Malaysian Young Scientist Assembly 2011

Monday, August 24, 2009


Penat menyemak laporan amali Mikologi pelajar, saya berhenti, berehat sekejap. Terpandang pula kertas-kertas ulasan dan markah yang diberikan oleh peserta bengkel yang saya sertai kira-kira 2 minggu yang lalu.

Saya bersama 6 rakan 'semakmal' menyertai 'Paper Presentation Skills Workshop' yang dianjurkan oleh Institut Pengajian Siswazah, USM pada 10 Ogos 2009. Sesi pagi kami padat dengan ceramah dan tips berkenaan kaedah menulis jurnal dan mempersembahkan data.

Antara perkara penting yang diterangkan ialah perbezaan antara 'academic paper' dan 'paper presentation'. Pengalaman menulis mini tesis dan melakukan persembahan data ketika belajar di peringkat Sarjana Muda dahulu membantu saya mencambah sedikit-sebanyak idea. 'Paper presentation' semestinya hanya mengandungi penemuan (findings) yang paling penting dan kaedah serta ruang masa kerja (framework) hanya diterangkan secara ringkas tetapi memberi makna. 'Academic paper' pula mengandungi penemuan serta data yang perlu menyokong teori yang dikemukakan di bahagian tinjauan bahan bacaan (literature review). Kaedah penyelidikan yang dijalankan harus diterang dengan jelas serta mengikut prosedur.

Ingat, 'academic paper' dipersembahkan tanpa suara. Jadi, kaedah menulis serta tatabahasa yang digunakan perlu diteliti berbanding 'paper presentation' yang memerlukan kemahiran yang berbeza-komunikasi dan bahasa badan (body language). Semestinya, 'academic paper' lebih formal daripada 'paper presentation' yang fleksibel dan mempunyai pilihan dari segi kaedah persembahan yang ingin dilakukan-Power Point, transparensi dan poster.

'A picture is worth a thousand words'.

Betul, betul! Saya setuju apabila mendengar penceramah menyebut ayat yang kerap terngiang setiap kali saya mengadap laptop, menggunakan Power Point untuk persembahan data kajian saya.



Thursday, August 20, 2009

Men'saintifik'kan minda pekerja kilang

Artikel ini ditulis oleh seorang jurutera yang kini berkhidmat di Perak. Jadikan ia pembakar semangat, pencetus dunia sebaran ilmu para pengkaji/saintis Islam semua.
Men'saintifik'kan minda pekerja kilang

Sejak keluar dari alam kampus, saya bercita-cita membawa keluar gagasan fikir cara intelek mahasiswa ke dalam masyarakat melalui lapangan pekerjaan. Lantaran itu saya secuba mungkin mempromosi penekunan isu dan keilmuan secara mendalam dan absah, mengajak ramai membudayakan tabiat membaca, menghebahkan tulisan saya dan sebagainya di sekolah tempat saya mengajar dahulu.

Apabila berada dalam lapangan industri, saya melihat lapangan saya sebagai tempat belajar sambil mendapat duit. Lapangan ini membebaskan saya untuk mengkaji tanpa had. Dalam keadaan ekonomi 'perlombongan' dan perusahaan logam merosot, produksi kami juga jatuh. Tetapi masa lapang yang ada digunakan untuk terus mempelajari teori asas dalam setiap aplikasi di kilang tersebut.

Mempromosi budaya ilmu dan 'kebenaran' di lapangan kilang menghendaki kita mahir dalam aspek berkenaan. Misalnya di sini saya berusaha mensaintifikan pemikiran para jurutera lain serta para pekerja senior. Malah setiap laporan yang saya keluarkan (metallurgical report), pasti saya sebutkan sebab musabab, reaksi kimia yang terlibat, hukum-hukum tertentu seperti hukum peralihan haba termodinamik, konsep solid solution (larutan pepejal), sifat bahan dan sebagainya.

Sesetengah pengurus senior (kebanyakan berada di peringkat atasan bukan atas sebab pendidikan tetapi pengalaman luas) telah terbiasa mendapat report 'suggestion' (cadangan) terus tanpa ingin tahu sebab-musabab secara terperinci. Mereka ingin tahu sebab tetapi sebab yang umum yang kadangkala kesilapan dan kegagalan sesuatu tugasan dipersalahkan kepada sektor/jabatan/individu yang salah kerana akar umbi permasalahan hanya boleh difahami jika aspek sainstifik dibedah siasat.

Ramai yang mulai suka cara begini malah ada yang selalu masuk ke makmal saya untuk bertanyakan teori atau teknik sebenar secara sainstifik yang mendalam.

Sebagai contoh, pihak pengurusan tetapkan jabatan furnace (dapur) untuk melebur 'low alloy steel' sebanyak 6500kg (anggaran kasar). Pihak supervisor jabatan ini akan sediakan skrap besi sebanyak 7000kg selalunya untuk menghindar 'melting loss' akibat pelbagai pembolehubah(variables) dan faktor.

Akibat ketidakseragaman suhu (kelalaian pekerja atau masalah teknikal elektrod), maka keterlarutan carbon dalam larutan pepejal besi lebur tidak berlaku secara homogen. Carbon lebih cenderung menjadi mendakan grafit berbanding bertindak menghurai FeO (ferum oxide) menjadi Fe 100% manakala Carbon dan oksigen menjadi CO2.

Disebabkan kurangnya tindakan endotermik berkenaan (penurunan/reduction of FeO) maka kuranglah Fe dalam besi lebur tersebut kerana FeO bukan besi lagi, ianya oksida yang akan meresap ke dalam slag. Slag pula akan dibuang. Jadi kuranglah unsur besi. Kurang unsur besi menyebabkan kuranglah besi lebur yang akan dituang. Inilah faktornya. Apabila diterang, bukan semua faham. Salah menyalah akan berlaku. Saya terus buat kerja saya tanpa menghiraukan sikap mereka.

Bukan mudah ingin mensaintifikkan orang. Malah teori kadangkala diabaikan. Budaya anarki kadang-kadang berlaku dalam sektor pekerjaan teknikal. Akan tetapi sesebuah kilang sememangnya perlu mempunyai kumpulan pengkaji dan saya diambil bekerja kerana kemampuan saya untuk mengkaji dan belajar. Itu yang saya janjikan kepada mereka semasa temuduga. Pelanggan selalu meninjau sejauh mana 'research' di sesuatu kilang sebelum mereka menempah 'casting' yang mahal-mahal.

Mujur ada ramai berminat. Malah saya selalu mengajar pekerja dan supervisor saya termasuk pengurus saya yang 'mat saleh' mengenai aspek kimia dan sifat-sifat bahan dalam aktiviti perleburan besi dan rawatan haba.

Setiap hari akan ada SMS fakta baru atau perkara yang mereka tidak ketahui. Apabila mereka merujuk saya, barulah saya akan membuka sesi 'syarahan' saya.

Muhammad Nuruddin Bashah
Metallurgis

Friday, August 14, 2009

Bioaerosol dan Kontaminasi Dalam Bangunan

Bioaerosol dan Kontaminasi Dalam Bangunan
oleh
Wardah bt Abdul Rahman
MSc (Microbiology) USM


Kualiti udara dalaman atau ‘Indoor Air Quality’ (IAQ) adalah keadaan persekitaran dalaman sesuatu bangunan yang boleh dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti suhu, kelembapan dan pencahayaan. Di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, kualiti udara dalam bangunan amat dititikberatkan. Cari sahaja maklumat berkenaan topik ini, pasti hasil kajian dari negara ini mendahului.

