Malaysian Young Scientist Assembly 2011

Showing posts with label darwinisme. Show all posts
Showing posts with label darwinisme. Show all posts

Sunday, July 11, 2010

Barat dan Fenomena Penolakan Dogmatik Darwinisme

Disiarkan dalam Dewan Kosmik Julai 2010 dengan tajuk 'Penolakan Dogmatik Darwinisme'.

Barat dan Fenomena penolakan dogmatik darwinisme

Muhammad Nuruddin Bashah

Bc Hons Engineering (Material) UM

Wardah Abdul Rahman

MSc (Microbiology) USM

Bersempena dengan Sambutan 100 Tahun penubuhan, Institut Muzium Smithsonian, Amerika Syarikat baru-baru ini telah menganjurkan pameran fosil dan artifak berkaitan prasejarah manusia sejak 6 juta tahun dahulu. Sebuah dewan asal-usul manusia yang menelan belanja RM 69.2 juta didirikan untuk tatapan peminat sejarah. Paling menarik apabila turut diadakan pertunjukan video seekor udang yang bermain-main berdekatan kamera bawah tanah yang terletak di bawah sebuah lembar ais besar di Antartik.

Sebelum itu ramai saintis percaya bahawa hanya beberapa mikroorganisma sahaja yang mampu hidup di kawasan tersebut dalam keadaan tanpa cahaya matahari serta kedalaman 182 meter di bawah paras ais.

Tuesday, May 11, 2010

Kepincangan Darwinisme


Saya masih ingat, hari pertama menghadiri kelas Biokimia (tahun 2004) saya dan rakan sekelas yang lain terus diberi tugasan yang perlu disiapkan dalam masa 10 minit sebelum pengajaran bermula. Sehelai kertas dikoyak dari ‘writing pad’ dan saya mula merangka apa yang perlu ditulis. Kesannya, saya mulai sedar bahawa saya belum menguasai topik ini sepenuhnya dan perkara ini tidak sepatutnya berlaku.

Apa yang berlaku sebenarnya ialah kami diminta menulis pendapat atau hujah masing-masing tentang teori Darwin-bersetuju atau tidak. Dr. K. Sudesh, pensyarah kelas kami tidak memberi apa-apa penjelasan sebelum dan selepas sesi tersebut.

Ayat pertama saya menolak dengan jelas teori tersebut. Sebabnya, teori evolusi adalah bercanggah dengan teori penciptaan (creation). Isi penting yang saya tulis selepasnya berkisar tentang dalil al-Quran yang menerangkan proses kejadian manusia serta penciptaan Nabi Adam a.s. Sebab penolakan yang kedua adalah tidak ada bukti wujudnya fasa peralihan pada makhluk yang dikatakan mengalami evolusi tersebut. Keseluruhan fikiran saya pada masa itu hanya tertumpu pada gambarajah perubahan manusia daripada seekor beruk sedangkan Charles Darwin dalam bukunya ‘Origin of Species’ (1859) banyak lagi mengemukakan pendapat yang keliru dan boleh disanggah.

Untuk memahami teori evolusi, sesi ‘bedah buku’ perlu dilakukan ke atas buku Darwin. Tahun lepas saya berjaya mendapatkan satu salinan buku tersebut dari perpustakaan USM. Saya belum habis membacanya tetapi hanya melihat isi kandungan buku tersebut sepintas lalu. Mujur juga silibus pembelajaran saya pada tahun pertama di USM turut melibatkan subjek Genetik. Dari kelas ini, saya mula memahami Hukum Genetik Mendel yang melawan arus pemikiran Darwin.

Ruangan komen di YouTube ada mengatakan Darwin hanyalah berteori dan teori tersebut bukannya fakta kerana fakta memerlukan bukti. Ada juga yang mendakwa Darwin bukanlah seorang saintis seperti yang diagung-agungkan kerana beliau sebenarnya lebih kepada seorang pengembara yang gagal mengemukakan bukti saintifik kepada teorinya.

Teori yang dikemukakan lebih seabad yang lalu terus diperdebatkan hingga ke hari ini. Selain aspek saintifik yang diragui, natijah besar yang lahir dari teori pemilihan semual jadi (natural selection) pula telah terserlah dalam falsafah sosial Karl Max dan Hitler yang juga dikenali sebagai ‘social Darwinisme’.

Wardah bt Abdul Rahman

Kamunting, Perak