Malaysian Young Scientist Assembly 2011

Tuesday, December 28, 2010

Kejayaan Kursus Latihan Mikotoksin di Malaysia


Kejayaan Kursus Latihan Mikotoksin di Malaysia

Program interaktif iaitu kursus latihan mikotoksin (Mikotoksin Training Course) yang julung kali diadakan di Malaysia serta dianjurkan secara bersama antara Universiti Sains Malaysia, MycoRed dan MoniQA pada 6 hingga 10 Disember 2010 baru-baru ini bertujuan menerapkan kesedaran dan pendidikan secara langsung dalam diri peserta. Sekalung tahniah buat USM khususnya Prof. Baharuddin Salleh selaku orang kuat yang telah berjaya menghimpunkan sejumlah 12 orang pakar dalam bidang penyelidikan keselamatan makanan dan persekitaran, toksin dan pestisid, pengurusan agrikultur dan pembangunan ekonomi, mikologi dan pastinya mikotoksin.

Saya adalah antara mereka yang berpeluang menjadi antara 27 orang peserta dan duduk berbincang dengan golongan pakar yang didatangkan khas dari benua Eropah ini. Mengapa pakar dan saintis dari institut penyelidikan serta universiti dari United Kingdom, Netherlands, Austria, Belgium dan Italy ini dijemput? Realitinya, Eropah adalah benua yang amat menekankan aspek keselamatan dan pengawalan makanan khususnya dari dicemari oleh toksin bawaan kulat.

Suruhanjaya Eropah (Europe Commision) dan Kesatuan Eropah (European Union) mempunyai saluran yang terperinci sebelum sesuatu piawaian atau kadar maksimum mikotoksin dalam makanan boleh dikuatkuasakan. Mereka amat mementingkan penyelidikan awal berkaitan kaedah terbaik penghasilan, penyimpanan dan pengangkutan produk makanan. Malah, data dan maklumat hasil penyelidikan ini turut digunakan bersama sebagai rujukan untuk menetapkan peraturan pemakanan mereka.

Sunday, December 5, 2010

Masyarakat Malaysia kurang kesedaran akan bahaya mikotoksin


PULAU PINANG, 1 Dis – Tahap kesedaran masyarakat di negara ini berhubung bahaya pencemaran mikotoksin (racun kulat) dalam makanan dianggap masih rendah dan membimbangkan.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Biologi, Universiti Sains Malaysia (USM) Prof. Baharuddin Salleh berkata, mikotoksin adalah sejenis racun atau toksin yang terhasil daripada kulat yang tumbuh pada makanan dan hasil pertanian yang tidak dijaga atau disimpan dengan baik.

Katanya, kehadiran mikotoxin dalam makanan boleh mengakibatkan pelbagai implikasi buruk terhadap kesihatan manusia dalam jangka masa panjang, termasuk risiko diserang kanser, kegagalan buah pinggang, barah hati dan paling buruk boleh membawa maut.

``Justeru, satu langkah proaktif perlu diambil bagi meningkatkan kesedaran semua pihak untuk lebih mengambil berat berhubung isu penjagaan makanan dengan selamat bagi mengelak pembiakan kulat bertoksin,’’ katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Persidangan Antarabangsa Mikotoksin 2010 yang julung kalinya diadakan dia Asia dan dirasmikan Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi USM, Prof. Asma Ismail.

Baharuddin turut berkata, perkara yang lebih membimbangkan berkenaan mikotoksin adalah sifatnya yang mudah membiak di negara-negara yang berpersekitaran panas dan lembap seperti di negara ini.

Monday, November 29, 2010

Persidangan dan Kursus Latihan Mikotoksin di USM!

Bermula esok, 1 Disember hingga 4 hari berikutnya, USM menjadi tuan rumah serta penganjur bersama Persidangan Mikotoksin Antarabangsa MycoRed 2010 (http://mycotoxin2010.usm.my/conference/). Rakan-rakan di makmal terlibat sebagai sukarelawan dan AJK sepanjang persidangan ini berlangsung. Ada juga yang menyertainya sebagai peserta. Yang pasti, individu paling sibuk adalah penyelia saya sendiri, Prof Baharuddin Salleh!

Saya tidak menyertai persidangan ini tetapi saya akan terlibat pada 6-10 Disember nanti sebagai peserta bengkel/kursus latihan mikotoksin! (http://www.mycored.eu/d/25/Training_course_for_Continental_trainers_on_%E2%80%9CReducing_strategies_and_detection_techniques/) Peluang keemasan untuk menyertai bengkel yang diadakan di tempat sendiri tak boleh dilepaskan! Tak sabar rasanya. Ini adalah langkah pertama saya untuk turut serta dalam dunia mikotoksin. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar.


* Suami keseorangan di rumah selama 5 hari. Keizinanmu amat kuhargai =)

Wardah bt Abdul Rahman
Siputeh, Perak.