Bagaimana pula dengan Malaysia? Percaya atau tidak, kita hanya mempunyai satu ‘Code of Practise’ yang merangkumi perkara berkaitan kualiti udara dalaman di dalamnya. Tidak ramai yang menyedari kepentingan diwujudkan akta atau undang-undang yang lebih tegas dan khusus dalam bidang kualiti udara dalaman ini memandangkan secara lazimnya, akta dan peraturan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kementerian Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Department of Occupational Safety and Health) lebih banyak dikaitkan dengan tanggungjawab pemaju menyediakan persekitaran yang selamat untuk penghuni, tanggungjawab majikan kepada pekerja dan sebagainya.

Secara umumnya, permasalahan kualiti udara dalaman di Malaysia dibahagikan kepada dua punca iaitu pencemar udara dalaman dan pengudaraan dalaman yang tidak mencukupi. Pencemar udara dalaman pula banyak menekankan sumber pencemaran udara dalaman yang terdiri daripada asap tembakau, bahan kimia, pemeruapan bahan organik, penggunaan pelarut serta ozon yang terpancar dari penggunaan mesin pencetak berlaser
[1].

Di negara lain, kualiti udara dalaman turut berkait rapat dengan kadar kehadiran campuran kompleks bioaerosol (kulat, bakteria dan alergen) dan partikel bukan biologi (habuk, asap tembakau, partikel yang dihasilkan akibat memasak, asap kenderaan dan partikel dari kilang penjana terma)
[2]. Malah, bahaya kehadiran bahan-bahan ini kepada kesihatan manusia turut diakui oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia di dalam buku panduan yang dikeluarkan pada tahun 2002.
‘Paras pencemaran udara boleh dikaitkan dengan pengurangan fungsi paru-paru, peningkatan simptom pernafasan seperti batuk, sesak nafas, nafas yang termengah-mengah, serangan athma, penyakit kardiovaskular dan kanser paru-paru.’
[3]

Rakyat Malaysia masih kurang kesedaran dalam isu ini dan tidak ramai yang begitu prihatin atau mengetahui bahawa kewujudan partikel-partikel seni atau mikroorganisma di dalam bangunan boleh membawa kepada kemudaratan ke atas kesihatan manusia. Fenomena ini mungkin disebabkan oleh negara kita kekurangan pakar dan pengkaji dalam bidang ini atau belum ada lagi kes kematian yang benar-benar dapat disahkan berpunca daripada hidupan seni ini.

Kontaminasi atau pencemaran udara dalam bangunan boleh berlaku apabila terdapat sumber-sumber serta bahan yang merangsang pertumbuhan partikel bioaerosol. Bahan-bahan berasaskan kayuan atau mengandungi substrat seperti selulosa dan karbohidrat amat sesuai bagi pertumbuhan kulat. Tidak hairanlah di dalam bangunan yang telah terkontaminsai, permukaan almari, siling, permaidani, bahkan langsir juga boleh dijumpai struktur pembiakan kulat iaitu spora melekat padanya. Bangunan pejabat yang mempunyai kubikal-kubikal kecil dan menggunakan pembahagi papan lembut juga turut menjadi faktor berlakunya pertumbuhan kulat. Bahan-bahan ini mengandungi sumber nutrien bagi kulat iaitu gula ringkas ataupun gula kompleks (dapat dihadam oleh kulat melalui pembebasan enzim yang tersendiri).

Sekarang, mungkin persoalan-persoalan ini yang berlegar di dalam minda.
1.Bagaimana untuk mengetahui kehadiran partikel bioaerosol di dalam sesuatu bangunan?
2.Apakah cara untuk mengukur tahap kehadiran dan keseriusan partikel bioaerosol tersebut?

Persampelan udara menggunakan alat perangkap udara adalah antara kaedah umum yang biasa dilakukan. Udara di diperangkap dan dipamkan ke atas piring petri yang mengandungi media agar khas. Selepas 2-3 hari, bilangan spora dan serpihan miselium yang hidup dan membentuk satu koloni di atas media diambil kira bagi menghitung unit pembentuk koloni per meter padu udara (cfu/m3). Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Antarabangsa telah menetapkan kadar cfu/m3 yang maksimum ialah 1000. Pada tahun 1987, ACGIH (American Conference of Governmental Industrial Hygienists) juga menetapkan 1000 cfu/m3 dengan jumlah bakteria yang dikulturkan tidak melebihi 500 cfu/m3
[4].

Malaysia hingga kini belum mempunyai kadar yang piawai berkenaan cfu/m3 dan kita perlu merujuk kepada kadar piawai yang ditetapkan oleh akta atau peraturan yang dikeluarkan oleh negara-negara luar. Jelaslah, kes ‘serangan kulat’ di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru yang berlaku pada tahun 2005 yang lalu belum menjadi pengajaran yang berharga dan berupaya ‘membuka mata’ pihak berwajib seperti Kementerian Kesihatan dan Kementerian Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan agar lebih serius dalam menangani serangan organisma seni ini.

Persekitaran dalaman sebuah bangunan lebih-lebih lagi hospital seharusnya menjadi tempat yang paling steril dan 1000 cfu/m3 bukanlah nilai yang perlu diambil sebagai perbandingan. Bagaimana pula dengan kualiti udara dalaman di bangunan-bangunan lain seperti pejabat, kelas, dewan kuliah malah rumah kita sendiri?

Berikut adalah beberapa saranan dan cadangan yang penulis rasakan boleh diteliti bersama.
1. Masyarakat sebaiknya dididik dengan pengetahuan tentang bahaya dan kesan buruk yang dibawa oleh partikel bioaerosol di persekitaran mereka melalui edaran risalah ataupun kempen dan pameran bergerak. Mereka perlu disedarkan bahawa masalah kesihatan iaitu simptom seakan-akan demam yang kerap dialami oleh penghuni dalam sesuatu bangunan seperti batuk, mata berair, sakit tekak dan pening kepala boleh juga berlaku disebabkan oleh kehadiran partikel bioaerosol dalam kuantiti yang tidak terkawal.
2. Ciri-ciri persekitaran dalam bangunan yang baik, kaedah serta langkah kawalan bagi mengelakkan kontaminasi dalam bangunan berlaku pada skala serius juga perlu diterangkan dengan jelas. Penggunaan cat anti-kulat dan pemasangan sistem pengudaraan yang baik adalah antara langkah awal yang patut disarankan.
3. Terdapat kajian yang menunjukkan manusia kebanyakannya menghabiskan 80-90% masa mereka di dalam bangunan dan menyedut 35 gelen udara setiap hari iaitu hampir 20 000 sedutan udara. Oleh itu, kesedaran tentang kualiti udara dalaman seharusnya ditingkatkan dengan menggubal akta atau undang-undang yang terlibat agar lebih khusus dalam penetapan kadar kualiti udara yang sepatutnya dipatuhi oleh pemaju.
4. Kadar piawai bagi unit pembentuk koloni per meter padu udara (cfu/m3) ditetapkan berdasarkan keputusan kajian yang menyeluruh dan terperinci. Hal ini kerana faktor iklim Malaysia yang tidak sama sperti negara empat musim yang lain mungkin sedikit sebanyak boleh mempengaruhi kadar piawai yang sepatutnya.
5. Kajian-kajian fundamental mengenai partikel bioaerosol khususnya pengenalpastian spesies kulat mahupun bakteria yang diperangkap dari dalam bangunan serta berpotensi menyumbang kepada masalah kesihatan manusia perlu diperbanyakkan. Maklumat kajian ini pasti berguna terutamanya dalam kajian lanjutan melibatkan langkah mengawal atau merawat persekitaran yang mengalami masalah kontaminasi tersebut.
6. Kementerian Sains dan Teknologi boleh memberi galakan dan insentif yang lebih kepada para pengkaji yang melakukan penyelidikan fundamental khususnya berkaitan taksonomi dan pengkelasan mikroorganisma yang termasuk dalam kumpulan bioaerosol. Sungguhpun kajian fundamental adalah sukar tetapi keputusannya amat penting memandangkan ia sebenarnya adalah antara teras atau bahagian penting kepada permulaan penyelidikan yang lain.


