Malaysian Young Scientist Assembly 2011

Saturday, April 26, 2008

API dan perjuangan bersama saintis Islam


Di sini ingin saya jelaskan tentang tujuan/matlamat blog ini diwujudkan. Saya merupakan salah seorang ahli API (Angkatan Pemuda-Pemudi Islam) yang bernaung di bawah Persatuan Ulama’ Pulau Pinang.


API ditakrifkan sebagai sekumpulan pemuda yang giat membangunkan diri dalam memenuhi keperluan untuk kembali kepada Islam yang sebenar dan ahli API kebanyakannya terlibat atau sedang bekerja dengan badan-badan bukan kerajaan seperti Sahabat Alam Malaysia(SAM), Persatuan Pengguna Pulau Pinang(CAP), Persatuan Ulama’ Pulau Pinang (PUMPP) dan Skuad Penyelamat Aqidah(SPAQ).


Bidang Saintis Islam merupakan salah satu usrah/biro yang yang terdapat di dalam API. Secara umumnya, usrah Saintis Islam bukanlah seperti halaqah usrah tetapi lebih kepada madrasah pemikiran (school of thought) yang dibuat melalui diskusi berkala dari semasa ke semasa.


Usrah/biro Saintis Islam diwujudkan bagi memenuhi visi utama penubuhan API iaitu bagi menyediakan ruang pembangunan diri yang menyeluruh dalam pelbagai aspek keilmuan, kebajikan dan gerakan. Matlamat usrah Saintis Islam diadakan adalah untuk:

-Mengupayakan diri mahasiswa Islam yang berada dalam bidang sains khasnya agar cenderung untuk terlibat secara langsung.

-Meningkatkan pengetahuan dan pemahaman tentang pemikiran saintifik Islam yang awalnya bermula dari umat Islam terdahulu.

-Meningkatkan semangat dan daya saing dalam diri saintis Islam untuk menaikkan semula martabat umat Islam bukan sahaja melalui kajian yang dilakukan tetapi kefahaman yang jelas tentang sumbangan mereka dalam dunia sains Islam.

Mekanisme perlaksanaan usrah/biro Saintis Islam adalah melalui beberapa cara berikut :

  • Menghasilkan artikel-artikel yang menjurus ke arah pemikiran yang analitikal terhadap isu-isu berkaitan dengan Islam dan sains.
  • Mempromosikan sumbangan tokoh ilmuan Muslim yang terlibat dalam pemikiran saintifik Islam mengikut bidang masing-maning.
  • Menghimpunkan maklumat-maklumat berkaitan dengan Saintis Islam di dalam satu blog yang boleh menjadi rujukan kepada individu/kumpulan yang berminat.
  • Menyediakan modul-modul yang bersesuaian dan boleh digunakan untuk bengkel Saintis Islam di peringkat sekolah mahupun universiti.
  • Memberi peluang kepada individu/kumpulan yang berminat untuk menyertai bengkel yang akan dianjurkan.
Wardah Abdul Rahman
Bukit Gambir

No comments: