Malaysian Young Scientist Assembly 2011

Showing posts with label diari makmal. Show all posts
Showing posts with label diari makmal. Show all posts

Thursday, October 29, 2009

Pertama kali mencuba PCR-ITS



Inilah antara hasil yang sekian lama dinanti (bayangkan gambar asal tanpa suntingan). Permulaan hasil PCR-ITS yang baik untuk 5 sampel (1,2,3,4 dan 5). Alhamdulillah. Hari yang gembira buat saya.

Mudah-mudahan 85 sampel yang lain juga bakal beroleh hasil yang baik =]


Wardah bt Abdul Rahman
Makmal Patologi Tumbuhan, USM
2.17 pagi
menanti hari esok dengan sabar, semangat!



Tuesday, September 29, 2009

Semoga Hari Ini Lebih Baik Dari Semalam


10 pagi:

Perbincangan dengan penyelia kedua, Dr. Latifah. Hasil perbincangan:
1-'troubleshoot'. Guna primer yang baru(ERIC 1R dan ERIC2), jadikan satu sampel kulat Fusarium sebagai kawalan positif dan guna 'PCR cycle' ERIC-RAPD Fusarium. 6 jam baru siap ni.
2. Kekalkan 'primer pair' yang lama(ERIC1 dan ERIC2). 'PCR cycle' Fusarium dan juga kawalan positif.
3. Uji ketulenan DNA(spektrofotometer) bagi sampel-sampel yang jalur DNA tidak jelas ketika pengesanan DNA dilakukan awal bulan lalu.
4. Cari primer yang sesuai untuk 'DNA sequencing' sebab bahagian ni sudah boleh dimulakan walaupun ERIC-RAPD belum siap sepenuhnya. 2 kaedah jalan serentak.

12 tengah hari:
Minta bantuan Sau Kuen, pelajar Dr. Latifah. Bincang lagi kalau ada langkah-langkah penyediaan 'PCR mixture' yang perlu diperbaiki.

2 petang :
Layari internet.



4.30 petang :
Penyediaan 'PCR mixture' dan tunggulah 6 jam lagi untuk kutip hasilnya. Saya anggarkan jam 11.30 malam siap. Datang makmal semula selepas habis syif saya bekerja.

5.30 petang:
Sediakan gel untuk elektroforesis. Kalau keadaan sesuai, malam ni juga saya 'run gel' dan tunggu 1 1/2 jam kemudian untuk 'view gel'. Kalau tak, esok pagi pula jawabnya.


Sabar, berusaha, berdoa, tawakal. Mudah-mudahan kali ini lebih baik dari semalam.


Wardah bt Abdul Rahman
hujan mula turun saat mula berkemas balik ke bilik..

Monday, September 28, 2009

Jangan merancang untuk gagal


Hari ini berkobar-kobar semangat untuk mulakan kerja di makmal. Walaupun secara umumnya masih mengulang metod semalam, ada sedikit perubahan seperti yang dirancang akan dilaksanakan.

Teknik molekular bagi mengenalpasti karakter setiap sampel kulat ini bukanlah suatu teknik baru yang jarang diaplikasikan tetapi apabila melibatkan spesies kulat tertentu seperti Aspergillus, kurang sumber atau jurnal yang membincangkan teknik ini secara mendalam.

Awal bulan 4 yang lalu sesi percubaan dah dibuat dan menampakkan hasil. Jadi, aku teruskan dengan pengekstrakan DNA 90 sampel kulat yang lain. Malangnya sekarang, lain pula yang jadi. Hari ini pun sama =(

Perancangan esok:Jumpa penyelia terus, tunjuk keputusan yang dapat, minta pandangan bernas beliau. Tak boleh simpan sorang-sorang atau bincang dengan senior saja ni.





Wardah bt Abdul Rahman
jangan mengaku kalah..


Sunday, September 27, 2009

Sehari di makmal, dua hari selepas balik beraya..


Gagal lagi! Kecewa, hampa mula menyelubungi diri. Sejak semalam 'berkampung' di sini, cuti sempena raya pun disingkatkan, hasilnya masih sama.

"Mengeluh pun tak guna, " ucap seorang teman. Ya, tak guna mengeluh tapi terasa benar rasa kecewa ini. Sedih bila harapan tidak menjadi kenyataan dan masa makin mengejar.

Sudah sekian lama mengulang langkah yang sama, metod yang sama. Berulang kali juga merujuk jurnal-jurnal, laporan terdahulu, menyemak semula andai ada kesilapan, salah bacaan. Perbincangan dengan mereka yang lebih berpengalaman juga sudah.

Hmm.

Sudahlah! Tinggalkan rasa-rasa itu. Aku bukan gagal, tapi belum jumpa hasil akhirnya. Kejayaan kan bermula dengan kegagalan. Jadi, logik untuk aku gagal sekarang. Masa yang akan datang, belum tentu. Ya, usaha lagi! Metod yang lalu jangan ulang sepenuhnya. Ubahsuai lagi. Baru kajian namanya, kan.

Okey, langkah seterusnya :
1. Ulang PCR, tukar suhu 'annealing'. Semak suhu primer yang baru sampai semalam.
2.Tukar sampel lain.
3. Esok bincang lagi dengan penyelia kedua pula.

Usaha+doa+tawakkal. Ini pesan abah dari zaman sekolah dulu..Ada pesanan lain?



Wardah bt Abdul Rahman
hidup satu perjuangan, perlu diteruskan..