[1] Code of Practice on Indoor Air Quality, Jabatan Kementerian Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Kementerian Sumber Manusia, 2005
[2] N. Kalogarakis, D. Paschali, V. Lekaditis, A. Pantidou, K. Eleftheriadis dan M. Lazaridis (2005). Indoor Air Quality-bioaerosol measurements in domestic and office premises. Jurnal Aerosol Science. 751-761.
[3] World Health Organisation. (2002). Guidelines for concentration and exposure-response measurements of fine and ultra fine particulate matter for use in epidemiological studies. Geneva : World Health Organization.
[4] C. S. Cox and C. M. Wathes (1995). Bioaerosols handbook. New York:Lewis Publishers.

Tuesday, August 4, 2009

Hikmah Perlaksanaan Hukum Hudud Berdasarkan Al-Quran dan Sains

HIKMAH PERLAKSANAAN HUDUD
Oleh: Dr. Jamnul Azhar Hj. Mulkan.
“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah kamu dera masing-masing dengan 100 rotan dan janganlah kamu berasa kasihan belas terhadap keduanya dalam melaksanakan perintah Allah jika kamu beriman kepada Allah dan pada hari kemudian.Hendaklah hadir ketika dijatuhkan hukumun terhadap mereka sekumpulan dikalangan orang-orang yang beriman” (An-Nur:2, al Quranul Karim)

PANDANGAN ULAMA TAFSIR
Hukuman ke atas penzina lelaki dan perempuan yang merdeka, berakal dan yang masih bujang atau dara yang masih belum berkahwin adalah disebat dengan seratus sebatan setiap seorang. Hikmah memulakan hukuman keatas perempuan dalam kes zina dan memulakan hukuman keatas lelaki ketika kes mencuri adalah kerana kes zina selalunya terjadi disebabkan oleh golongan perempuan yang boleh mengaibkanya lebih daripada lelaki dan lebih memberi kesan keatasnya, manakala dalam kes mencuri pula selalunya berlaku keatas orang lelaki kerana mereka lebih berani dan lebih merbahaya daripada orang perempuan dalam melakukan perkara itu maka didahulukan orang lelaki daripada orang perempuan.

Pada zahir ayat ini menerangkan akan ketetapan hukuman keatas penzina –penzina iaitu 100 sebatan rotan tetapi telah ditetapkan di dalam Sunnah yang Qat’ie dan penzina yang belum berkahwin dan yang telah berkahwin. Adapun hukuman bagi penzina yang telah berkahwin ialah direjam dengan batu sehingga mati mengikut Sunnah secara lisan dan perbuatan. Telah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Mas’ud Bahawasanya Nabi Muhammad salallahualaihi wasalam telah bersabda:
“Tidak halal darah orang-orang Islam kecuali belarkunya salah satu daripada tiga perkara iaitu orang yang telah berkahwin berzina, orang yang membunuh dengan sengajacdan keluar daripada agamanya juga berpecah daripada jamaah orang-orang Islam.
”Janganlah kamu berlembut dan berasa belas kasihan ketika hendak melakukan hukuman keatas penzina kerana ini adalah hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah juga tidak boleh merosakkan hudud Allah yang telah ditetapkan dan sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW daripada apa yang telah diriwayatkan oleh Ahmad dan Ashab al-Kutub as-Sittah daripada Aisyah radhiAllahu anha:
“Demi Tuhan yang menciptakan diriku, walaupun sekiranya Fatimah bt Muhammad mencuri Sesungguhnya aku akan potong tanganya”Maka dirikanlah hudud keatas orang-orang yang melakukan perbuatan zina dan pukullah mereka itu dengan pukulan yang menyakitkan untuk memberikan pengajaran keatas mereka jika kamu beriman dengan Allah SWT dan hari Akhirat.Dan dirikanlah hudud secara terang-terangan dihadapan sekumpulan daripada orang-orang Islam tambahan balasan bagi orang yang berzina.Sesungguhnya penzina-penzina itu apabila disebat di hadapan orang ramai akan memberi kesan yang lebih untuk mencegah mereka daripada melakukan perbuatan itu lagi.
Telah berkata Qatadah:"Allah S.W.T telah memerintahkan sekumpulan daripada oraang-orang yang beriman untuk melakukan penyaksian ketika hukuman itu dijalankan adalah kerana untuk memberi peringatan, nasihat dan pengajaran".Kes-Kes zina ini disabitkan dengan salah satu daripada perkara berikut :
1- Iqrar atau pengakuan : Ini selalunya berlaku ketika pemerintahan Islam Keterangan atau penyaksian: Iaitu penyaksian 4 orang saksi lelaki yang merdeka, adil dan beragama Islam dan melihat dengan mata mereka sendiri. Ini sangat jarang berlaku dan tidak terhasil kecuali sedikit.
2- Mempunyai hubungan dengan perempuan yang tidak mempunyai suami yang boleh dikenali baginya.
PERBAHASAN
Apabila Allah menjadikan manusia Allah juga menjadikan bersama kejadian manusia itu undang-undang yang dapat mengawal manusia daripada terjerumus ke lembah kehinaan dan kesengsaraan akibat daripada perbuatan manusia itu sendiri.Terdapat 17 jenis kesalahan yang dihukumkan dengan hukum hudud antaranya hukum bagi mereka yang melakukan penzinaan.Apabila sabit dua kesalahan terdapat dua jenis hukuman bagi dua kategori manusia yang melakukan kesalahan itu ;
1. Sebat 100 rotan untuk yang belum berkahwin
2. Rejam sampai mati untuk penzina yang sudah berkahwin
Kenapakah terdapat perbezaan di dalam hukuman yang di jalankan bagi kesalahan yang sama tetapi dilakukan oleh jenis manusia yang berbeza?Sepintas lalu, Ulama’ menggariskan bahawa menghukum mereka yang belum berkahwin jika disabitkan kesalahan dengan 100 rotan adalah wajar sebagai pengajaran bagi mereka yang melakukanya ataupun remaja yang berkeinginan mencubanya. Hukuman sebat ditentukan bagi penzina jenis adalah kerana mereka belum pernah merasa nikmat perkahwinan.Keinginan mereka adalah disebabkan dorongan nafsu yang kadangkala dapat mengatasi fikiran manusia sehingga menjerumuskanya melakukan kesalahan zina.

Rejam sampai mati pula adalah hukuman yang dijatuhkan ke atas penzina yang sudah berkahwin kerana penzina jenis ini sudah merasai nikmat perkahwinan dan tidak ada alasan yang boleh diterima sebagai kemaafan kerana dikhuatiri tabiat mereka itu akan merosakkan banyak manusia. Rejam sampai mati adalah ubat yang paling mujarab bagi manusia jenis ini.
HIKMAH DISEBALIK PERLAKSANAAN HUDUD
Buat penzina yang belum berkahwin.mereka mempunyai antibody T4 Limfosit yang kuat dan masih bertenaga. Jika sekiranya seseorang penzina itu dihinggapi HIV selepas penzinaanya,T4 Limfositnya akan diserang oleh HIV Aids yang akan menyebabkan sel-sel T4 Limfositnya musnah sehingga menyebabkan mati dan akhirnya sel sum-sum tulangnya mengalami kelumpuhan dan fibrosis dan tidak lagi dapat lagi menghasilkan sel-sel T4 yang baru. Badan akan lemah dan Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit akan menyerang.

