Malaysian Young Scientist Assembly 2011

Showing posts with label Sains. Show all posts
Showing posts with label Sains. Show all posts

Thursday, July 3, 2008

Sains Milik Siapa?


Sains itu milik orang Islam?
Saya tertarik dengan persoalan yang diutarakan oleh seorang ahli panel di akhir Forum Hal Ehwal Islam malam tadi. Sekian lama kita hanya mendengar topik Islam dan sains diperkatakan tetapi kali ini siapa yang ‘berhak’ ke atas ilmu sains menjadi persoalan.

Jika diteliti, buktinya jelas terdapat di dalam Al-Quran ,Surah al-Mukminun (ayat 13 & 14). Di dalam ayat-ayat tersebut, proses kejadian manusia telah diterangkan dengan jelas dan terperinci. Selain itu, 1001 ilmu sains lain jika diselongkar pasti dapat kita jumpai di dalam kitab agung umat Islam ini. Secara tidak langsung, persoalan bagaimana tamadun kegemilangan Islam dapat dicapai akan terungkai. Sarjana-sarjana Islam terdahulu menguasai ilmu sains yang terdapat di dalam agama mereka!

Penguasaan ilmu Islam dan ilmu sains berkait rapat antara satu sama lain. Dalam Surah al-Ghasyiah, ayat 17 hingga 20 Allah s.w.t menyatakan,
“Maka apakah mereka tidak memperhatikan unta bagaimana dia diciptakan, Dan langit, bagaimana ia ditinggikan? Dan gunung-gunung bagaimana ia ditegakkan? Dan bumi bagaimana ia dihamparkan?”.

Sains sebenarnya adalah ilmu untuk mengurus alam dan daripada ilmu inilah timbul konsep hamba dan khalifah yang menjawab persoalan fungsi manusia dijadikan di muka bumi ini. Walau bagaimanapun, ilmu sains perlu dipandu oleh ilmu wahyu ataupun ilmu agama kerana jika tidak, lahirlah teori-teori yang kurang jelas dan tak masuk dek akal seperti teori evolusi oleh Charles Darwin yang akhirnya turut sama meragui teori yang diciptanya!

Sebagai pengkaji ilmu sains atau saintis, setiap kajian yang dilakukan adalah ibadah kerana kita sebenarnya dalam sedar atau tidak sedang menghayati konsep tugas sebagai hamba dan khalifah. Kajian yang dilakukan adalah untuk mengagungkan penciptanya serta memakmurkan bumi dan sememangnya rahmat alam dijadikan adalah bagi melahirkan ilmu sains untuk dikaji oleh manusia. Allah s.w.t mencabar akal manusia untuk meneliti setiap kejadian alam di sekeliling mereka kerana hasil kajian/penelitian tersebut, akan lahir pula ilmu astronomi, ilmu pelayaran, ilmu kosmologi, malah ribuan jenis ilmu-ilmu lain. Walau bagaimanapun, akal manusia tetap terhad kerana tiba di satu tahap, kita tidak akan mampu mengkaji lagi perihal ilmu seperti kewujudan syurga dan neraka, dosa, pahala dan sebagainya.

Perlu juga diingatkan bahawa golongan pengkaji dimuliakan Allah s.w.t. dan digelar sebagai ulul albab. Firman Allah s.w.t dalam surah al-Imran, ayat 190-191 :
“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan Ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, Maka peliharalah kami dari siksa neraka.”




Bercerita tentang kajian dalam ilmu sains, saya ingin berkongsi di sini tentang bengkel Fusarium yang telah saya hadiri pada 22 hingga 27 Jun baru-baru ini. Bengkel peringkat antarabangsa ini keseluruhannya memberi pengetahuan kepada para peserta tentang ciri-ciri serta kaedah/metod untuk mengenali Fusarium (salah satu genus kulat utama yang menyerang tumbuh-tumbuhan atau buah-buahan dan akan mengakibatkan penyakit tanaman seperti reput pada buah dan batang,serta layu vaskular pada batang tumbuhan).