Sunday, November 28, 2010

Perkongsian pintar yang bermakna


Gembiranya hati selepas menerima jawapan kepada 3 persoalan yang saya kemukakan di web Yahoo! Answers 5 hari yang lalu. Apa sebenarnya Yahoo!Answers? Web ini (http://answers.yahoo.com/) adalah laman soalan-jawapan (Q&A site) percuma yang kedua paling popular selepas Answers. com (http://www.answers.com/). Mula beroperasi dari tahun 2005, Yahoo!Answers adalah antara platform terbaik untuk berinteraksi dengan komuniti dunia secara maya.

Sesiapa sahaja di serata bahagian dunia yang mempunyai akaun Yahoo boleh bertanya soalan atau menjawab soalan yang dikemukakan di laman ini. Fungsinya lebih kurang sama seperti YahooGroups tetapi tidak terhad kepada ahli di dalam 'group' sahaja. Pelbagai soalan merangkumi pelbagai bidang (berdasarkan pengkelasan yang disediakan pihak Yahoo!Answers) boleh ditanya.

Sebelum ini saya gemar membaca jawapan berdasarkan kata kunci yang ditaip sehinggalah minggu lepas saya mencuba sendiri bertanyakan soalan.

Saturday, November 27, 2010

Gambaran keseluruhan web National Center for Biotechnology Information (NCBI)

Web NCBI adalah antara web yang kerap saya kunjungi sekarang. Selain mempunyai kemudahan untuk mengakses jurnal penulisan saintifik, web ini berfungi sebagai bank gen yang menyimpan berjuta-juta jujukan DNA (DNA sequences) dan jujukan protein (protein sequences) dari pelbagai sumber hidupan. Jujukan DNA virus influenza H1N1 yang terbaru juga boleh didapati di sini. Pangkalan data yang disediakan telah dimanfaatkan secara meluas oleh pengkaji dari seluruh dunia. Mereka yang berada dalam bidang genetik khususnya pasti menggunapakai web ini sepenuhnya.

Sunday, October 3, 2010

Senjata Biologi; Pemusnah nilai Kemanusiaan

Tulisan ini telah disiarkan dalam Dewan Kosmik edisi September 2010


Senjata Biologi; Pemusnah nilai Kemanusiaan

Muhammad Nuruddin Bashah

Bc Hons Engineering (Material) UM

Wardah Abdul Rahman

MSc (Biology) USM

Perang adalah satu aktiviti kejam yang dilakukan oleh manusia sejak zaman berzaman. Malah matlamat mematikan musuh dan memusnahkan populasi lawan adalah satu sasaran yang dikejar serta menatijahkan sindom mechiavelli yang cukup dahsyat. Senjata biologi adalah antara metod perang yang dicipta manusia selari dengan penemuan dan peningkatan ilmu biologi dan mikroorganisma. Lantaran ianya senyap, berkesan serta mampu memusnahkan musuh dalam jumlah dan skala yang amat besar, ia dipilih sebagai salah satu kaedah negara tertentu untuk merealisasikan impian masing-masing.

Sejak serangan WTC pada 11 September 2001, kesedaran terhadap kemungkinan berlakunya ancaman senjata biologi dan kimia mulai diperkatakan semula. Jangkaan blok AS-NATO yang mendakwa pihak pengganas kini kian bijak mencipta dan bertindak mempelbagaikan teknik serangan mereka semakin menebal selepas beberapa siri serangan antraks di Amerika berlaku rentetan selepas 9/11.

Wabak influenza A (H1N1) tidak terkecuali daripada menjadi perbincangan saintis tentang kesahihan ianya sebagai salah satu metod perang biologi. Virus yang mencipta gelombang pertama pada April tahun lalu dan kembali menyerang semula awal 2010 ini dikatakan sengaja dicipta oleh kuasa besar untuk mengalih perhatian masyarakat dunia dari polemik antarabangsa lain yang lebih penting. Malah, tidak kurang pula yang mendakwa kewujudan virus ini adalah untuk mengagung-agungkan negara yang berjaya mencipta vaksin untuknya walaupun pada masa yang sama, besar kemungkinan negara tersebut juga yang mencipta virus tersebut. Namun begitu kesahihan isu ini masih belum dibuktikan dan masih dalam tahap spekulasi.

Friday, July 30, 2010

Amaran! Air yang dipanaskan dalam ketuhar gelombang (microwave)..


Tulisan ini saya terima melalui e-mel. Saya belum pernah mengalami insiden ini tetapi ada baiknya kita sama-sama fahami dan ambil pengajaran daripadanya.

Microwaving Water!

A 26-year old man decided to have a cup of coffee. He took a cup of water and put it in the microwave to heat it up (something that he had done numerous times before). I am not sure how long he set the timer for, but he wanted to bring the water to a boil. When the timer shut the oven off, he removed the cup from the oven. As he looked into the cup, he noted that the water was not boiling, but suddenly the water in the cup 'blew up' into his face. The cup remained intact until he threw it out of his hand, but all the water had flown out into his face due to the buildup of energy. His whole face is blistered and he has 1st and 2nd degree burns to his face which may leave scarring.