Pesakit jenis ini juga mempunyai kemungkinan untuk disembuhkan. Tetapi dengan syarat ia mesti didera dan badannya mesti mengalami kesakitan yang banyak bagi meransang penghasilanan sel-sel T4 yang baru serta mengelakkan sum-sum tulang daripada fibrosis.Cara terbaik adalah dengan menyebat diantara bawah tengkuk dan di atas pinggang di bahagian belakang dengan sebatan yang akan meransang penghasilan semula antibodi T4 yang baru dan pesakit tersebut boleh sembuh daripada AIDS selepas antibodi sel-sel T4 Limfositnya itu boleh menguasai HIV AIDS.

Jika sekiranya pesakit tersebut sudah berkahwin .apabila dihinggapi virus AIDS,sel-sel T4 mereka telah lemah berbanding dengan sel-sel T4 kepunyaan mereka yang belum berkahwin. Kelemahan ini berpunca daripada sum-sum tulang yang mengalami sedikit hakisan dan kurang menghasilkan antibodi kerana lebih banyak ditumpukan kearah menghasilakan benih-benih bagi tujuan menghasilkan sperma-sperma baru. Penzina jenis ini tidak akan dapat diselamatkan daripada virus HIV AIDS dan rejam sehingga mati adalah merupakan penyelesaian terbaik bagi mengelakkan jangkitan dan penyebaran penyakit di samping memberikan pengajaran yang menyebabkan orang lain takut untuk melakukan kesalahan yang sama.
IMUNITI DAN HIKMAH PELAKSANAAN HUDUD
Sistem imuniti badan manusia adalah menepati sistem pentadbiran dan pertahanan sesebuah negara Islam.Di dalam badan manusia terdapat berjuta-juta sel yang terdiri kebanyakanya daripada protein. Begitu juga keadaanya antibodi yang terdiri 100% daripada protein. Salah satu keistimewaan bagi haiwan vertebrata ialah keupayaan antibodinya mengenali kandungan asal badan (yang di panggil sel asal)dan benda-benda yang datang dari luar. Tindakbalas imuniti adalah merangkumi kesemua aktiviti yang pada akhirnya menghasilkan penghapusan bahan-bahan luar (foreign materials) samaada melalui proses kecederaan atau tidak .Tindakbalas imun adalah merangkumi dua fenomena yang asas:
1.Tindakbalas humoral (tindakan antibody)
2.Tindakbalas pembaikan sel

Toleran (ketiadaan tindakbalas imun) adalah juga salah satu daripada mekanisme tindakbalas imun yang bertindak sebagai mekanisme pertahanan yang memelihara tindakbalas imun terhadap sel sendiri. Dalam banyak hal, mekanisme pertahanan badan (tindak balas imun) adalah seolah–olah sebuah sistem pengawalan (undang-undang hudud) yang di wujudkan bagi tujuan pengawalan.Sistem ini akan dapat mengenali antara orang asing dan penduduk tetap sebuah negeri. Orang asing yang di anggap mengancam keselamatan akan dihapuskan dengan di hukum dan penduduk asal negeri tersebut yang baik akan di tolerankan. Maka yang menyeleweng di kalangan penduduk asal negeri itu juga turut dihapuskan bagi tujuan keselamatan dan sistem sosial yang teratur itu.

Masyarakat yang tidak mempunyai undang-undang hudud yang telah di tentukan oleh Allah itu adalah seolah-olah masyarakat yang sedang dilanda AIDS dimana kesemua unsur asing budaya dan kehidupan yang boleh membahayakan manusia dan boleh memusnahkan kehidupan manusia dibolehkan masuk seluas-luasnya tanpa sebarang pengawasan.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui tentang segala-gala keperluan biologis, psikologi dan mental manusia. Adalah menjadi satu perkara yang boleh merosakan manusia apabila manusia cuba menentukan haluan mereka sendiri yang mereka sendiri tidak faham dan tidak tahu. Sedangkan Allah ,Tuhan yang menjadikan dan menciptakan yang paling arif dan tahu tentang keperluan-keperluan manusia serta sistem pengawalanan yang dapat mengawal manusia daripada terjerumus ke lembah perhambaan nafsu yang boleh memusnahkan manusia itu sendiri.
HIKMAH MANDI WAJIB
Adalah banyak diketahui oleh pakar sains bahawa di bawah kulit manusia terdapat banyak mikroorganisma yang hidup komensal. Mikroorganisma ini akan keluar dan berada di hujung rambut dan bulu roma setiap kali manusia berpeluh atau selepas melakukan hubungan kelamin dengan isteri @ suami. Sudah tentulah badan akan menjadi kotor dan organisma ini akan mudah berjangkit kepada orang lain apabila ia keluar dan berurusan tanpa mandi junub.

Bakteria ini jika sekiranya mempunyai peluang untuk menguasai badan kita ketika daya tahan badan manusia menjadi lemah akan mengambil kesempatan dan akan menjadi parasit dan boleh menyebabkan jangkitan di tubuh badan kita. Itulah sebabnya Islam menetapkan mandi junub sebagai cara pembersihan diri dan tubuh badan daripada tercemar daripada bakteria tadi. Keluar berjual-beli, makan, minum, berhubungan dan berinteraksi dengan orang lain dalam keadaan berjunub adalah makruh.Allah Yang Maha Mengetahui tentang makhluk yang diciptakannya ini telah menetapkan bahawa manusia mesti mandi wajib selepas setiap kali datang haid nifas dan bersetubuh.Ia adalah bagi tujuan pembersihan dan penyucian diri.Apabila bakteria tadi terkena atau dikenakan padanya air yang dapat menghilangkanya dari badan ,ia akan mati dan tidak dapat menjangkiti orang lain. Maka terselamatlah manusia daripada jangkitan dan wabak penyakit sekaligus dan meneruskan hidup dalam keadaan bersih dan sihat.
TAYAMMUM PENGGANTI MANDI JUNUB
Kenapakah tayammum dapat menggantikan mandi junub dan wudu’( dua jenis penyucian diri dalam Islam ) dalam keadaan air di tempat yang kering-kontang? Bakteria apabila terkena air akan mati disebabkan tekanan osmosis di dalam badannya sehingga air boleh menyerap masuk ke dalam badan dan akhirnya ia mati kerana mengalami overhydration. Begitu juga halnya apabila bakteria tadi didedahkan kepada keadaan yang terlalu kering dan kontang seperti apabila dikenakan padanya debu..Ia akan mati setelah air badannya keluar kerana tekanan osmosis lebih rendah daripada tekanan osmosis di luar badan menyebabkanya mati kerana air badan keluar dan kerana kekontangan fisiologi badan. - MANHAL

Wednesday, July 22, 2009

Ilmu Matematik di dalam Al-Quran


MATEMATIK

Bermula dengan keimanan terhadap Tuhan Yang Satu, ilmu berkenaan bilangan dan matematik turut menduduki tempat yang istimewa dalam ilmu pengetahuan Islam. Ilmu matematik telah memperkenalkan tertib aturan, keseimbangan dan keserasian pada setiap cabang ilmu pengetahuan dunia Islam.