Benarlah Allah s.w.t. juga berbicara melalui ayat-ayatNya yang terdapat di alam semesta. Terasa luasnya ilmu yang boleh dikaji apabila mengikuti bengkel ini. Fusarium hanyalah salah satu kulat yang mendatangkan masalah kepada para petani sedangkan berapa banyak lagi kulat-kulat lain ataupun mikroorganisma lain yang turut sama menyerang tanaman yang sama. Di dalam genus
[1] Fusarium pula terdapat kira-kira 80 spesies yang telah dikenalpasti setakat ini dan semuanya memerlukan kajian yang mendalam untuk membezakan antara satu spesies dengan yang lain. Antara teknik kajian yang digunakan ialah melalui kaedah morfologi[2] dan molekular[3]. Data yang dikumpul akan dianalisis dan hasilnya, spesies kulat dapat dikenalpasti. Saya pernah terlibat dengan kajian Fusarium ketika melakukan projek tahun akhir dahulu. Bukan mudah sebenarnya untuk mengenalpasti spesies kulat ini kerana kepelbagaiannya terlalu tinggi hinggakan pakar pengkelasan kulat ini turut mengakui bahawa hingga kini sistem pengkelasannya sangat rumit dan bercelaru!

Subhanallah…




Wardah bt Abdul Rahman
Bukit Gambir




[1] Susunan pengkelasan biologi bagi kulat (AFIKOFAGS)-alam-filum-kelas-order-famili-genus-spesies
[2] Data yang direkodkan ialah pigmentasi(warna) yang ditunjukkan oleh koloni kulat, kadar pertumbuhan koloni dan kehadiran struktur-struktur kulat yang diperhatikan di bawah mikroskop cahaya.
[3] Kajian ke atas DNA kulat

Sunday, May 11, 2008

Keilmuan sains Islam adalah ciplak?

Sejarah peradaban sains Islam dikatakan suatu ciplakan daripada Tamadun Sumeria. Apakah jawapan anda jika diajukan kenyataan tersebut? Benarkan tiada ketamadunan Sains yang asli daripada Islam? Bagaimanapula keautentikan (ketulenan) Al Quran sebagai sumber keilmuan sains Islam di sini? Pada saya semua tamadun adalah kesinambungan setiap tamadun yang tenggelam. Setiap kebangkitan tamadun sains baru, proses peralihan keilmuan dan peminjaman perbendaharaan ilmu juga perlu dan wajib berlaku kerana kemanusiaan adalah suatu perjalanan sejak zaman Nabi Adam a.S. saya berasa sedih apabila membuka laman web Mysteries Of Science (http://www.world-mysteries.com/sci_13.htm) . Mereka hanya menceritakan perjalanan keilmuan sains sejak Tamadun Indus, Inca dan Sumeria. Peliknya tiada kesinambungan dengan tamadun Islam ! hanya terus kepada sains moden. Inilah prejudis yang wujud dalam dunia sains tajaan barat.







Dibawah pula adalah jawapan kepada klip tuduhan tersebut. (yang dikatakan disadur daripada Tamadun Sumeria)




Pesanan penaja: PASTIKAN PC ANDA BOLEH MEMBUKA YOUTUBE

Wardah Abdul Rahman (comel)

Saturday, April 26, 2008

Saintis dan Matlamat untuk agama

Dalam mengharungi dunia akademia sains hari ini, ramai mahasiswa Muslim mungkin kurang pengfokusan pembelajaran dan halatuju pembelajaran/kajian mereka. Pada saya, kita seharusnya mengatur satu matlamat utama dengan modus operandi yang pelbagai dalam menghasilkan satu kesatuan pemikiran dikalangan saintis Islam yang berkesedaran.

Berikut adalah beberapa saranan yang boleh digunapakai dan diaplikasikan bagi meningkatkan semula martabat serta aktiviti sains di dunia Islam :

-Ilm Ilmu pengetahuan dasar (basic sciences) dan ilmu penerapan (applied sciences) wajib malah harus dipelajari oleh umat islam walau di manapun kita berada. Umat Islam harus sedar bahawa ilmu-ilmu tersebut adalah dasar bagi perkembangan teknologi yang berlaku di dunia pada masa dahulu, kini dan akan datang.

-U,, Pengkaji Islam dari pelbagai bangsa harus bersatu-padu bagi menghasilkan badan yang memakmurkan sains Islam hingga peringkat antarabangsa. Pada masa yang sama, masyarakat yang berilmiah dapat diwujudkan.

