan sebagai sekumpulan pemuda yang giat membangunkan diri dalam memenuhi keperluan untuk kembali kepada Islam yang sebenar dan ahli API kebanyakannya terlibat atau sedang bekerja dengan badan-badan bukan kerajaan seperti Sahabat Alam Malaysia(SAM), Persatuan Pengguna Pulau Pinang(CAP), Persatuan Ulama’ Pulau Pinang (PUMPP) dan Skuad Penyelamat Aqidah(SPAQ).


Bidang Saintis Islam merupakan salah satu usrah/biro yang yang terdapat di dalam API. Secara umumnya, usrah Saintis Islam bukanlah seperti halaqah usrah tetapi lebih kepada madrasah pemikiran (school of thought) yang dibuat melalui diskusi berkala dari semasa ke semasa.


Usrah/biro Saintis Islam diwujudkan bagi memenuhi visi utama penubuhan API iaitu bagi menyediakan ruang pembangunan diri yang menyeluruh dalam pelbagai aspek keilmuan, kebajikan dan gerakan. Matlamat usrah Saintis Islam diadakan adalah untuk:

-Mengupayakan diri mahasiswa Islam yang berada dalam bidang sains khasnya agar cenderung untuk terlibat secara langsung.

-Meningkatkan pengetahuan dan pemahaman tentang pemikiran saintifik Islam yang awalnya bermula dari umat Islam terdahulu.

-Meningkatkan semangat dan daya saing dalam diri saintis Islam untuk menaikkan semula martabat umat Islam bukan sahaja melalui kajian yang dilakukan tetapi kefahaman yang jelas tentang sumbangan mereka dalam dunia sains Islam.

Mekanisme perlaksanaan usrah/biro Saintis Islam adalah melalui beberapa cara berikut :

  • Menghasilkan artikel-artikel yang menjurus ke arah pemikiran yang analitikal terhadap isu-isu berkaitan dengan Islam dan sains.
  • Mempromosikan sumbangan tokoh ilmuan Muslim yang terlibat dalam pemikiran saintifik Islam mengikut bidang masing-maning.
  • Menghimpunkan maklumat-maklumat berkaitan dengan Saintis Islam di dalam satu blog yang boleh menjadi rujukan kepada individu/kumpulan yang berminat.
  • Menyediakan modul-modul yang bersesuaian dan boleh digunakan untuk bengkel Saintis Islam di peringkat sekolah mahupun universiti.
  • Memberi peluang kepada individu/kumpulan yang berminat untuk menyertai bengkel yang akan dianjurkan.
Wardah Abdul Rahman
Bukit Gambir