Perhitungan dalam beberapa konteks


“ Maka kami tutup telinga mereka beberapa tahun dalam gua itu[873], Kemudian kami bangunkan mereka, agar kami mengetahui manakah di antara kedua golongan itu[874]] yang lebih tepat dalam menghitung berapa lama mereka tinggal (dalam gua itu).”
[873] Maksudnya: Allah menidurkan mereka selama 309 tahun qamariah dalam gua itu (lihat ayat 25) sehingga mereka tak dapat dibangunkan oleh suara apapun.
[874] kedua golongan itu ialah pemuda-pemuda itu sendiri yang berselisih tentang berapa lamanya mereka tinggal dalam gua itu.

[Al-Kahf:11-12]

“Dan Demikianlah kami bangunkan mereka agar mereka saling bertanya di antara mereka sendiri. berkatalah salah seorang di antara mereka: sudah berapa lamakah kamu berada (disini?)". mereka menjawab: "Kita berada (disini) sehari atau setengah hari". Berkata (yang lain lagi): "Tuhan kamu lebih mengetahui berapa lamanya kamu berada (di sini)...”
[Al-Kahf:19]

“Nanti (ada orang yang akan) mengatakan[878] (jumlah mereka) adalah tiga orang yang keempat adalah anjingnya, dan (yang lain) mengatakan: "(jumlah mereka) adalah lima orang yang keenam adalah anjing nya", sebagai terkaan terhadap barang yang gaib; dan (yang lain lagi) mengatakan: "(jumlah mereka) tujuh orang, yang ke delapan adalah anjingnya". Katakanlah: "Tuhanku lebih mengetahui jumlah mereka;…”
[878] yang dimaksud dengan Orang yang akan mengatakan Ini ialah orang-orang ahli Kitab dan lain-lainnya pada zaman nabi Muhammad s.a.w.
[Al-Kahf:22]

“ Allah bertanya: "Berapa tahunkah lamanya kamu tinggal di bumi?"Mereka menjawab: "Kami tinggal (di bumi) sehari atau setengah hari, Maka tanyakanlah kepada orang-orang yang menghitung."Allah berfirman: "Kamu tidak tinggal (di bumi) melainkan sebentar saja, kalau kamu Sesungguhnya mengetahui[1027]"
[1027] Maksudnya: mereka hendaknya harus mengetahui bahwa hidup di dunia itu hanyalah sebentar saja, sebab itu mereka seharusnya janganlah Hanya mencurahkan perhatian kepada urusan duniawi saja.
[Al-Mukminuun:112-114]

“Dan dia Telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dan segala apa yang kamu mohonkan kepadanya. dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghinggakannya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah).”
[Ibrahim:34]

“Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
[An-Nahl:18]

“Dan mereka menjual Yusuf dengan harga yang murah, yaitu beberapa dirham saja, dan mereka merasa tidak tertarik hatinya kepada Yusuf[747].”
[747] hati mereka tidak tertarik kepada Yusuf Karena dia anak temuan dalam perjalanan. jadi mereka kuatir kalau-kalau pemiliknya datang mengambilnya. oleh Karena itu mereka tergesa-gesa menjualnya sekalipun dangan harga yang murah.
[Yusuf:20]

“Apabila mereka Telah mendekati akhir iddahnya, Maka rujukilah mereka dengan baik atau lepaskanlah mereka dengan baik dan persaksikanlah dengan dua orang saksi yang adil di antara kamu dan hendaklah kamu tegakkan kesaksian itu Karena Allah. Demikianlah diberi pengajaran dengan itu orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat. barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya dia akan mengadakan baginya jalan keluar.”
[At-Thalaq:2]


Angka dalam bentuk peribadatan

“(yaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka barangsiapa diantara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), Maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (yaitu): memberi makan seorang miskin. barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan[114], Maka Itulah yang lebih baik baginya. dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu Mengetahui. (beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil). Karena itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, Maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), Maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.”
[114] maksudnya memberi makan lebih dari seorang miskin untuk satu hari.
[Al-Baqarah:184-185]

“Dan berdzikirlah (dengan menyebut) Allah dalam beberapa hari yang berbilang[128]. barangsiapa yang ingin cepat berangkat (dari Mina) sesudah dua hari, Maka tiada dosa baginya. dan barangsiapa yang ingin menangguhkan (keberangkatannya dari dua hari itu), Maka tidak ada dosa pula baginya[129], bagi orang yang bertakwa. dan bertakwalah kepada Allah, dan Ketahuilah, bahwa kamu akan dikumpulkan kepada-Nya.”
[128] maksud dzikir di sini ialah membaca takbir, tasbih, tahmid, talbiah dan sebagainya. beberapa hari yang berbilang ialah tiga hari sesudah hari raya haji yaitu tanggal 11, 12, dan 13 bulan Zulhijjah. hari-hari itu dinamakan hari-hari tasy'riq.
[129] sebaiknya orang haji meninggalkan Mina pada sore hari terakhir dari hari tasy'riq, mereka boleh juga meninggalkan Mina pada sore hari kedua.

[Al-Baqarah:203]


Angka dalam hukum penceraian

“Hai nabi, apabila kamu menceraikan Isteri-isterimu Maka hendaklah kamu ceraikan mereka pada waktu mereka dapat (menghadapi) iddahnya (yang wajar)[1481] dan hitunglah waktu iddah itu serta bertakwalah kepada Allah Tuhanmu. … Apabila mereka Telah mendekati akhir iddahnya, Maka rujukilah mereka dengan baik atau lepaskanlah mereka dengan baik dan persaksikanlah dengan dua orang saksi yang adil di antara kamu dan hendaklah kamu tegakkan kesaksian itu Karena Allah. Demikianlah diberi pengajaran dengan itu orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat. barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya dia akan mengadakan baginya jalan keluar.”
[1481] Maksudnya: isteri-isteri itu hendaklah ditalak diwaktu Suci sebelum dicampuri. tentang masa iddah lihat surat Al Baqarah ayat 228, 234 dan surat Ath Thalaaq ayat 4.

[At-Thalaq:1-2]

“Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu menikahi perempuan- perempuan yang beriman, Kemudian kamu ceraikan mereka sebelum kamu mencampurinya Maka sekali-sekali tidak wajib atas mereka 'iddah bagimu yang kamu minta menyempurnakannya…”
[Al-Ahzab:49]

“Dan perempuan-perempuan yang tidak haid lagi (monopause) di antara perempuan-perempuanmu jika kamu ragu-ragu (tentang masa iddahnya), Maka masa iddah mereka adalah tiga bulan; dan begitu (pula) perempuan-perempuan yang tidak haid. dan perempuan-perempuan yang hamil, waktu iddah mereka itu ialah sampai mereka melahirkan kandungannya….”
[At-Thalaq:4]


Angka dan perulangan dalam beberapa peristiwa

“ Maka janganlah kamu tergesa-gesa memintakan siksa terhadap mereka, Karena Sesungguhnya kami Hanya menghitung datangnya (hari siksaan) untuk mereka dengan perhitungan yang teliti.”
[Maryam:84]

“Sesungguhnya Allah Telah menentukan jumlah mereka dan menghitung mereka dengan hitungan yang teliti. Dan tiap-tiap mereka akan datang kepada Allah pada hari kiamat dengan sendiri-sendiri.”
[Maryam:94-95]