-An Anggaran belanjawan negara-negara Muslim untuk peningkatan dan pengembangan sains mestilah diperbesarkan seminimum 2% dari KDNK negara masing-masing.

- U Umat Islam dari pelbagai negara sedaya mungkin berusaha untuk membuat yayasan dan institusi ilmiah bagi mengumpul dan menggali sumber dana bagi pengembangan sains dan pendidikan.

-Me Memperluaskan konteks dan pertukaran pemikiran antara mahasiswa dan masyarakat ilmiah dalam negeri dengan masyarakat ilmiah antarabangsa melalui kunjungan dua arah, persidangan-persidangan dan simposium-simposium sains antarabangsa.

-KajKajian-kajian ilmu terapan yang relevan dengan masalah pembangunan dan keruntuhan negara Islam perlu ditaja oleh yayasan sains Islam.


Sains adalah Islam…..dalam Islam ada Sains….

Wardah Abdul Rahman

USM

API dan perjuangan bersama saintis Islam


Di sini ingin saya jelaskan tentang tujuan/matlamat blog ini diwujudkan. Saya merupakan salah seorang ahli API (Angkatan Pemuda-Pemudi Islam) yang bernaung di bawah Persatuan Ulama’ Pulau Pinang.


API ditakrifkan sebagai sekumpulan pemuda yang giat membangunkan diri dalam memenuhi keperluan untuk kembali kepada Islam yang sebenar dan ahli API kebanyakannya terlibat atau sedang bekerja dengan badan-badan bukan kerajaan seperti Sahabat Alam Malaysia(SAM), Persatuan Pengguna Pulau Pinang(CAP), Persatuan Ulama’ Pulau Pinang (PUMPP) dan Skuad Penyelamat Aqidah(SPAQ).


Bidang Saintis Islam merupakan salah satu usrah/biro yang yang terdapat di dalam API. Secara umumnya, usrah Saintis Islam bukanlah seperti halaqah usrah tetapi lebih kepada madrasah pemikiran (school of thought) yang dibuat melalui diskusi berkala dari semasa ke semasa.


Usrah/biro Saintis Islam diwujudkan bagi memenuhi visi utama penubuhan API iaitu bagi menyediakan ruang pembangunan diri yang menyeluruh dalam pelbagai aspek keilmuan, kebajikan dan gerakan. Matlamat usrah Saintis Islam diadakan adalah untuk:

-Mengupayakan diri mahasiswa Islam yang berada dalam bidang sains khasnya agar cenderung untuk terlibat secara langsung.

-Meningkatkan pengetahuan dan pemahaman tentang pemikiran saintifik Islam yang awalnya bermula dari umat Islam terdahulu.

-Meningkatkan semangat dan daya saing dalam diri saintis Islam untuk menaikkan semula martabat umat Islam bukan sahaja melalui kajian yang dilakukan tetapi kefahaman yang jelas tentang sumbangan mereka dalam dunia sains Islam.

Mekanisme perlaksanaan usrah/biro Saintis Islam adalah melalui beberapa cara berikut :

  • Menghasilkan artikel-artikel yang menjurus ke arah pemikiran yang analitikal terhadap isu-isu berkaitan dengan Islam dan sains.
  • Mempromosikan sumbangan tokoh ilmuan Muslim yang terlibat dalam pemikiran saintifik Islam mengikut bidang masing-maning.
  • Menghimpunkan maklumat-maklumat berkaitan dengan Saintis Islam di dalam satu blog yang boleh menjadi rujukan kepada individu/kumpulan yang berminat.
  • Menyediakan modul-modul yang bersesuaian dan boleh digunakan untuk bengkel Saintis Islam di peringkat sekolah mahupun universiti.
  • Memberi peluang kepada individu/kumpulan yang berminat untuk menyertai bengkel yang akan dianjurkan.
Wardah Abdul Rahman
Bukit Gambir

Thursday, April 24, 2008

Transaksi Ilmu Sains Islam ke Dunia Barat

Semasa menghadiri Bengkel Anti Sekular anjuran SPAQ Rabu yang lalu, Saudara Muhammad Nuruddin ada menceritakan bagaimana transaksi ilmu bermula dari dunia Islam yang gemilang ke dalam dunia barat yang mula bangkit dari lena yang panjang.