“ Sehingga apabila mereka melihat azab yang diancamkan kepada mereka, Maka mereka akan mengetahui siapakah yang lebih lemah penolongnya dan lebih sedikit bilangannya.”
[Al-Jin:24]

“Supaya dia mengetahui, bahwa Sesungguhnya rasul-rasul itu Telah menyampaikan risalah-risalah Tuhannya, sedang (sebenarnya) ilmu-Nya meliputi apa yang ada pada mereka, dan dia menghitung segala sesuatu satu persatu.”
[Al-Jin:28]

“…mereka menghalalkannya pada suatu tahun dan mengharamkannya pada tahun yang lain, agar mereka dapat mempersesuaikan dengan bilangan yang Allah mengharamkannya, Maka mereka menghalalkan apa yang diharamkan Allah. …”.
[At-Taubah:37]

“ Dan tiada kami jadikan Penjaga neraka itu melainkan dari malaikat: dan tidaklah kami menjadikan bilangan mereka itu melainkan untuk jadi cobaan bagi orang-orang kafir, …”
[Al-Muddassir:31]

“Dan kami tiadalah mengundurkannya, melainkan sampai waktu yang tertentu.”
[Huud:104]


Hukuman orang kafir

“Dan mereka berkata: "Kami sekali-kali tidak akan disentuh oleh api neraka, kecuali selama beberapa hari saja."…"
[Al-Baqarah:80]

“Hal itu adalah Karena mereka mengaku: "Kami tidak akan disentuh oleh api neraka kecuali beberapa hari yang dapat dihitung". mereka diperdayakan dalam agama mereka oleh apa yang selalu mereka ada-adakan.”
[Al-Imran:24]

“Dan Sesungguhnya jika kami undurkan azab dari mereka sampai kepada suatu waktu yang ditentukan. niscaya mereka akan berkata: "Apakah yang menghalanginya?" lngatlah, diwaktu azab itu datang kepada mereka tidaklah dapat dipalingkan dari mereka dan mereka diliputi oleh azab yang dahulunya mereka selalu memperolok-olokkannya.”
[Huud:8]


Masalah matematik dalam huraian mengenai matahari dan bulan

“Dan kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda, lalu kami hapuskan tanda malam dan kami jadikan tanda siang itu terang, agar kamu mencari kurnia dari Tuhanmu, dan supaya kamu mengetahui bilangan tahun-tahun dan perhitungan. dan segala sesuatu Telah kami terangkan dengan jelas.”
[Al-Isra’:12]

“Dia menyingsingkan pagi dan menjadikan malam untuk beristirahat, dan (menjadikan) matahari dan bulan untuk perhitungan. Itulah ketentuan Allah yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui.”
[Al-An’am:96]


Dimensi baru terhadap makna waktu

“Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang Telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu dia bersemayam di atas 'Arsy[548]…”
[548] bersemayam di atas 'Arsy ialah satu sifat Allah yang wajib kita imani, sesuai dengan kebesaran Allah dsan kesucian-Nya.
[Al-A’raf:54]

“Yang menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya dalam enam masa, Kemudian dia bersemayam di atas Arsy[1071], (Dialah) yang Maha pemurah, Maka tanyakanlah (tentang Allah) kepada yang lebih mengetahui (Muhammad) tentang Dia.”
[1071] bersemayam di atas 'Arsy ialah satu sifat Allah yang wajib kita imani, sesuai dengan kebesaran Allah dsan kesucian-Nya.

[Al-Furqan:59]

“Allah lah yang menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya dalam enam masa, Kemudian dia bersemayam di atas 'Arsy[1188]…”
[1188] bersemayam di atas 'Arsy ialah satu sifat Allah yang wajib kita imani, sesuai dengan kebesaran Allah dsan kesucian-Nya.”
[As-Sajdah:4]

“Dan Sesungguhnya Telah kami ciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya dalam enam masa, dan kami sedikitpun tidak ditimpa keletihan.”
[Qaaf:38]

“Dan mereka meminta kepadamu agar azab itu disegerakan, padahal Allah sekali-kali tidak akan menyalahi janji-Nya. Sesungguhnya sehari disisi Tuhanmu adalah seperti seribu menurut perhitunganmu.”
[Al-Hajj:47]

“Malaikat-malaikat dan Jibril naik (menghadap) kepada Tuhan dalam sehari yang kadarnya limapuluh ribu tahun.[1510]”
[1510] Maksudnya: malaikat-malaikat dan Jibril jika menghadap Tuhan memakan waktu satu hari. apabila dilakukan oleh manusia, memakan waktu limapuluh ribu tahun.
[Al-Ma’rij:4]


Statistik dalam hasil pertanian

“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah[166] adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang dia kehendaki. dan Allah Maha luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui.
[166] pengertian menafkahkan harta di jalan Allah meliputi belanja untuk kepentingan jihad, pembangunan perguruan, rumah sakit, usaha penyelidikan ilmiah dan lain-lain.
[Al-Baqarah:261]


Angka dalam hukum pewarisan

“Bagi orang laki-laki ada hak bagian dari harta peninggalan ibu-bapa dan kerabatnya, dan bagi orang wanita ada hak bagian (pula) dari harta peninggalan ibu-bapa dan kerabatnya, baik sedikit atau banyak menurut bahagian yang Telah ditetapkan. "
[An-Nisa’:7]

“Allah mensyari'atkan bagimu tentang (pembagian pusaka untuk) anak-anakmu. yaitu : bahagian seorang anak lelaki sama dengan bagahian dua orang anak perempuan[272]; dan jika anak itu semuanya perempuan lebih dari dua[273], Maka bagi mereka dua pertiga dari harta yang ditinggalkan; jika anak perempuan itu seorang saja, Maka ia memperoleh separo harta. dan untuk dua orang ibu-bapa, bagi masing-masingnya seperenam dari harta yang ditinggalkan, jika yang meninggal itu mempunyai anak; jika orang yang meninggal tidak mempunyai anak dan ia diwarisi oleh ibu-bapanya (saja), Maka ibunya mendapat sepertiga; jika yang meninggal itu mempunyai beberapa saudara, Maka ibunya mendapat seperenam. (Pembagian-pembagian tersebut di atas) sesudah dipenuhi wasiat yang ia buat atau (dan) sesudah dibayar hutangnya. (Tentang) orang tuamu dan anak-anakmu, kamu tidak mengetahui siapa di antara mereka yang lebih dekat (banyak) manfaatnya bagimu. Ini adalah ketetapan dari Allah. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana.Dan bagimu (suami-suami) seperdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isterimu, jika mereka tidak mempunyai anak. jika Isteri-isterimu itu mempunyai anak, Maka kamu mendapat seperempat dari harta yang ditinggalkannya sesudah dipenuhi wasiat yang mereka buat atau (dan) seduah dibayar hutangnya. para isteri memperoleh seperempat harta yang kamu tinggalkan jika kamu tidak mempunyai anak. jika kamu mempunyai anak, Maka para isteri memperoleh seperdelapan dari harta yang kamu tinggalkan sesudah dipenuhi wasiat yang kamu buat atau (dan) sesudah dibayar hutang-hutangmu. jika seseorang mati, baik laki-laki maupun perempuan yang tidak meninggalkan ayah dan tidak meninggalkan anak, tetapi mempunyai seorang saudara laki-laki (seibu saja) atau seorang saudara perempuan (seibu saja), Maka bagi masing-masing dari kedua jenis saudara itu seperenam harta. tetapi jika Saudara-saudara seibu itu lebih dari seorang, Maka mereka bersekutu dalam yang sepertiga itu, sesudah dipenuhi wasiat yang dibuat olehnya atau sesudah dibayar hutangnya dengan tidak memberi mudharat (kepada ahli waris)[274]. (Allah menetapkan yang demikian itu sebagai) syari'at yang benar-benar dari Allah, dan Allah Maha mengetahui lagi Maha Penyantun.”
[272] bagian laki-laki dua kali bagian perempuan adalah Karena kewajiban laki-laki lebih berat dari perempuan, seperti kewajiban membayar maskawin dan memberi nafkah. (lihat surat An Nisaa ayat 34).
[273] lebih dari dua maksudnya : dua atau lebih sesuai dengan yang diamalkan nabi.
[274] memberi mudharat kepada waris itu ialah tindakan-tindakan seperti: a. mewasiatkan lebih dari sepertiga harta pusaka. b. berwasiat dengan maksud mengurangi harta warisan. sekalipun kurang dari sepertiga bila ada niat mengurangi hak waris, juga tidak diperbolehkan.

[An-Nisa’:11-12]

“Mereka meminta fatwa kepadamu (tentang kalalah)[387]. Katakanlah: "Allah memberi fatwa kepadamu tentang kalalah (yaitu): jika seorang meninggal dunia, dan ia tidak mempunyai anak dan mempunyai saudara perempuan, Maka bagi saudaranya yang perempuan itu seperdua dari harta yang ditinggalkannya, dan saudaranya yang laki-laki mempusakai (seluruh harta saudara perempuan), jika ia tidak mempunyai anak; tetapi jika saudara perempuan itu dua orang, Maka bagi keduanya dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh yang meninggal. dan jika mereka (ahli waris itu terdiri dari) Saudara-saudara laki dan perempuan, Maka bahagian seorang saudara laki-laki sebanyak bahagian dua orang saudara perempuan. Allah menerangkan (hukum ini) kepadamu, supaya kamu tidak sesat. dan Allah Maha mengetahui segala sesuatu.”
[387] kalalah ialah: seseorang mati yang tidak meninggalkan ayah dan anak.
[An-Nisa’:176]


Statistik dalam perlaksanan ibadah solat

“Maka apabila kamu Telah menyelesaikan shalat(mu), ingatlah Allah di waktu berdiri, di waktu duduk dan di waktu berbaring. Kemudian apabila kamu Telah merasa aman, Maka Dirikanlah shalat itu (sebagaimana biasa). Sesungguhnya shalat itu adalah fardhu yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman.”
[An-Nisa’:103]

“Dirikanlah shalat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan (dirikanlah pula shalat) subuh[865]. Sesungguhnya shalat subuh itu disaksikan (oleh malaikat).”
[865] ayat Ini menerangkan waktu-waktu shalat yang lima. tergelincir matahari untuk waktu shalat Zhuhur dan Ashar, gelap malam untuk waktu Magrib dan Isya.
[Al-Isra’:78]

“Maka sabarlah kamu atas apa yang mereka katakan, dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu, sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya dan bertasbih pulalah pada waktu-waktu di malam hari dan pada waktu-waktu di siang hari, supaya kamu merasa senang,”
[Thaaha:130]


Statistik dalam pembayaran zakat

“Ambillah zakat dari sebagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan[658] dan mensucikan[659] mereka dan mendoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. dan Allah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui.”
[658] Maksudnya: zakat itu membersihkan mereka dari kekikiran dan cinta yang berlebih-lebihan kepada harta benda
[659] Maksudnya: zakat itu menyuburkan sifat-sifat kebaikan dalam hati mereka dan memperkembangkan harta benda mereka.

[At-Taubah:103]

“Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya Karena mencari keridhaan Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran Tinggi yang disiram oleh hujan lebat, Maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali lipat. jika hujan lebat tidak menyiraminya, Maka hujan gerimis (pun memadai). dan Allah Maha melihat apa yang kamu perbuat.”
[Al-Baqarah:265]


Perhitungan dalam penetapan waktu bulan Ramadhan

“(beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil). Karena itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, Maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), Maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.
[Al-Baqarah:185]


Peringatan dari Allah supaya manusia tidak lupa diri kerana Allah cepat memberi perhitungan

“… barangsiapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah Maka Sesungguhnya Allah sangat cepat hisab-Nya.”
[Al-Imran:19]

“Dan Sesungguhnya diantara ahli Kitab ada orang yang beriman kepada Allah dan kepada apa yang diturunkan kepada kamu dan yang diturunkan kepada mereka sedang mereka berendah hati kepada Allah dan mereka tidak menukarkan ayat-ayat Allah dengan harga yang sedikit. mereka memperoleh pahala di sisi Tuhannya. Sesungguhnya Allah amat cepat perhitungan-Nya.”
[Al-Imran:199]

“…dan Allah menetapkan hukum (menurut kehendak-Nya), tidak ada yang dapat menolak ketetapan-Nya; dan Dia-lah yang Maha cepat hisab-Nya.”
[Ar-Rad:41]

“…dan didapatinya (ketetapan) Allah disisinya, lalu Allah memberikan kepadanya perhitungan amal-amal dengan cukup dan Allah adalah sangat cepat perhitungan-Nya[1042].”
[1042] orang-orang kafir, Karena amal-amal mereka tidak didasarkan atas iman, tidaklah mendapatkan balasan dari Tuhan di akhirat walaupun di dunia mereka mengira akan mendapatkan balasan atas amalan mereka itu.

[An-Nuur:39]



Kurnia kepada hamba-hambaNya melebihi ukuran

“(Meraka mengerjakan yang demikian itu) supaya Allah memberikan balasan kepada mereka (dengan balasan) yang lebih baik dari apa yang Telah mereka kerjakan, dan supaya Allah menambah karunia-Nya kepada mereka. dan Allah memberi rezki kepada siapa yang dikehendaki-Nya tanpa batas.”
[An-Nur:38]

“….dan barangsiapa mengerjakan amal yang saleh baik laki-laki maupun perempuan sedang ia dalam keadaan beriman, Maka mereka akan masuk surga, mereka diberi rezki di dalamnya tanpa hisab.
[Al-Mu’min:40]


Orang yang berbuat kebaikan akan dibalas dengan kebaikan dan yang berbuat kejahatan akan dibalas dengan kejahatan

“Bagi orang-orang yang memenuhi seruan Tuhannya, (disediakan) pembalasan yang baik. dan orang-orang yang tidak memenuhi seruan Tuhan, sekiranya mereka mempunyai semua (kekayaan) yang ada di bumi dan (ditambah) sebanyak isi bumi itu lagi besertanya, niscaya mereka akan menebus dirinya dengan kekayaan itu. orang-orang itu disediakan baginya hisab yang buruk dan tempat kediaman mereka ialah Jahanam dan Itulah seburuk-buruk tempat kediaman.”
[Ar-Rad:18]

“Adapun orang yang diberikan kitabnya dari sebelah kanannya, Maka dia akan diperiksa dengan pemeriksaan yang mudah, Dan dia akan kembali kepada kaumnya (yang sama-sama beriman) dengan gembira. Adapun orang-orang yang diberikan kitabnya dari belakang, Maka dia akan berteriak: "Celakalah aku".Dan dia akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka).”
[Al-Insyiqaaq:7-12]

“Dan Berapalah banyaknya (penduduk) negeri yang mendurhakai perintah Tuhan mereka dan rasul-rasul-Nya, Maka kami hisab penduduk negeri itu dengan hisab yang keras, dan kami azab mereka dengan azab yang mengerikan[1484].”
[1484] yang dimaksud dengan hisab dan azab di sini adalah hisab dan azab di akhirat.
[At-Thalaq:8]