Dengan
Keilmuan dan galakan keilmuan oleh Khalifah abbasiyyah dan Andalus, ulama’ sains dan sosialogi Islam telah mengekstrak ssebegitu banyak pengetahuan dan penemuan berdasarkan Ayat-ayat Al quran dan perilaku Baginda SAW. Daripada konsep umum dalam dalil-dalil ini mendorong para ulama’ untuk mencari praktikalnya disamping menerima simbahan masuk ilmu-ilmu Greek melalui Sham (Syiria/Damsyiq).

Barat hanya mempelajari hasil penemuan dan bukannya usul penemuan. Lantaran tiada perkaitan keilmuan sains Islam dengan Bible (yang telah diporak perandakan) mereka mengambil keputusna untuk mencipta ruang vakum yang selamat dari gejala ortodok dan konservatif pihak gereja. Mereka amalkan pmikiran dan penakulan sekular dalam meluaskan lagi keilmuan mereka yang telah diambil dari dunia Islam.

Transasksi ilmu Islam ini bermula dalam siri peperangan salib yang bermula sejak 1096M lagi dan kemuncaknya pada kejatuhan andalusia pada 1492. Kejatuhan Constantinopel daripada Beyzantium kepada Turki Uthmaniyyah pada 1453 (walaupun Rom timur kalah) telah membuka mata barat untuk mempelajari teknik dan teknologi Muhammad Al Fateh. Kedahsyatan tentera Turki mengheret beberapa kapal laut mereka mendaki bukit (selepas disekat oleh Rom) adalah tindakan diluar kema,puan akal manusia zaman itu. Itulah sinergi kekuatan Ruh dan Akal umat Islam Turki.

Pulau Sicily juga menjadi pusat transaksi ilmu Islam ke Barat. Shams, Baghdad dan Mesir juga menjadi kenangan peralihan tamadun Islam ke barat.

Akibatnya sekularisasi ilmu sains Islam oleh barat, maka bermulalah sains yang berasaskan akal. Bunga-bunga kajian sains barat itu sahaja yang diajar kepada kita hari ini yang menjadi mangsa penjajahan Eropah. Hingga kini orbit saions teknologi kita masih terpaksa mengikuti orbit barat. Usul Islam yang digunapakai oleh kita tidak lagi tersisa hanya kenangan dan peninggalan penemuan sahaja. Perkara ini amat menyedihkan semua mahasiswa sains Islam. Kita hanya mampu belajar sains ala sekular dan hanya mengaitkan dengan ayat Al quran atau hadis untuk menjustifikasikan bahawa Kitab dan sunnah Nabi kita adalah bernilai sainstifik dan syumul. Kita defensif dalam lebih kepada mempertahankan kemurnian kitab daripada menjadikan kita usul kepada penemuan baru. Bagaimana ingin kembali? Susah……

Walaupun begitu, mahasiswa dan tenaga sainstis perlu megembleng tenaga untuk membina rangkaian sainstis muslim yang berkesedaran menggunakan teknologi ala sekular tersebut untuk diimplikasi untuk kemaslahatan alam ini bukannya menjadi punca malapetaka seperti peperangan sebagai contohnya.


Wardah Abdul Rahman
IMP Corner USM

Sila teliti 20 penemuan sains oleh Islam

Warga dunia sekarang menggunakan pelbagai teknologi dan inovasi bagi memudahkan perjalanan harian. Tanpa semua sedari terdapat beberapa penemuan yang berasal dari dunia Islam terutama dari era Abbasiyyah (abad ke-8 hingga abad ke 13) serta zaman Empayar Islam Andalusia (seusia dengan Abbasiyyah dimana ia menjadi kesinambungan kepada Empayar Umayyah). Walaupun Islam bermula daripada kelompok masyarakat pagan yang jahil tanpa teknologi sofistikated, mereka pandai menyaring pengetahuan daripada tamadun besar India, China, Greek, Rom dan Parsi. Semuanya bertitik tolak daripada tradisi Ulama' yang memiliki disiplin keilmuan yang tegas dan teliti bersumberkan keilmuan Hadis dan pewarisan riwayat.

Wardah Abdul Rahman
Makmal Patologi Tumbuhan, USM