Perhitungan (hisab) yang dilakukan secara amat adil

“Kami akan memasang timbangan yang tepat pada hari kiamat, Maka tiadalah dirugikan seseorang barang sedikitpun. dan jika (amalan itu) Hanya seberat biji sawipun pasti kami mendatangkan (pahala)nya. dan cukuplah kami sebagai pembuat perhitungan.”
[Al-Anbiya’:47]

“Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula.”
[Al-Zalzalah:7-8]

“…. tidak luput dari pengetahuan Tuhanmu biarpun sebesar zarrah (atom) di bumi ataupun di langit. tidak ada yang lebih kecil dan tidak (pula) yang lebih besar dari itu, melainkan (semua tercatat) dalam Kitab yang nyata (Lauh mahfuzh).”
[Yunus:61]

“Dan orang-orang yang kafir berkata: "Hari berbangkit itu tidak akan datang kepada kami". Katakanlah: "Pasti datang, demi Tuhanku yang mengetahui yang ghaib, Sesungguhnya kiamat itu pasti akan datang kepadamu. tidak ada tersembunyi daripada-Nya sebesar zarrahpun yang ada di langit dan yang ada di bumi dan tidak ada (pula) yang lebih kecil dari itu dan yang lebih besar, melainkan tersebut dalam Kitab yang nyata (Lauh Mahfuzh)",”
[Saba’:3]


Landasan asas bagi ahli matematik supaya menghitung bilangan secara tepat dan adil bagi semua pihak

“… dan sempurnakanlah takaran dan timbangan dengan adil. kami tidak memikulkan beban kepada sesorang melainkan sekedar kesanggupannya….”
[Al-An’am:152]

“… "Hai kaumku, cukupkanlah takaran dan timbangan dengan adil, dan janganlah kamu merugikan manusia terhadap hak-hak mereka dan janganlah kamu membuat kejahatan di muka bumi dengan membuat kerusakan.”
[Huud:85]

“… Maka sempurnakanlah takaran dan timbangan dan janganlah kamu kurangkan bagi manusia barang-barang takaran dan timbangannya, dan janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi sesudah Tuhan memperbaikinya. yang demikian itu lebih baik bagimu jika betul-betul kamu orang-orang yang beriman".
[Al-A’raf:85]

“Allah-lah yang menurunkan Kitab dengan (membawa) kebenaran dan (menurunkan) neraca (keadilan). dan tahukah kamu, boleh jadi hari kiamat itu (sudah) dekat ?”
[As-Syuura:17]

“Sesungguhnya kami Telah mengutus rasul-rasul kami dengan membawa bukti-bukti yang nyata dan Telah kami turunkan bersama mereka Al Kitab dan neraca (keadilan) supaya manusia dapat melaksanakan keadilan. dan kami ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia, (supaya mereka mempergunakan besi itu) dan supaya Allah mengetahui siapa yang menolong (agama)Nya dan rasul-rasul-Nya padahal Allah tidak dilihatnya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa.”
[Al-Hadiid:25]


Sifat Allah Yang Maha Adil

“….dan cukuplah Allah sebagai Pengawas (atas persaksian itu).”
[An-Nisa’:6]

“…dan cukuplah Allah sebagai pembuat perhitungan.”
[Al-Ahzab:39]

“…Sesungguhnya Allah memperhitungankan segala sesuatu.”
[An-Nisa’:86]

Thursday, July 16, 2009

Keajaiban Al-Quran(slide show)


Semasa melayari internet, saya terjumpa slide show ini. Sangat baik untuk dikongsi bersama
semua tapi perlu muat turun dahulu dari link yang disertakan di bawah.
Boleh juga muat turun dari link di sebelah kanan blog bahagian 'Keagungan Ciptaan Tuhan'

7 keajaiban asas di dalam Al-Quran

Muat turun di :
http://w1.uploadmb.com/dw.php?id=1247713629



Wardah bt Abdul Rahman
Pulau Pinang.



Tuesday, July 14, 2009

Alam Protista; Antara Alam Tumbuhan dan Haiwan?


Semalam bermula pengalaman baru, menjadi pembantu kelas amali bagi kursus Mikologi(BMT 202/3) bagi pelajar tahun kedua Pusat Pengajian Sains Kajihayat. Menjadi pembantu kelas adalah antara syarat khas yang perlu dipenuhi bagi setiap pemegang biasiswa Fellowship USM. Selain Mikologi, Perbandingan Anatomi Tumbuhan, Fisiologi Tumbuhan dan Biostatistik adalah antara kursus yang pernah saya terima pada semester-semester yang lalu.

Teruja, inilah perasaan saya sebaik sahaja mendapat tahu saya bakal membantu di dalam kelas ini. Mikologi adalah antara cabang ilmu utama yang saya lakukan hampir setiap hari! Penyelia saya sendiri pula pernah beberapa buah buku dan antaranya, Istilah Mikologi, yang ditulis beliau pada tahun 1985! Semasa belajar di bidang Sarjana Muda dahulu, kursus major saya ada
lah Agrobiologi. Saya berpeluang mengambil kursus mikologi tetapi memandangkan kursus ini bukan kursus wajib yang perlu diambil dan saya tidak memilihnya sebagai kursus opsyen, pengetahuan asas tentang kulat hanya diperolehi dari kelas Patologi Tumbuhan (kajian penyakit pada tumbuhan). Inilah peluang yang baik untuk belajar lagi! Saya berazam untuk menghadiri kuliah Mikologi seperti pelajar yang lain bagi mengukuhkan kefahaman dalam bidang ini.

Mikologi secara umumnya adalah bidang kajian mengenai kulat, termasuklah taksonomi (pengkelasan), fisiologi, habitat, genetik, manfaat serta penyakit yang disebabka
n oleh spesies kulat tertentu. Ahli kaji kulat dikenali juga sebagai ahli mikologi atau ‘mycologist’. Mikologi perubatan atau ‘medical mycology’ pula berkisarkan kajian tentang kulat yang bersifat patogenik dan boleh menyebabkan penyakit kepada organisma lain.

Meskipun kulat boleh menjadi penyebab penyakit seperti sakit kulit, alahan dan sebagainya, kesan baik yang disumbang oleh kulat ke atas ekonomi juga tidak dapat disangkal. Misalnya penghasilan antibiotik, roti, produk sos soya, tempe, keju yang melibatkan kulat mikro manakala kulat makro (Penicillium sp., Aspergillus sp., Rhizopus sp.) seperti cendawan butang (Agaricus bisporus) dan cendawan tiram (Pleurotus ostreatus) digunakan secara langsung dalam makanan kita.

Mikologi hanyalah cabang dari ilmu botani (kaji tumbuhan). Dahulu, kulat dimasukkan dalam alam tumbuhan tetapi mengikut pengkelasan terkini, kulat tidak lagi dimasukkan di dalam alam Plantae (alam tumbuhan) kerana sifatnya yang tidak mempunyai klorofil dan tidak menghasilkan makanan sendiri. Pada masa yang sama, kulat juga tidak dapat dikelaskan di dalam alam haiwan kerana tidak mempunyai ciri-ciri haiwan. Akhirnya, kulat dimasukkan dalam alam Protista bersama-sama alga yang turut memilki ciri-ciri perantaraan haiwan dan tumbuhan. Unik kan?



Wardah bt Abdul Rahman

Makmal Patologi Tumbuhan, Pulau Pinang.